...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
Walaupun seribu langkah, ia tetap bermula dengan langkah yang pertama...
Telah menjadi fitrah, apabila melangkah, semestinya kehadapan. Melangkah terus kehadapan dengan penuh yakin. Apa yang ada di belakang, tidak mungkin berulang kembali, yang penting kita, harus terus ke hadapan. Tidak bermakna tidak perlu menoleh ke belakang, tetapi... andai asyik memandang ke belakang, sampai bila mahu ke hadapan ???
Di kesempatan dan kesempitan masa yang ada ini, saya cuba untuk menyelitkan diri mengemaskini blog yang agak terbiar ni... bukannya apa... demam peperiksaan katanya. Alhamdulillah, sebentar tadi, 30 April, 9.15 malam, bertempat di Dewan Tun Perak, telah diadakan satu majlis jamuan ringkas untuk meraikan sahabat2 Balai Islam yang bakal menamatkan pengajian di varsiti tercinta ini.
.
Majlis yang dimeriahkan oleh kira2 25 orang sahabat Balai Islam yang lain diadakan secara surprise khusus untuk meraikan mereka. Satu kejutan juga diadakan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Saudara Naqiuddin pada 29 April yang lepas. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Balai Islam dan senior2 yang bakal grad... Di dalam ucapannya, turut diselitkan ucapan penghargaan dan harapan untuk Balai Islam sesi akan datang. Di antara lainnya turut menyebut supaya Balai Islam akan terus maju dan bergerak dengan lebih baik untuk sesi akan datang.
.
Sememangnya, untuk melakukan kerja2 Islam terdapat banyak halangan dan cabarannya, maka dengan itu, haruslah untuk kita terus berani dan teguh dengan pendirian kita. Persoalan mengapa dan kenapa harus terus berlegar dalam diri kita agar dapat kita ketahui matlamat dan tujuan sebenar kita. Diakhirnya... moga majlis yang serba ringkas tersebut dapat memberi kesan di hati kita, moga ukhwah dan persaudaraan dalam Islam yang terjalin ini terus berkekalan... Emiinn..
.
.
Keramatnya ukhwah Melangkaui hubungan darah Kasih sayang kerana Allah Disulami bebenang mahabbah Tonggak kekuatan dalam jamaah Digubah dengan acuan akidah Beralun gema tarbiyah Bersinar pancaran dakwah Andai ditakdir rebah Seribu bahu menggagah Bersatu mengorak langkah Tak seorang dibiar gundah Suratkan untukku maghrifah Dari segala silap dan salah Salam ukhwah fillah
Assalamualaikum, pertamanya maaf kerana terlambat untuk mempublishkan posting kerana penulisnya pulang bercuti bersama keluarga huhuhu...
Pada 10 April yang lepas, Balai Islam ASTAR sesi 08/09 telah mengadakan jamuan tahunan untuk seluruh warga Balai Islam ASTAR. Jamuan tersebut telah diadakan di DTP, bermula pada jam 9.30 malam.
Pelbagai hidangan yang menarik telah disediakan seperti mee goreng, air nescafe yang sedap, sirap selasih dan beberapa makanan ringan sampingan yang lain. Namun begitu, kekurangan ajk yang hadir menyebabkan jamuan tersebut sedikit tidak meriah, tetapi masih lagi meriah hehehhe...
Ketika majlis jamuan tersebut, pihak Balai Islam juga telah menyampaikan cenderamata beupa hamper baby kepada isteri En Mat yakni penyelia kami, moga kehadiran orang baru akan lebih menceriakan lagi mereka sekeluarga...
Bertemu lagi kita setelah beberapa purnama tidak menukilkan hasil tinta sendiri...
Semalam, ketika saya dan rakan2 yang lain sedang makan-makan di KK2, seperti biasa berlakulah dialog2... banyak yang ingin dibualkan, banyak juga yang ingin dikisahkan... bukannya apa, sekadar mengimbas kembali detik dan saat2 duka bertukar suka... Memang menghiburkan walaupun masa telah pun menunjukkan jam 2 pagi...
Ada satu bahagian dalam banyak2 perkara yang kami bincangkan yang menarik untuk saya tulis. ehm... berbicara mengenai bodoh. Bodoh ? ya.... ada masalah ke ? Sebenarnya, apabila kita kaji dan fikir2 sejenak... Adakah kita yakin orang yang berjaya, orang cemerlang dalam peperiksaan terutamanya, memang seorang yang betul2 bijak, cerdik dan pandai ? dan... Adakah kita sesuka hati melabelkan mereka yang gagal, tidak berjaya itu dikatakan sebagai kurang bijak, atau bodoh? ehm....
Contoh mudah yang sempat saya rakamkan ialah pelajar yang sedang dalam peperiksaan... tidak dapat menjawab salah satu soalan yang diberikan, bukanlah bermakna pelajar itu kurang bijak atau bodoh, cumanya, pelajar itu tidak tahu apa jawapannya... Jika pelajar itu tahu apa jawapannya, sudah pasti dia akan berjaya menjawab soalan tersebut ! Maka, adakah pelajar itu dikategorikan sebagai pelajar yang kurang bijak (bodoh) ???
Diketerbatasan masa yang ada, itu sahaja yang sempat dicoretkan buat masa ini, diakhirnya, kita renungi sejenak... betapa agungnya akal dan otak ciptaan Allah. Allah menciptakan otak kita dengan pelbagai tahap IQ yang berbeza...ada yang IQ nya yang tinggi sehingga digelar genius, dan ada pula yang rendah sehingga dilabelkan sebagai bodoh... Ah... mudahnya mereka dilabelkan...
Dengan tahap IQ yang berbeza itu, kita dapat lihat pelbagai pendapat dan buah fikiran lahir daripada akal dan otak yang Allah berikan. Ada yang mencadang, ada yang membangkang... masing2 dengan berbekalkan pemikiran terhad yang Allah kurniakan. Bayangkan jika semua manusia di dunia ini, mempunyai IQ yang sama sahaja... Apa yang pasti, ilmu yang tersimpan dalam otak kita ini memang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan lautan ilmu Allah yang luas, yang tidak akan habis ditimba...
Tetapi apa yang pasti, sedar atau tidak, semakin bertambah ilmu pengetahuan kita, semakin kita tahu akan kekurangan diri kita... semakin kita tahu akan kebodohan diri kita... Jadi maknanya, semakin banyak yang kita belajar, semakin tidak cerdik lah kita ? Fikir, renung dan koreksi diri...
Orang yang paling bijak, ialah orang yang mengingati mati...
Hanya pendapat sendiri, dipersilakan untuk meluahkan pendapat anda, kerana IQ, pemikiran dan kefahaman kita yang berbeza, sudah pasti akan timbul ketidaksefahaman...!
...Macam Cuaca... Mohd Hasyim Bin Harun www.akusebuahkisah.blogspot.com
Telah lama rasanya ingin menulis entry bertajuk macam cuaca ini, cuma masa yang nampaknya masih mencemburui sehinggalah saat entry ini ditulis...
Alhamdulillah, pagi ini, pemandangan dari tingkat 4 nampak begitu indah dan ceria, cahaya mentari mula menyinari seantero varsiti perdana ini pada tanggal 18 Rabiulawal yang mulia, bulan kelahiran baginda Rasulullah SAW. Tidak seperti semalam, sepanjang harinya, ada sahaja rintik-rintik hujan yang menyirami bumi ini. Takjub dengan kebesaran Allah, yang menjanjikan hujan itu sebagai asbab kepada munculnya pelangi nan indah, maka tergeraklah hati ini untuk terus menulis. Ya... Macam Cuaca...
Umum mengetahui, cuaca sering bertukar-tukar, pagi ini cerah, tetapi jangan disangka sampai ke petang, siapa tahu matahari ingin berlindung sekejap, memberi laluan kepada awan mendung berarak. Adakalanya, kita mengharapkan agar hari ini mentari sentiasa tersenyum riang, burung-burung berkiacauan bebas di angkasa sana.
Biarlah cuaca yang tenang, ceria dan indah ini terus berkekalan. Tetapi, mungkin juga, ada antara kita yang mengharapkan agar bumi ini basah disirami rahmat hujan daripada ilahi, memandangkan bumi ini telah kegersangan tanahnya akibat daripada mentari yang tidak sudi memberi laluan kepada hukum alam yang lain.
Maka dengan ini, dapat kita lihat bahawa, tidak semua orang suka akan panas, namun tidak bermakna kita berharap hujan turun dengan selebat-lebatnya. Mungkin cukuplah kita mengharapkan mendung itu berarak menutupi sedikit sinaran sang suria. Sudah memang hukum alam, setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Macam cuaca...! ya..
Lalu kita koreksi semula diri kita. Macam cuaca ? Ya... Hati kita Allah menciptakan dengan semulianya. Namun jangan disangka semua hati itu mempunyai pendirian yang sama. Allah menciptakan hati kita ini dengan keadaan yang tidak tetap, berbolak-balik sebagaimana maksuh hati itu sendiri. Ya... hati kita memang tidak tetap, sebagaimana perasaan dan perlakuan kita, macam cuaca katanya.
Adakalanya kita 'hujan', sekejap 'mendung' dan kemudian bertukar 'panas'. Sebagai manusia, saya kira, kita perlu bijak mengawal emosi, hati, perasaan dan tingkah laku kita agar jangan jadi seperti cuaca. Cuaca... adakalanya, tidak dapat diramal, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat sedang matahari tidak sempat pun untuk memancarkan sinarnya. Perubahan cuaca itu sudah pasti akan memberi kesan kepada kita.
Kita, manusia... boleh sahaja mengawal keadaan-keadaan 'cuaca' yang ada dalam diri kita, kerana mungkin kita tidak sedar, kita berada dalam kelompok masyarakat yang turut ada 'cuacanya' yang tersendiri, sedang dalam pada orang lain semuanya gembira, ceria dan seronok, tiba-tiba datang pula kita dengan awan mendung yang tidak ada tanda-tanda mentari akan muncul, sudah pasti ia akan menimbulkan perasaan tidak senang dalam diri kita yang sedang ceria, gembira dan seronok.
Diakhirnya, kita seharusnya bijak mengawal emosi, perasaan dan 'cuaca' yang ada dalam diri kita ini. Jangan kita panaskan hari yang sejuk itu !!!
*DARI ANA, MUHAMMAD NAQIUDDIN UNTUK SEMUA AHLI BALAI ISLAM..
Pertemuan kita di suatu hari Menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukurku kehadap Illahi Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi Dugaan yang menimpa diri Bersabarlah diatas suratan Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Mencari hidayah dari pada-Mu Dalam mendidikan kesabaranku Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku Menghadapi perpisahan ini Pahit manis perjuangan Telah kita rasa bersama Semoga Allah meredhoi Persahabatan dan perpisahan ini Teruskan perjuangan
Kan kuutuskan salam ingatanku Dalam doa kudusku sepanjang waktu Ya Alloh bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu Menjadi ingatan setiap waktu Tanda kemesraan bersimpul padu Kenangku di dalam doamu Semoga Tuhan berkatimu
*INSYAALLAH, KITA AKAN BERTEMU LAGI..UKHWAH FILLAH..
Alhamdulillah... setelah beberapa ketika tidak menaip di blog kesayangan ini, dapat juga saya menaip, menulis, untuk meluahkan yang terbuku di hati ini, teruja rasanya....
Malam Penganugerahan Astar (MPA 2) telah berlangsung dengan (agak) jayanya pada 7 Mac 09 yang lepas bertempat di Crown Prince Mutiara Hotel KL. Apa yang ingin saya ceritakan di sini, di samping terdapat beberapa masalah teknikal yang saya rasa tak sepatutnya berlaku terutamanya di majlis-majlis yang besar ini, saya juga, atau lebih tepatnya kita semua pasti dapat melihat pelbagai lagi masalah ‘teknikal’ yang hasil daripada servey yang saya lakukan, masalah tersebut memang berlaku setiap tahun, cumanya pada tahun ini, ia berlaku dengan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Mencatatkan peningkatan nampaknya.
Pertamanya, seperti yang sedia maklum, kita lihat apa yang menyebabkan petang yang hujan renyai-renyai itu menjadi panas waima ia sepatutnya sejuk. Saya sebenarnya agak terkejut tetapi langsung tidak terpesona walau sedikit pun apabila menyaksikan pakaian (pakaian ? yeke) yang dipakai oleh mereka, untuk menghadiri majlis makan malam tersebut. Seolah-olah sedang berlaku pertunjukan fesyen, sebenarnya saya pun tak pasti pertunjukan fesyen atau pertunjukan aurat. Mudahnya saya katakan, MPA: Malam Penganugerahan ASTAR? atau Malam Pertunjukan AURAT?
Hadis Rasulullah SAW:
"Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihat iaitu.... dan golongan wanita yang memakai pakaian, tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuhnya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dari perjalanan yang sekian-sekian..."
Mungkin rasanya, poster mengenai etika berpakaian yang tertampal di kawasan kolej kita ni perlu dibuat dengan lebih besar, supaya mereka lebih nampak (walaupun sebenarnya dah nampak). Tidak perlu diceritakan bagaimana pakaian mereka, kerana masing-masing pasti akan melihat, walaupun cuba mengelak. Maka ternyatalah, mereka berpakaian, tetapi seolah-olah mereka tidak berpakaian. Mengapa? Kerana mereka mendedahkan apa-apa yang perlu ditutup. Tidak kisah bangsa apa, Melayu, Cina, India, semuanya sama sahaja. Sehingga saya pun tak tau nak membezakan yang mana satu kaum yang sebangsa dan seagama dengan saya.
Lagaknya seperti sedang menghadapi musim panas. Ye lah, mereka mengenakan pakaian yang seringkas dan sesingkat mungkin. Panas katanya... Mungkin pada tahun hadapan, daripada tema topeng, apa kata kita beralih kepada tema musim sejuk pula. Siapa tahu? Dengan tema ini, ‘pakaian’ mereka akan lebih menyerupai pakaian? Etika berpakaian menjelang kehangatan MPA 2 juga ada ditampal oleh Balai Islam, ditampal disebelah list nama pelajar yang akan menyertai MPA 2. Buat-buat tak perasan lah... (kata mereka)
"sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik"
Ehm... Selain isu pakaian yang kita dah terbiasa, tiap kali majlis makan malam menjelma, saya juga tidak berapa berkenan dengan beberapa perkara yang lain. Pemberian dedikasi berbentuk bunga ros pada pendapat saya bukanlah satu perkara yang bijak. Katanya mahasiswa, kenalah lebih intelek. Pada hemat saya, pemberian bunga ros, akan lebih kepada seolah-olah untuk mengeratkan lagi jalinan dan hubungan yang nyata-nyata tidak sah. Sudah tentu bunga ros itu akan diberikan lelaki kepada perempuan, dan perempuan kepada lelaki. Jadi... maknanya ?
Sama jer dengan sambutan hari kekasih, macam nak mengaburi mata kita, cuma tarikhnya lain bukan 14 Feb. Jadi, kepada pihak yang berkenaan, tahun depan, kalau nak dapat ‘pahala’ menjadi pengantara untuk memberikan bunga ros kepada pasangan belangkas, ops salah... kepada pasangan kekasih yang sedang bercinta, tahun depan mungkin boleh lagi dilaksanakan pemberian dedikasi berbentuk bunga ros. Maklumlah setiap tahun, pasangan kekasih di kolej kita ni semakin meningkat nampaknya. Macam dah tak cukup ruang untuk mereka berdua-duaan (bukan berdua, tapi sebenarnya bertiga), sehingga dengan mudah kita boleh nampak mereka di mana-mana.
...dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan sejahat-jahat jalan (terkutuk)... Al-Isra:32
Terselak buku panduan kolej pertama, pada perkara J. 3. Berbunyi... penghuni tidak dibenarkan duduk berdua-duaan di sekitar kolej yang boleh mendatangkan curiga dan syak wasangka. Dah ada tindakan diambil ? Mungkin perbuatan mereka masih tak cukup mencurigakan... nak tunggu sampai bila? Makin teruk dah ni, takkan nak terjumpa seorang bayi yang comel kat mana-mana kawasan kolej (tandas terutamanya) baru kita nak bertindak?
Manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. - Prof. Dr. yusof Al-Qhardawi
Seterusnya, mengenai pengacara yang menari-nari di atas pentas, tak perlu saya ceritakan, memang tak sedap mata memandang, sempat juga nak berkepit tangan. Apa kes? Sebelum beralih ke isu-isu yang lebih sejuk, elok saya tanya dan ingatkan... harapnya Maghrib kalian pada malam tersebut dapat disempurnakan, jangan kerana takut terlewat masuk, sibuk bergambar, dan nak jaga rambut dan make up daripada terkena air, kita biarkan sahaja solat Maghrib itu berlalu begiru sahaja. Begitu juga dengan solat isyak, macam mana? Solat tak? Maklumlah, setelah kepanatan, balik pun dah pukul 12 malam lebih, takut2 ada yang terlupa...
Keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Kepada pihak yang terlibat, mungkin tahun depan biarlah MPA berlangsung dengan penuh berprestij dan gilang-gemilang, jangan dipanaskan dewan yang sejuk itu !!! Diakhirnya, saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa, dah terang tak perlu bersuluh, kita kena kata dan tegur, walaupun dengan hanya mampu menulis. Sekurangnya, kita punya usaha dan inisiatif, daripada mereka yang tidak melakukan apa-apa. Biar usaha itu kecil, tapi besar di sisi Allah.
Segala nasihat dan teguran itu, untuk diri saya sendiri yang pertamanya, kemudian kepada kalian. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...Eminn...
Alhamdulillah... pada malam semalam, 26hb. warga KURJAS 09 serta warga Balai Islam telah pun mengadakan BBQ, yakni sambungan daripada BBQ yang tak sempat di masak lagi pada Ahad yang lepas. BBQ bermula sekitar jam 9.30 malam, bertempat di cafe. Pada pemerhatian saya, keadaan dan suasana memang agak meriah dengan kehadiran warga KURJAS dan Balai Islam.
Hujan renyai2 dan kadang-kadang menjadi lebat tidak langsung pun membatalkan niat kami untuk terus bersama-sama memasak ayam BBQ yang sedap lagi enak.. Proses memasak berjalan dengan lancar saya kira. Ayam pun masih berada dalam keadaan yang baik, menyebabkan kami tak sabar2 untuk memakan ayam tersebut. Hehehe... Setelah mengemas2 ditambah pula dengan hujan yang lebat, BBQ tersebut akhirnya tamat pada jam 2.30 pagi ! Semua ayam berjaya kami masak dan selamat dimakan.
Kegembiraan dan kekenyangan saya kira boleh jelas kelihatan di muka semua yang menghadiri BBQ tersebut. Terima kasih saya ucapkan kepada semua warga KURJAS yang menjayakan BBQ tersebut. Terima kasih juga kepada warga Balai Islam yang turut sama memeriahkan lagi BBQ tersebut. Memandangkan permintaan yang tinggi dan melihat kepada pengeratan silaturahim, maka saya mencadangkan elok kiranya ia diadakan selalu atau sekali sekala. Kerana, saya rasa, dengan adanya BBQ tersebut contohnya, ia lebih menampakkan kemesraan dan mungkin boleh menghilangkan stress disamping dapat lebih mengeratkan ukhwah dalam kalangan kita. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua...
Telah lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Baiklah, biar saya mulakan begini. Seperti yang kita sedia maklum, projek ke-3 Balai Islam ASTAR untuk sesi 2008/2009 iaitu Kursus Jenazah & Amali Sembelihan (KURJAS 09) akan berlangsung tidak lama lagi. Dengan berbaki lebih kurang 6 hari sahaja lagi, sudah pasti persiapan terakhir dan terbaik sedang dilakukan.
Dikesempatan ini juga, saya berharap dan memohon agar semua warga KURJAS 09 dapat menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Elakkan rasa tertekan, tenang-tenangkan pemikiran kalian. Senyum selalu, moga tugasan kalian dapat dilaksanakan dengan lancar. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. Kesimpulan awalnya, sebagai pemimpin yang masih memerlukan tunjuk ajar daripada semua pihak, saya berharap agar kalian dapat memberikan kerjasama kepada saya.
Diri ini sedar, mengetuai sesuatu organisasi, sebagai pemimpin atau ketua, diri ini mestilah lebih kuat dan tabah berbanding yang lain. Analoginya mudah, bayangkan sebuah keretapi yang sedang menaiki bukit, kepala keretapi yang berada di bahagian paling hadapan haruslah lebih kuat dan tinggi kuasanya. Bertujuan untuk menarik gerabak-gerabak yang berada di belakangnya. Jika kepala keretapi tersebut tidak kuat dan tidak cukup kuasanya, sudah pasti ketika menaiki bukit tersebut, kesemua gerabak akan meluncur dan tergelincir turun semula, akibat kepala keretapi yang tidak kuat.
Apa yang nyata, saya masih lagi memerlukan sokongan kalian. Kerana diri ini bukanlah kepala keretapi yang mampu menarik gerabak yang begitu banyak. Namun, mujurlah, saya masih ada sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Tanpa kalian, tidak tahulah di mana kata hati ini hendak diluahkan. Berpesan kepada diri sendiri juga, ingatlah, Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih. Betulkan niat masing-masing. Nescaya pertolongan Allah itu ada di mana-mana. Di akhirnya, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kalian, ada orang kata, jika semuanya sempurna, kita tidak dapat belajar daripada kesilapan.
Memang saya setuju, kesilapan mengajar erti kehidupan, namun, jika kesilapan itu boleh dielakkan, adalah lebih baik, ia dielakkan agar kita dapat memberikan yang terbaik. Menuntut kesempurnaan itu memang sesuatu yang agak mustahil, tetapi cukuplah jika kita memberikan yang terbaik. Eminn..
Setelah beberapa minggu warga ASTAR pulang bercuti bersama keluarga tercinta, akhirnya, pada hari ini, ASTAR kembali ceria apabila kebanyakan warga ASTAR telah pun pulang untuk meneruskan baki dan sisa2 perjuangan. Kepada pelajar dental, selamat bercuti diucapkan sehingga 4 Jan ini.
Antara sedar atau pun tidak, mungkin ada di antara kita yang merasakan begitu cepat masa berlalu, seperti baru semalam mendaftar untuk sem 1, tiba2 hari ni dah sem 2. lebih kurang begitulah nak diibaratkan betapa cepat masa berlalu. dan sudah semestinya, masa2 yang telah berlalu itu, meninggalkan banyak kenangan pahit, manis, tawar mahu pun masam...
Esok pula, sinar hijrah daripada 1430 Hijrah pula akan mula menyinari semesta alam... semoga tahun baru hijrah ini mampu membawa dan mengajak diri kita untuk melakukan satu anjakan paradigma yang lebih baik daripada tahun lepas agar segala yang diimpikan mampu kita capai... dan dalam masa beberapa hari juga tahun 2009 pula akan mula menjengah tanda berlabuhnya tirai 2008... moga kedatangan 2 tahun baru ini kita sambut dengan hati yang terbuka dan gembira...
Pelbagai peristiwa telah pun berlaku sepanjang tahun, sama ada kepada diri kita sendiri atau kepada negara kita mahupun peristiwa2 yang berlaku di seluruh dunia. untuk diri kita sendiri, mungkin ada antara azam dan impiannya yang telah pun tercapai. manakala, peristiwa2 yang berlaku di seluruh negara pula, seperti bencana alam, iaitu tanah runtuh, sudah pasti meninggalkan pelbagai impak kpd kita, sejauh mana kita bermunasabah...adakah kita tidak belajar daripada alam?
Di seluruh dunia pula, pemimpim utama dunia yang kononnya mengiktiraf negaranya sendiri sebagai polis dunia, mengakhiri kariernye dengan sungguh mengaibkan apabila menerima hadiah kasut terbang. cukuplah kasut yang tarafnya di letakkan di kaki itu sebagai tanda betapa bencinya rakyat kepada negara yang terkenal dengan sistem pertahanan Pentagonnya itu. Kepada Barrack Obama yang bakal menukar warna rumah putih pada 20 Jan 09 ini, adakah anda sinar baru negara Islam ? kita nantikan jawapannya...
Berbalik semula kepada varsiti kesayangan, mungkin kita dapat lihat ada beberapa projek menaiktaraf sedang dilakukan, iaitu sistem perparitan, dan yang paling menggembirakan kita yang hidup di alam siber ini, sistem internet tanpa wayar yang saya rase, telah pun dikemaskini, insyaallah line clear...hohohooo...selamat memanfaatkannya...
Sekian, salam hijrah..
sampaikan salam pada semua sebarkan islam pada dunia
Bismillah, setelah tidak lama tinta ini menari2 menghasilkan coretan, sementara menunggu azan isyak berkumandang, diberi kesempatan oleh Allah utk mencoret2 apa2 yang patut...
Ehm...nak cerita apa ye, takpelah, kalian baca jelah ye... ketika ini, kebanyakan warga ASTAR masih lagi menghabiskan sisa2 cuti yang kini berbaki beberapa hari lagi sebelum semester 2 menjelang. Pelajar Dental macam biasa menjadi penghuni setia kolej, kerana cuti mereka sedikit berbeza dgn pelajar2 yang bukan dental.
Ketika ini juga, para peserta Festival Seni (Feseni) sedang berkampung mengadakan latihan, kiranya, ASTAR meriahlah, dengan bunyi paluan kompangnyer, dikir barat yelah, nasyid dan byk lagi...Setelah menghadapi pelbagai rintangan drpd pengurusan Feseni, akhirnya Feseni pada sesi kali ini Insyaallah akan berlangsung dalam bulan 3, itupun tarikhnya tak dimaklumkan lagi... nantikannye...dan jom kita beramai2 memeriahkannya...
ehm...nak citer ke tak? nak citer jgk, jika anda perasan, ade beberapa artikel dan gambar yang berkaitan dengan senyuman...dah baca? kalau belum, pi baca cepat, menarik tau... ehem2...bukan nak kate ape, tapi dah empunya diri yg sedang menaip ni pun suka tersenyum dan tersengih je... so... tertarik lah saya untuk memposting ape2 yang berkaitan senyuman... dan ada ketika, orang kata senyuman saya ni menyejukkan hati... ehm...yeke? tak kisahlah... yang penting bagi saya..apabila kita senyum...senyuman itu akan mengubati diri kita sendiri yang berduka, lara dan kisahlah ape2 lagi...dan apabila kita senyum kat orang, orang pun akan senyum balik kat kite... betul tak... so, senyuman ni pun dah kira macam satu penyakit berjangkit...hehehehe...
Dan kami ni yang tinggal kat Blok C, bukannyer ape, nak citer jugak...kami yang tak biasa tinggal kat Blok C ni macam mengalami beberapa masalah untuk menyesuaikan diri...kalau kalian nak tau, aras lantai ke siling, sangatlah rendah, kipas tu kirenyer atas kepala beberapa jengkal je... nak dijadikan cerita, dah 2 orang kawan saya yang jarinya terkena kipas...eeiii... tak dapat nak bayangkan macam mana kalau diri sendiri yang kene. Nasib baiklah mereka 2 orang tu tak teruk cederanya, luka sikit kat jari je...so, pesanan untuk penghuni Blok C, yang silingnyer rendah tu, berhati2 yer..bahaya tau...saya pun pelik, macam mane bangunan ni boleh dapat CF (sijil layak duduk)..ehm... mungkin org dulu2 rendah je kot...ntahlah...
Dalam beberapa hari lagi kita juga akan menyambut kehadiran 1430 Hijrah diikuti dengan tahun 20009 yang menyusul beberapa hari kemudian, ehm.. mcm mana dengan azam kalian, harapnyer tercapai...bersama kita berhijrah, daripada yang kurang baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik...amin...
Sempena tahun baru ini juga, blog kesayangan kita, Balai Islam Online, telah pun berwajah baru dengan beberapa penambahbaikan. Blog yang berwajah baru ini juga ada yang kata ok dan ada yang kata tak ok... ape pun saya mengharapkan kalian rasa gembira melayari blog ini... artikel2 terbaru sentiasa menanti anda setiap hari ! (kecuali kalau saya kat rumah, coz rumah takde internet heheheh) ape pun setelah berhari2 mengedit blog ni, akhirnya, jadilah blog balai islam yang macam kalian sedang tgk ni...itupun tak siap lagi...masih ade beberapa bende yang tak kesampaian lagi huhuhuh....ape pun blog ini telah dilayari lebih 4000 kali, teruskan melayari blog kesayangan anda ini...
Dan projek Balai Islam yang terdekat, lebih kurang lagi 16 hari kot. SIMPO 1430, bakal berlangsung pada 9 Jan ini, warga Simpo sekarang semestinya sedang bekerja keras untuk memastikan Simpo berjalan dengan lancar... Seterusnya diikuti pula dengan KuRJAS pada 21 Feb ini...mg semuanya berjalan lancar hendaknyer...
Dan akhir sekali, mg kalian sentiasa gembira menghadapi hari2 yang akan datang... senyumlah selalu...mg ia menggembirakan kita dan menggembirakan orang lain juga... dan ingatlah... semalam ialah sejarah... hari ini akan berlalu, dan esok belum pasti.... mg hari ini lebih baik daripada semalam... Assalamualaikum...
Sampaikan salam pada semua Sebarkan Islam pada dunia
Apa yang ada jarang disyukuri Apa yang tiada sering dirisaukan Nikmat yang dikecap Baru kan terasa bila hilang Apa yang diburu timbul rasa jemu Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut Diminum hanya menambah haus Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir Panas yang membahang disangka air Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia Yang mendiam di dalam hatiku Kerana di situ tidakku mampu Mengumpul dua cinta Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh Dibajai bangkai dunia yang kubunuh..
Wednesday, October 15, 2008
|
By Tinta Sufi Haraki
Dalam mengenang kisah hidup silam Ku sedar dari kesilapan lalu Tuhan beratnya dosa-dosaku Masihkah ada ampunan buatkuTuhan...
Dalam menempuh hidup ini Banyaknya dugaan datang menguji Tuhan...Ada yang dapatku gagahi Dan ada yang gagal kuhindari Tuhan...Dosaku menggunung tinggi Tapi taubatku tak kutepati Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas Terlalu sedikit kubersyukur Kini kukembali pada-Mu Mengharap maghfirah dari-Mu Mogakan terampunlah dosa-dosaku Biarpun ujian melanda Ku tetap berkasih pada-Mu Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya... Tuhan, ku harapkanKepada-Mu, keampunanKeredhaan, kasih sayang Kehidupan terpelihara
Hati yang dahaga Mengharapkan sinar cinta Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi
Tapi Engkau pun tahu Onak dan duri pada dunia-Mu Engkau ciptakan pagar rintangan Harga cinta-Mu jiwa ku korban Tuntun langkahku ini Tunjukkan jalan yang Kau redhai Jangan biarkan hamba terkorban Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu Nama-Mu biar dalam hatiku Menanti hari di pertemuan yang abadi...
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009