moga kalian memanfaatkan segala apa yang terkandung di dalam blog ini.
TERIMA KASIH
Blog Baru Kami:
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Oleh: Amiruddin Husain - Bangi
Dalam menerobosi arus kehidupan kala ini, sukar sekali untuk kita menjadi individu muslim yang cemerlang. cemerlang seperti mana umat-umat islam terdahulu. dari sudut apakah mereka cemerlang? sudah tentu cemerlang dalam segala aspek. ya, tapi bagaimana kita ingin cemerlang seperti mereka? pasti ada ciri-cirinya...
Cemerlang AKIDAH dan IBADAH
Muslim yang cemerlang, akidahnya bukan sekadar yakin dan percaya di mulut, bahkan diperlihatkan pada amalannya dan terkesan di hatinya. setiap tingkah dan gerak lakunya tidak sekali pun dipisahkan daripada agama. islam menjadi nombor 1 dalam setiap keadaan. semasa sendiriannya dan semasa di khalayak ramai. Sentiasa menjadi pegangannya akan firman Allah yang mafhumnya...
dan tidak Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. (adz-zariyat:56)
bagi individu muslim yang cemerlang itu juga, ibadahnya tidak cukup sekadar amalan fardhu seharian, bahkan ditambah dan berlumba-lumba dikejarnya amalan-amalan sunat yang termampu bagi dirinya.
dikejarnya akhirat bagaikan nafasnya di dunia ini sesaat sahaja lagi, diusahakan kerja-kerja di dunia bagaikan hidupnya 1000 tahun lagi.
Individu muslim yang cemerlang, tidak boleh tidak, mesti cemerlang fizikal dan jasmaninya juga. kerana menjadi pegangannya..
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah.."
[Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " Riwayat Muslim]
Bagaimana hendak dikerjakan amalan-amalan seharian pagi dan malam sekiranya fizikalnya tidak tahan? bagaimana hendak diperjuangkan agamanya jika jasmaninya tidak kuat? maka kekuatan fizikal dan jasmani itu menjadi kefardhuan bagi individu muslim yang cemerlang.
tidak cukup dengan itu, individu muslim yang cemerlang juga cemerlang akal dan emosi. saling berkait dengan kecemerlangan fizikal dan jasmaninya..
العقل السليم في الجسم السليم
Nasihat Untuk Remaja |
Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM SESUNGGUHNYA seluruh alam ini, baik yang besar mahupun yang kecil dan yang ada di dalamnya, semua menuju kepada Allah s.w.t, bertasbih kepada-Nya (menyucikan-Nya), mengagungkan-Nya dan bersujud kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tidak ada sesuatu pun kecuali dia bertasbih kepada Allah s.w.t dengan memuji-Nya.” (Al-Isra’: 44)Sesungguhnya semua makhluk yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t akan berhenti, menundukkan kepalanya, merendahkan diri kepada Allah s.w.t, mengakui anugerah yang dilimpahkan kepadanya. Akan tetapi masih banyak tersisa di alam ini makhluk yang kecil lagi rendah, diciptakan daripada setitis air mani, tetapi tiba-tiba dia menjadi musuh. Dia berjalan di suatu lembah, sedang alam seluruhnya berada di lembah lain. Dia tidak mentaati Allah s.w.t, tidak tunduk kepada-Nya dan tidak bertasbih kepada-Nya, walaupun semua makhluk yang ada di sekitarnya tekun berzikir dan bertasbih kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya makhluk ini adalah manusia yang bermaksiat kepada Allah s.w.t. Padahal Allah s.w.t adalah Maha Besar, alangkah rendah dan hinanya dia ketika menyendiri di alam yang teratur ini. Sesungguhnya syaitan selalu berusaha menyesatkan manusia dan menghancurkannya dengan berbagai cara, di antaranya menghiasi kemaksiatan dengan keindahan serta mengajak manusia untuk melakukan kemaksiatan tersebut agar ia mendapat murka Allah s.w.t. Semua manusia kehendaknya lemah dalam menghadapi keinginan buruknya dan nafsu syahwatnya. Jika kamu melihat ada kelemahan dan kecenderungan dirimu untuk melakukan maksiat, maka berhentilah sebentar sebelum kamu melangkukan kemungkaran. Dan fikirkanlah tentang dunia ini dengan segala kerendahannya, sedikit kenyataannya, banyak sia-sianya dan cepat berakhirnya. Fikirkanlah tentang para penghuni dunia dan keasyikannya, yang mereka dalam keadaan mabuk terhadap nikmat sementara itu. Sungguh, dunia telah menyeksa mereka dengan berbagai-bagai seksaan, memberikan mereka minuman yang pahit, dan dunia telah menjadikan mereka sedikit tertawa dan banyak menangis. Sebelum kamu melakukan kemungkaran terhadap Allah s.w.t, kamu harus fikirkan tentang akhirat. Kekalnya dan bahawa akhirat adalah kehidupan yang hakiki, negeri abadi, tempat berhentinya bepergian dan akhir perjalanan. Sebelum kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t, kamu harus fikirkan tentang neraka, bahan bakarnya, perapiannya, kedalaman dasarnya, kedahsyatan panasnya, dan besarnya azab penghuninya. Kamu juga harus fikirkan tentang penghuninya, yang berada dalam kepanasan yang sangat, diseret di atas wajah-wajah mereka, dan di neraka mereka seperti kayu bakar yang dinyalakan.Sebelum kamu bermaksiat kepada Allah s.w.t, fikirkanlah syurga dan segala yang telah Allah s.w.t janjikan untuk orang-orang yang taat, yang belum pernah terlihat mata, terdengar oleh telinga, dan juga belum terlintas di hati manusia. Berupa kenikmatan abadi lagi mencukupi dan dengan berbagai puncak kenikmatan berupa makanan, minuman, pakaian, gambar-gambar, kebahagiaan dan kegembiraan. Tidak akan merindui syurga kecuali manusia yang rugi dan bodoh. Wahai para remaja, Sebelum kamu melakukan kemungkaran kepada Allah s.w.t, ingatlah berapa lama kamu akan hidup di dunia ini? 60 tahun, 80 tahun, 100 tahun atau 1000 tahun? Kemudian datanglah kematian. Setelah itu syurga kenikmatan atau neraka jahim, kita mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa malaikat maut selain menuju orang lain, maka ia juga berjalan menuju kepadamu. Tidaklah kematian itu melainkan tinggal beberapa tahun lagi, atau beberapa hari saja, atau bahkan beberapa saat lagi! Kemudian kamu akan sendirian di alam kuburmu. Tidak ada harta, tidak ada teman. Lantaran itu fikirkanlah kegelapan kubur, kesendiriannya, kesempitannya, kengeriannya, kedahsyatannya, awal kedatangannya serta keras himpitannya. Ingatlah hari kiamat, pada hari dilihatkan semua amalan kepada Allah s.w.t. Ketika hati dipenuhi rasa takut, ketika kamu terpisah dari anakmu, ibumu, ayahmu, suamimu dan saudaramu. Ingatlah segala kejadian itu beserta kedahsyatannya. Ingatlah pada hari diletakkannya mizan dan lembaran-lembaran catatan amal berterbangan. Berapa banyak kesalahan, berapa banyak cacat dalam buku amalmu. Fikirkanlah seolah-olah kamu berdiri di hadapan Zat Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar, Uang Maha Menjelaskan segala sesuatu menurut hakikat sebenarnya. Yang kamu lari daripada-Nya, padahal Dia memanggilmu, tetapi kamu berpaling daripada-Nya. Bayangkan, kamu berdiri sedangkan lembaran catatan amal di tanganmu tidak meninggalkan segala dosa dan pahala yang kecil dan besar kecuali telah dihitung. Kerananya dengan telapak kaki yang mana kamu mampu berdiri di hadapan-Nya? Dengan mata mana kamu sanggup melihat-Nya? Dan dengan hati yang mana kamu menjawab ketika disodorkan pertanyaan kepadamu: “Hamba-ku, kamu telah meremehkan pengawasan-Ku terhadapmu? Bukankah Aku telah berbuat baik kepadamu? Bukankah Aku telah memberikan kenikmatan? Tetapi mengapa kau bermaksiat kepada-Ku padahal Aku telah memberimu kenikmatan?’ Wahai para remaja,Di sana masih ada para wanita yang berkeyakinan bahawa mereka diciptakan tanpa ada hikmah dan mereka dibiarkan begitu saja. Sehingga kehidupan mereka hanya sia-sia dan permainan, pandangan mereka terselubungi oleh sesuatu, di telinga mereka ada tersumbat dari mendengarkan petunjuk, mata hati mereka buta, hati mereka terbalik, mata mereka tertutup dan hati mereka dibutakan. Kamu dapati di majlis-majlis mereka segala macam kemungkaran, dan kamu tidak akan mendapati al-Quran dan zikrullah. Mereka laripada dari Allah s.w.t, padahal mereka di hadapan Allah s.w.t adalah hamba -hamba-Nya dan mereka berada dalam genggaman-Nya. Allah s.w.t menyeru mereka tetapi mereka tidak mahu memenuhi seruan-Nya. Bahkan mereka penuhi seruan syaitan, seruan keinginan buruk mereka dan seruan hawa nafsu mereka. Bagaimana mungkin mereka penuhi ajakan syaitan sedang mereka meninggalkan seruan Allah s.w.t? Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj: 46) Keburukan apa yang telah Allah s.w.t berikan kepada mereka, hingga mereka bermaksiat kepada Allah s.w.t dan tidak mahu mentaati-Nya? Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah mereka merasa aman daripada tipu daya Allah s.w.t. Tidak akan merasa aman daripada tipu daya Allah s.w.t kecuali orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 99) Maka wahai para remaja, hendaklah kamu berhati-hati. Jangan sampai menjadi seperti wanita-wanita tersebut. Menjauhlah kamu dari mereka, dan beramallah sesuai dengan tujuan kamu diciptakan. Allah berfirman yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku.” (Ad-Dzariyat: 56) Wahai orang yang bermaksiat kepada Allah s.w.t, Kembalilah kepada Rabb-mu dan takutlah kepada api neraka, takutlah neraka sa’ir. Sesungguhnya di depanmu kedahsyatan-kedahsyatan dan kesulitan-kesulitan. Sesungguhnya di depanmu ada neraka jahim dan azab yang pedih. Sesungguhnya di depan ada ular yang sedia mematukmu dan segala perkara-perkara yang dahsyat. Demi Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya, berbagai-bagai nyanyian, hiburan, sinetron-sinetron dan hal-hal remeh lainnya tidak akan mendatangkan manfaat buatmu. Demikian juga segala cerita dan sandiwara-sandiwara, tidak akan berguna untukmu. Keluarga dan anak-anak juga tidak akan memberikan manfaat kepadamu. Saudara dan teman-temanmu juga tidak akan memberi manfaat kepadamu. Juga segala baju, model-model, permata-permata dan perhiasan-perhiasan tidak akan memberi manfaat kepadamu. Apa yang akan memberikan manfaat kepadamu hanyalah seluruh kebaikan dan amalan soleh setelah mendapat rahmat Rabb langit dan bumi. Wahai para remaja, Demi Allah, tidaklah kita mengungkapkan semua perkara ini kecuali kerana rasa takut kita terhadap wajah-wajah yang putih akan berubah menjadi hitam pada hari kiamat. Kita bimbang wajah yang bercahaya ini akan menjadi gelap, tubuh yang segar akan dibakar api neraka. Maka, sentiasalah kita bertaubat . Ketahuilah bahawa orang-orang yang buruk dan rosak selalu mengintaimu, mereka ingin agar kamu melepas hijab dan meninggikan pakaianmu. Mereka ingin kamu terbuka di pasar-pasar, mereka juga ingin kamu berakhlak buruk dan jelek. Lantaran itu hindarkanlah hasutan orang-orang yang lemah akal itu. Berpeganglah dengan agamamu, kemuliaanmu dan hijabmu. Sesungguhnya dunia itu hanya bayang-bayang yang menggelincirkan kamu, sedang akhirat adalah kampung keabadian. Yakinlah bahawa kamu tidak akan pernah menyesal atas semua itu selamanya. Bahkan justeru sebaliknya, kamu akan bahagia dengan izin Allah s.w.t. Dan jangan sekali-kali kamu ragu dan menunda waktu untuk melakukan kebaikan di dalam hidup kamu._ YADIM |
Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Manusia |
Oleh SMAHADZIR Dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat). Kerapkali kekuatan seseorang itu dikaitkan dengan saiz dan bentuk tubuh badannya. Dari penilaian di atas, maka satu tanggapan dapat dibuat bahawa seseorang yang berbadan besar dan tegap mempunyai keistimewaan yang lebih jika dibandingkan dengan diri sendiri. Ada pula yang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negara Barat, kita beranggapan ia lebih istimewa daripada kita. Sebenarnya tangapan kita adalah salah. Kekuatan dan kelemahan diri bukannya terletak pada aspek fizikal sahaja tetapi terletak pada mental dan spiritual. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ´Tidak dihitung kaya dan kuat serta yang banyak harta, melainkan kekayaan dan kekuatan itu ialah yang kaya jiwanya...” Terdapat banyak pepatah, bidalan dan cerita rakyat yang dianggap dongeng mempunyai nilai moral yang tinggi. Sejauh manakah cerita arnab dan kura-kura yang boleh dikatakan telah dibaca oleh setiap individu sejak kecil lagi, begitu juga dengan perumpamaan seperti ´kecil jangan disangkakan anak, besar jangan disangkakan bapak´, dan ´sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit´, dapat dijadikan satu ikhtibar untuk dicontohi sewaktu kita melakukan muhasabah diri terutamanya dalam tugas kita sehari-harian. Kesan daripada cerita dan pepatah Melayu itu dapat dijadikan satu refleksi terhadap kehidupan kita sehari-harian bahawa: Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kita harus menerima hakikat bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kedua-duanya wujud dalam diri setiap manusia - tidak mengira bangsa serta asal keturunannya. Kekuatan dan kelemahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental dan spiritual. Kekuatan fizikal adalah lahir daripada kekuatan mental dan spiritual (rohani, kejiwaan, keimanan). Seseorang itu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwanya tidak digabung dan dimantapkan. Kata-kata seperti ´bekerja dengan sepenuh jiwa dan raga´ membuktikan kepentingan kekuatan spiritual dalam kehiduapan manusia. Usah dipersia-siakan kekuatan yang ada pada diri kita. Kekuatan merupakan keistimewaan, kebolehan atau potensi yang ada pada diri kita. Ia harus dicungkil serta digunakan ke arah yang berupaya membawa kebaikan kepada diri, keluarga, bangsa, agama, masyarakat dan juga negara. Usah biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri kita. Apa yang perlu dilakukan ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai suatu panduan ke arah memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki, kita tidak dapat lepas daripada cabaran sebelum menemui kejayaan. Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang ´merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang.´ Dari huraian di atas, maka kita haruslah membuat satu tanggapan bahawa setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita ini haruslah dilihat secara positif. Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan sumber kemantapan ke arah kecemerlangan diri. Kekuatan fizikal sahaja tidak menjamin membawa kejayaan bagi seseorang individu. Dua aspek lagi iaitu mental dan spiritual harus digabungkan ke arah mewujudkan insan yang seimbang lahir dan batin. Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia |