Muslimeen United

Berfikirlah Positif, Negatif Pasti Menangis

Think Positif, Negatif Pasti Menangis

Cerita I

Seorang anak kecil kurang lebih berumur 4 tahun sedang bermain, berlari-lari di atas jalan yang berbatu-batu kecil.

Ibunya kemudian menjerit, "Adik, jangan lari! Nanti jatuh!"

Anak itu masih berlari-lari.

Cerita II

Seorang sahabat berkata kepada hamba, "Kalau aku kaya aku nak beli itu ini."

Sahabat hamba masih belum kaya (walaupun susah bertahun-tahun bekerja).

Cerita III

Pagi ini pagi yang indah. Tidak terlalu panas, tidak pula terlalu dingin. Katak Hijau Pucuk Pisang ingin ke kelas, dengan hati girang dan berbunga-bunga. Sedang dalam perjalanan ke kelas, Katak bertembung dengan Burung Belatuk Paruh Besar.

Burung Belatuk: Eh, Katak, kenapa muka kau pucat? Kau sakit?

Katak: Eh, aku sihat. Tak sakit.

Katak meneruskan perjalanan. Ketika sampai di pintu kelasnya, Katak terserempak pula dengan Kuda Belang Ekor Kontot. Katak tersenyum.

Kuda Belang: Katak, kenapa kau nampak lesu? Kau demam?

Katak: Tak, aku macam biasa.

Katak terus masuk ke dalam kelas dan mengeluarkan buku-bukunya dan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya.

Sesudah tamat pelajaran pagi itu, Katak mengemaskan buku-bukunya dengan hati senang. Dia berkobar-kobar untuk menyambung kelasnya petang itu pula. Tiba-tiba, rakan sekelasnya si Arnab Mata Merah menghampirinya dan berkata, "Katak, kau okey? Kau tak sihatkah? Demam?"

Katak mula pelik dengan reaksi rakan-rakannya. Katak terus keluar dan berniat untuk terus pulang. Dalam perjalanannya, Katak bertemu pula dengan Kekura Comot.

Kekura Comot: Hai Katak! Eh kenapa pucat? Kau sakit? Kau baliklah berehat.

Katak berasa pelik dan akhirnya pulang ke rumahnya dengan rasa lesu, memakan dua biji Panadol lalu tidur.

Cerita IV

"Aku rasa susahlah nak buat ni." Zainal Abidin berkata kepada Zainal Arifin.

"Macam susah, aku tak tahu, tapi aku nak cuba." Zainal Arifin pula berkata.

"Ah, susahlah. Susah! Aku rasa susah. Tak perlu buatlah!" Zainal Abidin menyambung.

Mereka sama-sama tidak membuat pekerjaan itu.

Cerita V

"Aku rasa nak demamlah..." (Lalu baring dan berselimut)

Cerita VI

Hamba mandi pada pukul 5.00 pagi. Rumah hamba tidak ada water heater. Dalam hati meronta-ronta, "Sejuk giler air ni... Brrrrrrrr..." (sambil menggigil-gigil)

MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN?

Cerita I

Ibunya boleh berkata, "Adik, jalan!"

Cerita II

"Nanti aku kaya aku nak beli itu ini." Ini satu ayat cita-cita dan doa. Penggunaan kata kalau hanya angan-angan. Kalau, boleh jadi satu perkataan negatif.

Cerita III

Katak tidak sakit, tetapi kenapa Katak pulang ke rumah dan makan Panadol, kemudian tidur?

Cerita IV

Susah, memang susah, kalau kita anggap susah. "Senang, aku boleh buat!"

Cerita V

Tukar ayat, "Aku sihat!" (Bangun dan terus beraktiviti, mandi, buat air milo panas, etc)

Cerita VI

Tukar ayat lagi, "Wah segarnya air ni! Panas!" (senyum lebar-lebar)

Maka,

hamba cuma mahu sampaikan, betapa pentingnya semangat positif, kata-kata positif, reaksi positif dan segala bagai yang positif.

Cuba lakukan kisah Katak kepada seorang rakan kamu. Rancang bersama 4-5 orang sahabat lagi untuk melakukan perkara yang sama. Setiap kali berjumpa dengan seorang rakan kamu itu, katakan yang mukanya pucat, badannya nampak lesu, nampak tak bermaya dan sogokkan dengan kata-kata negatif dan sakit. Tengok tidak berapa lama selepas itu sahabat itu mungkin akan terus jatuh sakit. Hamba kata mungkin, bagi yang menjaga psikologi diri sendiri, pasti tidak akan terpedaya. Tetapi, sebagai manusia biasa, pasti kita akan terasa memang ada yang tidak kena dengan diri kita bila rakan-rakan mengatakan perkara yang serupa. Lalu, kita anggap diri kita memang sakit, memang nak demam dan sebagainya dan membuat tindakan yang sama seperti manusia yang memang sakit.

Penggunaan kata jangan, tidak, bukan, semuanya perkataan-perkataan negatif. Ya, tolong jangan jadi lurus bendul. Penggunaan perkataan-perkataan ini bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan dan pembinaan ayatnya.

Sekiranya anak kecil yang sedang berlari disuruh jangan berlari, yang hanya didengarinya hanyalah 'berlari' bukan 'jangan'. Maka anak itu akan tetap berlari. Mungkin dia akan berhenti berlari jika benar-benar mendengar cakap ibunya. Tetapi hasilnya akan menjadi lebih cepat dan mudah bila menyuruhnya berjalan ketika dia sedang berlari. Kerana tidak ada perkataan jangan dan berlari.

Seperti juga ketika kita terasa seperti mahu demam. Jika kita berkata "aku rasa nak demam", maka senanglah kita demam. Kita mendidik diri kita untuk menerima fakta yang kita demam. Sebaliknya berlaku jika kita menggunakan ayat yang positif.

Bukan: Aku nak demam atau Aku tak sakit.

Tetapi: Aku sihat! (dengan keyakinaan dan doa)

Jika kita menghadapi satu pekerjaan yang susah, kemudian kita berkata pekerjaan itu memang susah, atau disogok rakan yang mengatakan itu memang susah. Maka kita memperbodohkan diri sendiri. Kita belum mencuba. Orang lain telah mencuba tetapi gagal, tidak bermakna kita juga akan gagal. Seharusnya kita memandang segala perkara yang belum terjadi secara positif.

Di dalam cerita hamba mandi di subuh hari, memang air itu sejuk. Sangat sejuk. Tetapi hamba patut mengatakan yang air itu panas. Ya, tolong jangan terima bulat-bulat kata hamba. Yang sejuk tetap sejuk tetapi hamba tidak perlu memikirkan tentang sejuk. Sebaliknya menganggap air itu panas. Hamba tidak akan merasa air itu panas (sebab ia memang tak panas) tetapi hamba akan merasa air itu tidak sejuk. Kamu faham? Tolong fahamkan. Malah, hamba menganggap ia sebagai sesuatu yang menyegarkan. Jadi, sejuk bukan satu bebanan bila mandi seawal itu.

Kalau aku sudah kaya dengan Nanti aku sudah kaya adalah berbeza. Hamba tidak suka kalau. Kerana kalau itu sekadar angan-angan kita. Sekadar kemahuan yang mungkin kita tidak berusaha melakukannya. Apabila berkata nanti, itu tandanya kita akan menjadi, kita sedang dalam usaha, kita sedang berdoa dan bekerja untuk mendapatkannya.

Seperti juga berkata kalau boleh. Itu negatif.

Mengapa tidak, mesti boleh?

Sebenarnya hamba benci dikelilingi manusia-manusia yang asyik memberi aura negatif kepada hamba. Ya, memang kita merancang Tuhan yang menentukan. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan hasilnya.

Hamba cukup marah manusia yang sentiasa memandang perkara dari sudut negatif. Baginya tidak boleh, susah, mustahil dan sebagainya.

Kata orang berkulit putih, "Looking at the glass half empty, not half full."

Cuba ambil satu kertas putih dan lukiskan satu titik hitam di tengah-tengah kertas itu. Kemudian tanya beberapa sahabat kamu. Pasti yang mereka nampak adalah titik itu, yang hanya kecil dan bulat. Tetapi bukan kertas putih yang masih banyak ruang putihnya. Benar atau tidak?

POSITIF.

Penting! Nampak remeh. Nampak kecil. Tetapi boleh mengubah hidup kita.

Baik, kita mulakan hari ini.

Hamba tidak mahu jadi malas.

Ah, silap!

Hamba rajin! (dan senyum lebar-lebar, semanis yang mungkin)

Teka-Teki: Jawab Jangan Tak Jawab

huh...penat belajar, banyak kerja2 menyerabuti otak anda, apa kata berehat sebentar sambil menjawab teka-teki ni... Sekadar hiburan, harap dapat mengembalikan keceriaan.. senyum sentiasa.

1) Lubang apa yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tidur balik.

2) Minyak apa yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang apa power Karate?
Answer: Kuda belang.cuba kira berapa black belt dia ada.

5) siapa yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

6) Pintu apa yang walaupun dengan 10 orang pun tak boleh nak tolak?
Answer: Pintu yang ada tulis 'TARIK'

7) Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) binatang tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu

10) Nenek siapa jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila?
Answer: sebab lelaki ni kan 'buaya'

12) apa beza sekretari baik dengan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

13 ) apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal anda...hehe

15) siapa yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya?
Answer: Tahi hidung dan Tahi telinga

17) apa persamaan kain jemuran dengan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' boleh diangkat...

18) kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kena tebang, siapa nak cabut pokok kelapa, gila apa...

19) Gajah terbang dengan apa?
Answer: Dengan susah payah......

Apabila Lidah Membawa Bencana

Di antara bencana-bencana lidah ialah namimah (menghasut);
iaitu menyampaikan bicara seseorang kepada orang lain, dengan tujuan
menimbulkan pergaduhan dan fitnah.

Firman Allah Ta'ala:

"Jangan kamu mematuhi setiap orang yang suka bersumpah dan menghina.
Yang suko membisikkan (mencela) dan suka menyebarkan fitnah."
(al-Qalam: 10-11)

Sabda Rasuluilah s.a.w.:

"Tidak bisa masuk syorga orang yang suka mengadu-dumba.

Sabdanya lagi:

"Sejahat-jahat hamba Allah, ialah orang yang menyebarkan hasutan,
yang memecah-belahkan antara kawan-kawan yang berkasih-sayang. "

Sabdanya lagi:

"Sesunqguhnya hasutan dan busuk hati di api neraka, kedua-duanya
tidak bisa bersatu di dalam hati seorang Muslim."

Sabdanya lagi:

"Bukan dari golongon kami, orang yang busuk hati, yang suka
menghasut, yang suka menelek, dan aku tidak suka kepadanya.'

Kemudian baginda membaca ayat berikut:

"Dan mereka yang menyakiti kaum Mu'minin dan Mu'minat tanpa sesuatu
kesalahan yang diperbuat oleh mereka......"
(al-Ahzab: 58)

Berkata setengah para salaf saleh rahimahumullah: Tiada menjadi
seorang penghasut, melainkan dia seorang anak zina.

Di antara jenis namimah (hasutan) yang paling buruk dan amat berat
dosanya, ialah perbuatan hasutan kepada sultan atau pemerintah dan
seumpamanya. Orang yang menghasut sultan atau pemerintah itu
bertujuan untuk menganiaya orang lain (musuhnya), seperti merampas
hartanya, atau menimpakan sesuatu bencana ke atasnya. Dosa orang ini
berlipatganda, sesudah dikira dosa membuat hasutan ke atas orang
ramai.

Bencana lidah yang lain, ialah memaki orang, mencaci keburukan orang
di hadapan wajahnya sendiri, sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda:

"Memaki seorang Mu'min adalah perbuatan durjana, dan membunuhnya
adalah kufur."

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Kedua-dua orang yang maki-memaki itu adalah laksana dua syaitan yang
masing-masing tuduh-menuduh, dan dusta-mendustai. "

Sabdanya lagi:

"Membalas satu makian dengan dua makian adalah berdosa besar. "

Bencana lidah yang lain lagi, ialah mengejek-ejek seorang Muslim,
merendahkan pekertinya serta mentertawakannya dengan tujuan
menghinanya.

Firman Allah Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan suatu kaum menghina kaum yang
lain, sebab mungkin mereka yang dihina itu lebih baik pekertinya dari
orang yang menghina. Jangan pula kaum wanita yang satu menghina kaum
wanita yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik
pekertinya dari orang yang menghina."
(al-Hujurat: 11)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Memadailah seseorang itu membuat bencana apabila ia menghina
saudaranya Muslim yang lain."

Bencana lidah yang lain lagi, ialah bersumpah palsu, bersaksi bohong,
melaknati orang lain, memanggil Muslim yang lain dengan sebutan
"Wahai kafir", menuduh seseorang dari ahli kiblat (orang Islam)
dengan tuduhan kufur, atau ahli bid'ah (menyeleweng dari perintah
agama) atau fasiq sebelum meneliti hakikatnya dengan betul dan yakin,
mendoakan kaum Muslimin supaya ditimpa kecelakaan, janji bohong,
mengadu-dumba sebagai talam dua muka, semua bicara yang kotor, cakap
lucah yang malu didengar, bertengkar-tengkaran, membantah orang
ketika sedap bercakap, suka membuat musuh dan menyampuk dalam
perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan diri sendiri.

Semua sifat-sifat yang tersebut di atas tadi sangat keras tegahannya,
yang telah dibuktikan dari berbagai-bagai ayat al-Quran dan Hadis
Rasulullah s.a.w. Seorang Mu'min yang sejati harus memerhatikan
dirinya dan menjaga agamanya, supaya ia menepati ajaran dari maksud
sabda Nabi s.a.w. yang berikut; iaitu: Barangsiapa beriman kepada
Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik ataupun berdiam
diri.

Sebenarnya bencana lidah itu memang banyak sekali, selain apa yang
disebutkan di atas tadi. lmam Ghazali telah menentukan sebanyak
duapuluh bencana, dihitungnya satu-persatu di dalam kitabnya Ihya'
Ulumiddin di bawah judul "Kitab Bencana Lidah". Moga-moga Allah
Ta'ala mencucurkan rahmatnya ke atas roh beliau dengan penuh
keredhaan, dan mengaturkan balasan yang setimpal dengan usahanya dan
khidmatnya kepada Agama Islam dan kaum Muslimin. Amin.

Ahlan Wasahlan 1430 Hijrah


Selamat Datang Azam Baruku..!

Setelah beberapa minggu warga ASTAR pulang bercuti bersama keluarga tercinta, akhirnya, pada hari ini, ASTAR kembali ceria apabila kebanyakan warga ASTAR telah pun pulang untuk meneruskan baki dan sisa2 perjuangan. Kepada pelajar dental, selamat bercuti diucapkan sehingga 4 Jan ini.

Antara sedar atau pun tidak, mungkin ada di antara kita yang merasakan begitu cepat masa berlalu, seperti baru semalam mendaftar untuk sem 1, tiba2 hari ni dah sem 2. lebih kurang begitulah nak diibaratkan betapa cepat masa berlalu. dan sudah semestinya, masa2 yang telah berlalu itu, meninggalkan banyak kenangan pahit, manis, tawar mahu pun masam...

Esok pula, sinar hijrah daripada 1430 Hijrah pula akan mula menyinari semesta alam... semoga tahun baru hijrah ini mampu membawa dan mengajak diri kita untuk melakukan satu anjakan paradigma yang lebih baik daripada tahun lepas agar segala yang diimpikan mampu kita capai... dan dalam masa beberapa hari juga tahun 2009 pula akan mula menjengah tanda berlabuhnya tirai 2008... moga kedatangan 2 tahun baru ini kita sambut dengan hati yang terbuka dan gembira...

Pelbagai peristiwa telah pun berlaku sepanjang tahun, sama ada kepada diri kita sendiri atau kepada negara kita mahupun peristiwa2 yang berlaku di seluruh dunia. untuk diri kita sendiri, mungkin ada antara azam dan impiannya yang telah pun tercapai. manakala, peristiwa2 yang berlaku di seluruh negara pula, seperti bencana alam, iaitu tanah runtuh, sudah pasti meninggalkan pelbagai impak kpd kita, sejauh mana kita bermunasabah...adakah kita tidak belajar daripada alam?

Di seluruh dunia pula, pemimpim utama dunia yang kononnya mengiktiraf negaranya sendiri sebagai polis dunia, mengakhiri kariernye dengan sungguh mengaibkan apabila menerima hadiah kasut terbang. cukuplah kasut yang tarafnya di letakkan di kaki itu sebagai tanda betapa bencinya rakyat kepada negara yang terkenal dengan sistem pertahanan Pentagonnya itu. Kepada Barrack Obama yang bakal menukar warna rumah putih pada 20 Jan 09 ini, adakah anda sinar baru negara Islam ? kita nantikan jawapannya...

Berbalik semula kepada varsiti kesayangan, mungkin kita dapat lihat ada beberapa projek menaiktaraf sedang dilakukan, iaitu sistem perparitan, dan yang paling menggembirakan kita yang hidup di alam siber ini, sistem internet tanpa wayar yang saya rase, telah pun dikemaskini, insyaallah line clear...hohohooo...selamat memanfaatkannya...

Sekian, salam hijrah..

sampaikan salam pada semua
sebarkan islam pada dunia

Coretan Tinta,
HasYimie..

*biarkan aku berbicara

CGPA Bukan Pengukur Kepada Kejayaan !

CGPA Bukan Pengukur Kepada Kejayaan
Oleh: Syahidah

”Ish, takutnya nak tunggu result minggu depan”, kata adik saya menyatakan kerisauannya terhadap keputusan final exam semester lepas. Sekarang memang masanya, kebanyakan student U menanti-nanti keputusan exam dengan harapan yang menggunung tinggi.

Kegundahan menanti keputusan peperiksaan sememangnya dirasai oleh semua mahasiswa. Kadang-kadang yang lebih cemerlang akademiknya lebih rungsing daripada yang kurang cemerlang. Yang bijak rungsing takut-takut keputusan tidak memenuhi harapan, yang kurang cerdik ’cool’ sahaja, mungkin beranggapan cukuplah sekadar cukup-cukup makan. Dulunya semasa bergelar mahasiswa, saya juga rungsing cuma belajar berlagak tenang.

Mentaliti kebanyakan mahasiswa telah dikemuncupkan dengan ’mind setting’ yang pesimis tentang kecemerlangan. Bagi mereka kecemerlangan itu ialah duduk terperap di dalam bilik, belajar dan belajar, jawab peperiksaan, dapat CGPA sekurang-kurangnya 3.5 dan tamat pengajian dengan Ijazah kelas pertama. Mereka adalah golongan yang hanya mengangkat topi kepada mahasiswa yang berjaya menggapai kejayaan seperti itu. Tabiat pemikiran mereka bukan berada pada litar ’single track mind’- menjangkaui disiplin ilmu yang lain.

Sebaliknya, bagi pelajar yang tidak memenuhi sasaran kecemerlangan berdasarkan CGPA yang tinggi tetapi memiliki kemahiran dan kecenderungan tertentu telah dikesampingkan. Golongan ini bukannya kurang cerdik cuma kurang CGPA. Ketika ini timbul pandangan serong, ”itulah, aktif sangat berpersatuan sehingga akademik terabai”. Malah, aktivis persatuan ini dikatakan telah melakukan ’jenayah akademik’di mana penglibatan dalam organisasi sudah menjadi fitnah kerana akademik yang merudum.

Bukan mereka tidak berusaha tetapi sudah usaha, cuma keterbatasan dan kemampuan tertentu untuk meletakkan akademik sebagai subjek utama dalam kehidupan kemahasiswaan. Saya tabik golongan sebegini. Agenda hidupnya bukan setakat belajar tetapi cuba mencapai disiplin ilmu yang lain. Dengan pengalaman dan gerak kerja organisasi, golongan ini lahir dengan kecerdasan yang sangat seimbang. Baik dari segi Kecerdasan Intelektual (Intelectual Quotient - IQ), Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient - EQ) dan Kecerdasan Spiritual (Spiritual Quotient - SQ) . Lebih-lebih lagi mereka yang menyatukan diri dengan sebuah organisasi Islam yang sudah tentu menerapkan elemen-elemen ‘multidisciplinary’ dalam setiap kegiatannya.

Adakah anda ingin menjadi golongan dengan kerjaya bergaji besar, setelah penat bekerja lalu tidur, lapar cari makan, balik kampung bila rindu mak ayah, kahwin beranak pinak, sakit masuk hospital dan bila tua menunggu ajal? Atau menjadi golongan yang seimbang IQ, EQ dan SQ dan dengan keseimbangan itu, anda menyumbang sesuatu buat pembangunan masyarakat sekitar?

Mahasiswa atau penuntut yang pintar di sekolah (yang mempunyai keputusan peperiksaan dan CGPA yang bagus) belum tentu menjadi orang yang berjaya di dalam masyarakat. Dalam erti kata yang lain, kejayaan dalam hidup tidak hanya ditentukan oleh keputusan peperiksaan atau CGPA seseorang. CGPA hanya satu format penilaian kepada pelajar terhadap markah peperiksaan dan kerja kursus yang tidak mengambil kira sama ada pelajar itu betul-betul belajar, terpaksa belajar atau belajar untuk ambil peperiksaan semata-mata. Maka tidak mustahil, ada di kalangan mereka yang membawa ‘toyol’ ke medan peperiksaan, menyalin assingment teman sekuliah, belajar bersama kekasih di kafeteria dan meninggalkan solat Subuh kerana tidak cukup tidur, turut mendapat CGPA yang tinggi. Adakah mereka di kalangan yang berjaya dalam hidup?

Ketulusan, integriti, tanpa maksud atau tujuan tertentu, rendah hati, rasa hidup bertuhan dan kecenderungan dalam kebajikan sosial adalah beberapa perkara penting dalam kehidupan spiritual yang memberi kepuasan menyeluruh apabila seseorang itu menemui kejayaan, malah kebahagiaan.

Namun jangan salah anggap. Saya tidak bermaksud anda tidak perlu berusaha untuk mendapat CGPA yang baik. Cuma jika anda berjaya mengejar banyak tuntutan dalam hidup terutama aktiviti spiritual, anda akan temui suatu cahaya yang menerangi lorong-lorong hidup anda yang semakin gelap.

Menurut Daniel Goleman iaitu seorang ahli psikologi, Kecerdasan Intelektual (IQ) hanya menyumbang lebih kurang 5 hingga 10 peratus kejayaan hidup. Selebihnya adalah gabungan beberapa faktor lain, yang salah satunya adalah kecerdasan emosi. Menurut Paul Stoltz pula, IQ adalah sebahagian kecil daripada pohon kejayaan dalam segala hal. Stoltz yang menulis buku terkenal, Adversity Quotient (Gramedia, 2000), mengatakan, usaha, bakat dan kemahuan, sifat, kesihatan kecerdasan, faktor genetik, pendidikan, dan keyakinan adalah kunci kejayaan manusia.

Kecerdasan boleh bersifat kontekstual. Masalah yang dihadapi ataupun keadaan, menjadi faktor penting ketika kecerdasan ditentukan atau dikenal pasti. Sebagai contoh, ketika seorang mengalami kerosakan kereta, siapakah yang lebih diperlukan? Seorang profesor ekonomi berkelulusan PhD luar negara atau seorang mekanik lulusan politeknik? Saya yakin, semuanya akan menjawab mekanik, walaupun dia hanya berkelulusan sijil politeknik. Maka, siapakah yang lebih bijak antara keduanya dalam hal ini? Kenyataan ini sekaligus menunjukkan kecerdasan bersifat konstektual.

Sebahagian yang lain lebih mengagumi Thomas Edison daripada peninju Muhammad Ali. Sebahagian yang lain pula mengagumi Albert Einstein daripada Mike Tyson. Ini tidak salah. Namun ia membuktikan kurangnya penghargaan kepada kemampuan lain yang dimiliki oleh setiap orang yang berlainan. Jika dinilai dari sudut IQnya, mungkin Thomas Edison dan Albert Einstein lebih pintar, tetapi dari sudut kecerdasan kinestatik Muhammad Ali dan Mike Tyson lebih hebat.

Anda juga punyai kelebihan dan kecenderungan tertentu. Cari, gali dan bangunkan keistimewaan yang anda miliki walaupun setakat mahir menggubah bunga atau melukis kartun. Tidak mustahil bunga yang anda gubah memikat hati manusia lantas mengagungkan kebesaran Allah dan kartun yang anda lakar berguna sebagai medium dakwah menyedarkan manusia.

Kekuatan terbesar bukan terletak pada bahagian luar tubuh badan manusia, tetapi ada pada diri manusia itu sendiri. Masalahnya, manusia kurang mengenal dirinya. Betul apa yang dikatakan oleh Socrates apabila dia mengatakan masalah utama manusia adalah pengenalan diri. ”Gnothi Teauton,” kata Scorates yang bermaksud ”Kenalilah diri anda sendiri!”.

Alangkah ruginya mereka yang merendah diri kerana tidak berpelajaran tinggi, rugi lagi yang meninggi diri dengan kerjaya dan jawatan tetapi tidak memahami tujuan sebenar kehidupan. Anda beruntung jika berada dalam kelompok ketiga ini. Iaitu mengenalpasti kemahiran dan kecenderungan diri lalu bangunkan ia atas nama Islam. Kenal diri, anda akan temui sesuatu yang membanggakan

Ku Lihat Hijau

Peristiwa Subuh

Peristiwa Subuh - Raihan
(sempena Selamat Pagi Subuh)

Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi
Berkumandang Suara Azan
Mendayu Memecah Sepi
Selang Seli Sahutan Ayam

Tetapi Insan Kalau Pun Ada Hanya
Mata Yang Celik Dipejam Lagi
Hatinya Penuh Benci
Berdengkurlah Kembali
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Suara Insan Di Alam Mimpi

Ayuh Bangunlah
Tunaikan Perintah Allah
Sujud Mengharap KeampunanNya
Bersyukurlah Bangkitlah Segera
Moga Mendapat KeredhaanNya
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Setiap Pagi Setiap Hari

Selamat Pagi Subuh.. !

Pada pagi itu, seperti mana pagi2 yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum", seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...", kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu. "Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat! serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuhu. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku
segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...", seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?". "InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

Adakah esok aku masih berpeluangSubuh masih datang menjengukku?

Usahlah Kau Berputus Asa

Sesungguhnya

Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya Hati Ini Cinta KepadaMu
Sebenarnya Diri Ini Rindu KepadaMu
Tapi Aku Tidak Mengerti
Mengapa Cinta Masih Tak Hadir
Tapi Aku Tidak Mengerti
Mengapa Rindu Belum Berbunga

Sesungguhnya Walau Kukutip
Semua Permata Di Dasar Lautan
Sesungguhnya Walau Kusiram
Dengan Air Hujan Dari Tujuh Langit Mu
Namun Cinta Takkan Hadir
Namun Rindu Tak Akan Berbunga

Kucuba Menghulurkan
Sebuah Hadiah KepadaMu
Tapi Mungkin Kerana Isinya
Tidak Sempurna Tiada Seri

Ku Cuba Menyiramnya
Agar Tumbuh Dan Berbunga
Tapi Mungkin Kerana Airnya
Tidak Sesegar Telaga Kauthar

Sesungguhnya Walau Kukutip
Semua Permata Di Dasar Lautan
Sesungguhnya Walau Kusiram
Dengan Air Hujan Dari Tujuh LangitMu
Namun Cinta Takkan Hadir
Namun Rindu Tak Akan Berbunga

Jika Tidak Mengharap RahmatMu
Jika Tidak Menagih Simpati
PadaMu Ya Allah

Tuhan Hadiahkanlah KasihMu Kepadaku
Tuhan Kurniakanlah Rinduku KepadaMu
Moga Kutahu
Syukurku Adalah MilikMu

Bersentuhan Bukan Mahram: Boleh Samak Ke ?

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING : Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.


Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya ,
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya .
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

KEMPEN IKHTILAT SIFAR BALAI ISLAM ASTAR




Hebatnya Diri Kerana Istiqomah

ISTIQAMAH DAN TIDAK PUTUS ASA

Istiqamah dan pengalaman masa muda


(Surah As-Syura Ayat 15)


Ertinya : Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)."


PENGERTIAN ISTIQAMAH


Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.


Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:


  1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
  2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
  3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
  4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
  5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.


Istiqamah menjadi tuntutan agama.

Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya .


(Surah Fusilat Ayat ' 6)

Ertinya: Katakanlah ( Wahai Muhammad ): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......


(Rawahul Muslim)

Ertinya: Katakanlah: Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.


Ruang lengkap Istiqamah


Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah:


Contoh Istiqamah


  1. Istiqamah dalam Iman dan melaksanakan tuntutan Iman.
  2. Istiqamah dalam solat dan Ibadah-ibadah khusus yang lain.
  3. Istiqamah dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menentang kebatilan dan kezaliman.


Istiqamah dalam ibadah umum seperti belajar, berniaga dan membuat kerja-kerja yang diizinkan oleh syaraq.

Dengan matlamat untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat serta di redhai Allah Taala.


Tahap-tahap Istiqamah


Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:


  1. Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala.(Surah Al-Furqan ' ayat 32 )


Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.


  1. Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala:


(Surah Ibrahim ' Ayat 27)

Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....


  1. Istiqamah perubatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.

Hikmat Istiqamah


Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.


Dengan kata lain istiqamah menjadi faktor pencapaian matlamat dalam apa jua bidang sama ada bidang agama, siasah, ekonomi, pendidikan, penyelidikan, perusahaan dan perniagaan. Peribahasa melayu ada menyebutkan, "berpantang maut sebelum ajal."


Kejayaan melaksanakan tuntutan iman dan matlamat amal Soleh dapat dicanai dengan sikap istiqamah seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran.


(Surah Fusilat-Ayat 30-32)

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah Malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah di janjikan kepada kamu."


"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang kamu ingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari ituapa yang kamu cita-citakan mendapatnya." "(pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani !"


Membentuk Sikap Istiqamah


Sikap Istiqamah dapat di bentuk dengan menanamkan unsur-unsur yang berikut ke dalam diri:


1.Matlamat yang unggul iaitu berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

2.Semangat dan daya juang yang tinggi serta tidak mudah mengalah atau berputus asa.

3.Prinsip yang benar berasaskan Al-Quran dan hadis Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wassalam.

4.Ilmu dan maklumat yang cukup.

5.Strategi yang kemas dalam perjuangan.

6.Usaha yang berterusan.

7.Yakin kepada takdir dan janji Allah Taala.

8.Berdoa dan bertawakal.

9.Bersyukur dan redha.


Sikap ini dapat diteladani daripada Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam, para sahabat, para mujahid, syuhada" dan salihin seperti yang tertera di dalam gambaran sejarah.


Manusia dalam perjuangan hidup


Perjuangan dalam hidup manusia amat luas daerahnya. Ada perjuangan yang kecil dan ada perjuangan yang besar. Contoh perjuangan yang kecil ialah apa jua usaha yang dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan di dunia. Sedangkan perjuangan yang besar ialah segala usaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Asas bagi menentukan kecil atau besar tahap perjuangan itu ialah:


1.Matlamat perjuangan.

2.Halangan atau cabaran terhadap perjuangan.

3.Risiko atau pengorbanan yang diperlukan.


Namun begitu ada orang yang keliru. Mereka meletakkan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai perjuangan yang utama dan mengabaikan perjuangan untuk mencapai kejayaan di akhirat. Sebenarnya orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia sahaja adalah orang yang akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat, sedangkan orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan di akhirat sebenarnya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah Taala:


(Surah Al-Hadid" Ayat 20-21)

Ertinya: Ketahuilah bahawa apa (yang dikatakan) kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu ( dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan ) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan) tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanaman suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan di dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Berlumba-lumba kamu (mengerjakan ama-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar .


Malangnya ada pula orang yang tidak mempunyai perjuangan lansung dalam hidupnya, mereka hanyut bagaikan kiambang di sungai. Mereka diracuni oleh fahaman jabariah iaitu berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka dicorakkan oleh berbagai-bagai budaya.


Istqamah dalam perjuangan


Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.


Firman Allah Taala:

(Surah Yusof ' Ayat 87)

Ertinya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail

    Followers