Thursday, August 21, 2008

NOTIS TEMUDUGA KEDUA BALAI ISLAM ASTAR


Sesi temuduga

Balai islam

kolej kediaman pertama


Satu sesi temuduga kedua untuk mengambil AJK bagi Balai Islam Kolej Kediaman Pertama akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 & 29 Ogos 2008

Hari : Khamis & Jumaat

Masa : 9.10 malam

Tempat : Dewan Tun Perak dan

Laman Santai

Kehadiran ASTARIAN untuk menyertai temuduga tersebut adalah amat dialu-alukan.Sila bawa sekali gambar berukuran passport.

SEKITAR TEMUDUGA PERTAMA PENGAMBILAN AJK BALAI ISLAM ASTAR

Assalamualaikum w.b.t.Pada 11 dan 13hb 8 yang lepas(Isnin dan Rabu),Balai Islam ASTAR telah mengadakan temuduganya yang pertama.Alhamdulillah,jumlah pelajar ASTAR yang menjalani temuduga Balai Islam ASTAR agak ramai.Berikut merupakan gambar yang diambil sekitar temuduga tersebut.











Wednesday, August 20, 2008

COMIN SOON....TAMAN 08


MINGGU PENGHAYATAN RAMADHAN (TAMAN 08)

Tarikh : 2 September 2006 – 21 September 2008

Tempat : Balai Islam ASTAR

Pengarah : Ahmad Naufal Bin Azman

Berbeza dengan bulan-bulan yang lain, bulan yang penuh barakah ini membuka peluang bagi muslim untuk mempertingkatkan amal ibadah sunat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rentetan itu, Minggu Penghayatan Ramadhan (TAMAN 08) dianjurkan bertujuan untuk menghidupkan suasana pengibadatan kepada Allah SWT dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti keagamaan yang dilakukan secara berjemaah. Balai Islam mengharapkan agar program ini berjaya mencapai matlamat yang digariskan .




Objektif:

· Menghidupkan suasana bulan Ramadan sebagai bulan meningkatkan ibadah

· Merapatkan silaturrahim di kalangan penghuni kolej.

· Meningkatkan syiar Islam di kalangan masyarakat kolej khususnya dan kampus umumnya.


Aktiviti – aktiviti :

· Tadarus al-Quran

· Iftar Jamai’e

· Solat Tarawih

· Qiamullail

· Perasmian + Penutup

· Iftar perdana

· Bubur Lambuk

· Tazkirah antara tarawih

· Ceramah perdana

· Pertandingan melukis komik Islam

· Pertandingan mencipta slide multimedia

· Pertandingan melukis poster berkaitan bulan Ramadhan