Showing posts with label HIJRAH 10. Show all posts
Showing posts with label HIJRAH 10. Show all posts

Balai Islam Sem2 0910 .::. Post mortem HIJRAH


Alhamdulillah... pada 12 Jan 2010, Balai Islam ASTAR (BI) telah mengadakan mesyuarat perancangan Sem 2 sesi 09/10 BI ASTAR. Mesyuarat yang dihadiri oleh barisan Majlis Tertinggi tersebut berjalan dengan lancar. Semoga BI untuk sem ini akan terus cemerlang menjalankan program-program berunsur ilmiah di samping menerapkan nilai-nilai Islam.



Wajah-wajah...

makan-makan selepas meeting...

pembentangan belanjawan... antara yang ditunggu-tunggu ;)

Laporan oleh Biro Pengisian, biro yang paling penting dalam BI



Pada 13 Jan pula, post mortem Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH 10) pula mengambil alih, mesyuarat post mortem yang diadakan hanya selepas 3 hari program berlangsung, berjalan dengan lancar. Berdasarkan pengamatan, pembentangan laporan daripada setiap biro juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun yang sebelumnya. Moga terus maju jaya untuk masa akan datang.

Terima Kasih kepada semua yang menjayakan HIJRAH 10 - Pengarah

Sebahagian daripada warga kerja HIJRAH 10

Belajar daripada kesalahan sendiri...
mengapa tidak kita belajar daripada kesalahan orang lain ???
M_H

Simposium Maal Hijrah 1431... Melabuh Tirai

Alhamdulillah...Simposium Maal Hijrah 1431, yang berlangsung 8-10 Januari yang lepas telah pun melabuhkan tirainya. Sepanjang program tersebut berlangsung juga, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Moga bersama memperoleh manfaat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Simposium Maal Hijrah 1431. Moga bertemu lagi... Insyallah....
Bertandang ceria ke Hijrah Cinta
Puisi Hijrah menggamit memori
Forum Perdana menjana minda
Moga pertemuan, tersemat di hati


Jualan dan Pameran Buku Telaga Biru...

Pameran Simposium Maal Hijrah 1431

Selepas menjayakan Pertandingan Puisi Hijrah... tahniah kepada pemenang

Disebalik tabir... pengurus buku-buku Telaga Biru ;)

Kenangan bersama Ustaz Hasrizal selepas menjayakan Hijrah Cinta


Persembahan Ukhwah Astar ketika Perasmian Penutup


Hijrah Cinta bersama Ustaz Hasrizal- Saifulislam.com


Forum Perdana - Wawasan Hijrah: Merintis Perubahan

mengimarahkan taman-taman syurga

Persiapan... terima kasih untuk set pentas yang menarik... ;)

TERIMA KASIH kepada semua warga kerja HIJRAH 10 drpd saya
Mohd Hasyim Bin Harun

moga Allah membalas jasa baik kalian...

HIJRAH 10 - Ucapan Pengarah Program


Teks Ucapan Pengarah
sempena Perasmian Penutup Simposium Maal Hijrah 1431


Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga kerja Simposium Maal Hijrah 1431 atau HIJRAH 10, terutamanya kepada penyelia penasihat kami, En Mat Zaid Bin Hussein yang banyak membantu menjayakan program ini.


Umum mengetahui bahawa, sepanjang HIJRAH 10 berlangsung, beberapa program telah dijalankan, iaitu Forum Perdana Wawasan Hijrah, sebagai pembuka tirai, Seminar Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta, Pameran Hijrah dan Jualan buku, serta Pertandingan Puisi Hijrah.


Dalam usaha untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penghayatan Islam dalam merintis arus perubahan ke satu tahap yang lebih baik, Simposium Maal Hijrah 1431 hadir dengan tema, Merintis Perubahan, Nadi Intelektual Islam Sejagat, dilihat, lebih komited untuk menyajikan program berbentuk budaya ilmu. Hal ini kerana, jika kita lihat pada hari ini, budaya hedonisma, atau hiburan yang melampau dan melanggar batas syariat telah mula menular di sekililing kita, terutama kepada golongan remaja, atau lebih tepat kepada diri kita sendiri, yang bergelar mahasiswa.


Segelintir daripada kita pada hari ini, tidak melihat majlis-majlis ilmu itu sebagai hiburan, Minda kita didoktrin, dan disempitkan apabila kita beranggapan hiburan mestilah seperti rancangan nyanyian realiti tv. Sedangkan, jika difahami dengan sebenar-benarnya, beriadah bersama rakan atau keluarga itu juga hiburan, majlis ilmu seperti ceramah, dan tazkirah itu juga sebenarnya hiburan. Ternyata, kita yang salah memilih hiburan, yakni, hiburan yang lebih dituntut di sisi Islam, dan sebaik-baik hiburan itu ialah zikir mengingati Allah.


Diakhirnya, suka untuk saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hijrah 10 ini. Moga-moga kita dapat belajar dan memperoleh manfaat sepanjang pertemuan kita di Hijrah 10 ini.



Sekian, Terima kasih.

Hijrah Satu Wawasan - In-Team

Hijrah Satu Wawasan
In-team

Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni

Lagu Tema
Simposium Maal Hijrah 1431

HIJRAH CINTA


Dimaklumkan bahawa Hijrah Cinta yang dijadulakan bertempat di Balai Ungku Aziz, Fak. Pergigian, ditukar ke Anjung Ilmu Astar, Kolej Kediaman Pertama, UM. Maklumat-makulmat lain adalah seperti biasa. Segala kesulitan dikesali. Harap maklum. Maklumat lanjut hubungi: Firdaus - 017 6278651

HIJRAH 10 > ALL ARE WELCOME !!!





PROGRAM-PROGRAM SEMPENA
SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1431

WACANA MINDA REMAJA: HIJRAH CINTA
oleh: Ustaz Hasrizal Bin Abdul Jamil
9 Jan, Anjung Ilmu ASTAR KK1, 9 pagi

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH
'wawasan hijrah: merintis perubahan'
oleh: Shaikh Mohd Saifuddeen Bin Shaikh Mohd Salleh
& Ustaz Anuar Ridhwan Bin Zakaria
8 Jan, DTP KK1, 8.30 malam


Pameran Khat & Jualan Buku
drpd: Yayasan Restu dan Telaga Biru
sepanjang program

Pertandingan Puisi dan Perasmian Penutup
10 Januari 2010, 9 pagi, DTP KK1

semua dijemput hadir beramai-ramai
(dikemaskini - 6 Jan. 2010)

Hijrah Merintis Perubahan

Oleh: Wan Mohd Zuhairi Wan Abdullah
Panel Penulis JAKIM


Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.

Di dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat r.a. dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat r.a. dari Mekah ke Habsyah.

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kejra, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya. Dahulu orang-orang Portugis merantau jauh berhijrah ke Kepulauan Melayu kerana kononnya untuk mendapatkan rempah ratus. Namun sebenarnya matlamat di sebalik itu ialah untuk menjajah, membolot kekayaan dan meyebarkan dakyah Nasrani dan Yahudi.

Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan.

Bagi para sahabat r.a. di Lembah Hijaz, hijrah dari Mekah menuju ke Madinah merupakan sesuatu yang amat berat yang perlu mereka tanggung. Hijrah mereka diburu dengan mata pedang, berlinangan air mata dan diiringi dengan korban nyawa. Hijrah yang bertujuan menyelamatkan akidah iman yang dianugerahkan kepada mereka. Bikan setakat itu, penghijrahan mereka juga kerana membawa risalah dakwah untuk saudara-saudara mereka di Madinah dan untuk generasi masa depan hingga sekarang.

Bayangkan betapa sukarnya untuk menerima kenyataan apabila status kewujudan mereka sebagai kumpulan minoriti Islam yang dilahirkan, dibesarkan, mempunyai kampung halaman, harta benda, ternakan, tanaman, perniagaan dan bertapak di situ sejak nenek moyang mereka, telah dinafikan sewenang-wenangnya oleh kafir Quraisy dalam sekelip mata sahaja.

Hanya kerana keimanan, mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri. Firman Allah Taala yang bermaksud: '…(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah’…' (Surah al-Hajj: 40)

Penghijrahan mereka dari bumi Mekah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Ketulusan hati mereka ini telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya yang bermaksud: '…(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.' (Surah al-Hasyr : 8)

Tindakan kejam kafir Quraisy ini dilakukan semata-mata kerana keramatnya ungkapan dua kalimah syahadah yang berjaya mengeluarkan kumpulan umat Islam pertama di kota Mekah daripada belenggu penyembahan berhala yang mereka cipta dengan tangan mereka sendiri. Slogan ini mampu menggegarkan keutuhan pembesar Quraisy yang sedang berkuasa pada masa itu.


Orang-orang kafir Quraisy sedar dengan tersebarnya agama Islam di bumi mereka, maka mereka tidak lagi bebas melakukan kezaliman, penipuan, amalan pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, rasuah, zina, menjadikan wanita alat hiburan, meminum arak, berjudi dan segala macam maksiat yang dapat memuaskan hawa nafsu buas mereka. Mereka juga sedar dengan bangkitnya Islam, maka mereka tidak layak lagi menjadi pemimpin dan segala peluang untuk mereka membolot keuntungan dengan cara-cara yang menyeleweng tidak lagi ada. Bukan setakat itu, segala jenayah yang mereka lakukan sebelum dan ketika itu juga akan turut dibanteras dan kemungkinan akan menerima hukuman yang sewajarnya daripada pemerintahan Islam.

Oleh sebab itu, apabila Rsululah s.a.w melancarkan seruan dakwah secara terbuka dan terang-terangan, maka tindak balas segera secara berperingkat daripada musyrikin Quraisy juga turut bermula. Sejak itu maka pertentangan antara iman dan kufur pun berlangsung secara rasmi dan mula menyaksikan pelbagai bentuk penindasan, permusuhan dan perpecahan berlaku antara penduduk kota Mekah. Antara nama-nama yang paling kuat mengusahakan komplot menyakiti Rasulullah s.a.w. dan memecahbelahkan kaum muslimin ialah seperti Uqbah ibn Abi Mu’ait. Abu Jahal, Abu Lahab, Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Nadr ibn Harith dan Aswad ibn Abdul Yaghuth.

Sesungguhnya iman selama-lamanya tidak akan dapat bersama dengan kufur. Inilah sebabnya sejak daripada zaman Nabi Adam a.s. sehingga kini, titik pertemuan antara iman dan kufur tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk kekufuran yang berleluasa dan menggugat keamanan orang-orang yang beriman. Di dalam al-Quran Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyambah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agama kamu, dan untukku agamaku.' (Surah al-Kaafirun : 1-6).

Gelombang kebangkitan Islam di Mekah menjadi semakin bersemarak pada saat penentangan kuat kafir Quraisy yang semakin menjadi-jadi. Para pembesar Quraisy berusaha menimbulkan keraguan di dalam hati masyarakat Mekah dan memporakperandakan kesatuan kaum Muslimin dengan menjanjikan pelbagai ganjaran, pangkat, wanita serta harta termasuk kepada Muhammad s.a.w. dengan syarat menghentikan kerja-kerja dakwah mengajak manusia memeluk Islam.

Usaha-usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan menanam rasa curiga di kalangan mereka juga dirancang rapi oleh musuh-musuh Islam, mereka bimbang akibat kebangkitan Islam kelak, maka status quo mereka akan rasa tergugat lalu menjejaskan struktur sosio politik dan pertumbuhan ekonomi yang sedang menguntungkan mereka dan para penyokong mereka ketika itu.

Namun begitu, bagi umat Islam ketundukan dan ketaatan hanya untuk Allah dan Rasul-Nya sahaja. Bagi mereka tiada kompromi dengan kufur dan agama Islam yang mereka nikmati pada ketika itu amat selamat menjamin keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang sejati.

Islam mengajak umat manusia hidup bersatu padu dan bersaudara serta menjauhi benci membenci, fitnah memfitnah, penganiayaan, kezaliman, noda dan maksiat serta penentangan terhadap syariat yang diturunkan menerusi Rasulullah s.a.w. Syarat utama yang perlu dipatuhi ialah berpaksi pada asas akidah yang teguh, akhlak yang tinggi serta melakukan amalan yang betul berlandaskan panduan al-Quran dan Sunnah.

Kemuncak penentangan terhadap dakwah Rasulullah s.a.w. ialah pakatan jahat untuk membunuh baginda yang berakhir dengan kepungan besar-besaran di rumah baginda pada malam berlakunya hijrah. Pada malam tersebutlah bermulanya perjalanan bersejarah Rasulullah menuju ke Madinah yang merupakan titika permulaan sinar Islam yang lebih gemilang.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Dan orang-orang yang telah menpati kota Madinah dan telah beriman 9kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (kaum Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang mereka berikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.' (Surah al-Hasyr : 9).

Dalam masa yang sama, hijrah itu sebenarnya berlaku bukan kerana Nabi s.a.w. lari daripada masalah yang dihadapi atau takut kepada ancaman kafir Quraisy. Ini kerana ancaman orang-orang kafir itu tiada nilainya jika dibandinkan dengan kekuasaan Allah Taala yang Maha Besar dan mampu menentukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Namun demikian, di sebalik kesukaran berhijrah, sebenarnya ia memberikan erti dan pengajaran yang mendalam untuk dihayati oleh umat Islam.

Penghijrahan ke Madinah adalah kerana mencari kekuatan ummah dan menghindarkan daripada permusuhan yang sengaja diada-adakan demi kepentingan golongan tertentu di kalangan pemimpin Quraisy. Falsafah yang tersirat di sebalik hijrah amat banyak dan inilah yang sebenarnya yang memberikan kekuatan kepada umat Islam serta memastikan kelangsungan sebuah perjuangan menegakkan syariat Islam yang memerlukan wawasan dan perancangan yang teliti.

Bagi Rasulullah s.a.w., tugas dakwah bukanlah kerja mudah yang boleh diputuskan sama ada menang atau gagal dalam masa yang singkat. Emosi dan rasa hilang sabar sama sekali tidak mendatangkan keuntungan untuk perjuangan yang memakan masa yang paling panjang dan pengorbanan yang bukan sedikit. Oleh itu langkah berhijrah merupakan tindakan yang paling tepat dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum kembali mengorak langkah dengan penuh terancang.

Setelah tiba di Madinah, tugas pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga terus mengasaskan masjid yang pertama sebagai tempat ibadat iaitu tempat penyatuan hati umat Islam, penyebaran ilmu, bersyura dan juga sebagai syiar Islam. Seterusnya baginda menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud bandar yang barcahaya dan memeterai piagam Madinah yang mengutamakan perpaduan ummah. Baginda juga berusaha menjalinkan hubungan dengan semua kabilah dan penduduk tempatan, mengatur strategi membasmi kemiskinan, memberi keutamaan kepada tarbiyah dan memperkuatkan sistem pertahanan keselamatan untuk semua.

Pendek kata, hijrah sebenarnya telah mengakhiri fasa pertama dakwah di Mekah yang melalui seribu satu cabaran yang amat sukar. Hijrah telah berjaya mengeluarkan umat Islam pertama daripada hidup bermusuhan dan perpecahan yang menyakitkan kepada kesatuan dan perpaduan ummah. Keadaan selesa inilah yang dimanfaatkan oleh Rasulullah s.a.w.. dan para sahabat r.a. untuk mempergiatkan usaha menyeru manusia kepada Islam sehingga akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Bermula daripada hijrah agung inilah, maka Islam terus berapak dan menuntut umatnya bersedia untuk berhijrah dan terus melaksanakan tuntutan hijrah secara berterusan pada setiap masa.

HIJRAH 10 > Syarat pertandingan puisi


Syarat-syarat Pertandingan Puisi Hijrah’10


SYARAT UMUM

- Penyertaan terbuka bagi pelajar Universiti Malaya sahaja.

- Jumlah penyertaan adalah seorang atau berdua bagi setiap penyertaan.

- Masa persembahan tidak melebihi 10 minit.

- Sumber puisi adalah bebas – sama ada dicipta sendiri atau tidak, tetapi mesti mendapatkan izin penulis dahulu.

- Costume, prop, serta muzik disediakan sendiri.

SYARAT KHAS

- Puisi mestilah bertemakan Hijrah atau berunsur islamik.

- Pakaian mestilah bertepatan dengan tema, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak jarang.

- Puisi yang dimanifestasikan PERLU DIHAFAL. Sekiranya tidak, ia akan menjejaskan markah keseluruhan persembahan.

- Muzik latar dan slide show mestilah menepati tema.


PEMBAHAGIAN MARKAH

Sebutan dan Nada - 35 m

Penghayatan - 25 m

Gaya Persembahan - 25 m

Pakaian dan Displin - 10 m

Kreativiti - 10 m

Jumlah 100m


UNTUK PERTANYAAN. HUBUNGI...

AMIRA - Penolong Pengarah Pertandingan Puisi - 012-7197379

HIJRAH 10 > PUBLISITI






klik pada gambar untuk gambar saiz besar

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers