...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ". ( Riwayat : Bukhari & Muslim )
Alhamdulillah, 15 Mac 2010, Balai Islam Astar buat perdana kalinya, berjaya menganjurkan Malam Apresiasi Balai Islam Astar 09/10. Bertemakan Simfoni Ukhwah, Majlis separuh formal itu berlangsung di Rumah Universiti dengan dihadiri oleh 100 orang AJK, PP dan semua yang terlibat dalam organisasi menjayakan program-program Balai Islam.
Penyelia-Penyelia kolej
Kehadiran para Penyelia, dan Presiden turut memeriahkan lagi majlis ini. Majlis bermula pada jam 9.15 malam, dengan alunan Asmaul Husna dan bacaan doa. Diikuti dengan jamuan makan. Turut juga diselitkan tayangan multimedia Balai Islam sepanjang sesi 09/10. Disamping ucapan daripada Pemangku Pengerusi, Mohd Hasyim Bin Harun, ucapan Presiden kolej, turut dinanti ialah ucapan daripada Penyelia Penasihat kami, En Mat Zaid Bin Hussein, yang melahirkan rasa gembira terhadap Balai Islam pada sesi ini, yang dilihat lebih kreatif menganjurkan program-program ilmiah, dan buat julung kalinya, menganjurkan majlis makan malam ini.
Penghargaan Pengarah-Pengarah Projek Balai Islam
Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Balai Islam Astar 09/10. Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Terima kasih, moga berjumpa lagi. Islam Cara Hidupku.
D
Hasyim Harun (Pemangku Pengerusi) , En Mat Zaid (Penyelia Penasihat), Amirul Aizat (Presiden)
Sebahagian daripada warga Balai Islam Astar
Sebelum itu suka untuk saya berkongsi sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "perumpaan orang yang beriman di dalam kasih sayang dan prihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian daripada anggota mengadu sakit , ia membawa seluruh jasad itu berjaga malam.(HRAhmad dan Muslim)
Penghargaan Penolong-Penolong Pengarah Projek
Keramatnya ukhwah melangkaui hubungan darah, Berkasih kerana Allah disulami bebenang mahabbah, Tonggak kekuatan jamaah, gubahan acuan aqidah, Beralun gema tarbiah, bersinar pancaran dakwah, Andai ditakdir rebah, seribu bahu menggagah, Bersatu gagah melangkah, tak seorang dibiar gundah, Suratkan untukku magfirah, andai diri tersalah, Salam Ukhwah Fillah...
Alhamdulillah, pada 11 Mac 2010 yang lepas, Balai Islam Astar berjaya menganjurkan Forum Mahasiswa bertajuk Mahasiswa Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam. Forum yang dianjurkan julung kalinya ini dikendalikan oleh Biro Pengisian dan Pengimarahan Surau yang boleh dikatakan sebagai orang penting dalam usaha untuk memastikan Balai Islam Astar terus aktif, mengnajurkan program pengisian ilmiah, rohani dan jasmani untuk warga Astar khususnya.
Kupasan daripada ahli panel cukup menarik dan padat. Mengambil ciri-ciri mukmin berjaya seperti termaktub dalam Surah Al-Mukminun, dan mengambil contoh kisah pemuda di zaman Rasulullah SAW sebagai wadah renungan buat diri, rugilah bagi mereka yang tidak hadir ke majlis-majlis ilmu seperti ini. Keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan sambutan daripada warga Astar adalah seperti biasa. Bersama kita berdoa, agar dilapangkan dan dibukakan hati ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Insyallah, utnuk program yang terdekat ialah Malam Apresiasi pada 15 Mac ini. Merupakan majlis makan malam Balai Islam yang pertama kalinya dianjurkan. Seterusnya, program KISMIS - Kuliah ilmu Sepuluh Minit, dan Tazkirah dan Solat Hajat Ambang Peperiksaan. Bersama menjadi tetamu Allah, mengimarahkan rumah Allah. Insyallah... M_H
Malam Apresiasi Balai Islam Astar (MAS) merupakan sebuah majlis makan malam tahunan yang buat pertama kalinya dianjurkan. Bertemakan ''Simfoni Ukhwah'' dengan mengambil warna hijau sebagai warna tema, MAS juga sebenarnya bertujuan sebagai tanda apresiasi, sebagai tanda penghargaan kami di pihak MT BI kepada semua warga ASTAR yang terlibat sebagai AJK program-program BI seperti Minggu Penghayatan Ramadhan 09, Kursus Pra Perkahwinan, Simposium Maal Hijrah 1431, dan beberapa program pengisian yang lain. Maka, dengan itu, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran 140 orang warga BI 09/10, dan tetamu jemputan sebagai tetamu kami pada malam tersebut.
Untuk perdana kalinya ini, MAS dijadualkan akan berlangsung pada 15 Mac 2010 ( Isnin) bertempat di Rumah Universiti. Disamping cenderahati-cenderahati menarik yang menanti untuk setiap tetamu, majlis tersebut juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengetua dan para penyelia. Oleh itu, kehadiran anda amat kami nanti-nantikan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sekian, terima kasih. M_H
TAZKIRAH PERDANA MAULIDUR RASUL '' KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD'' oleh: Mohd Zaid Bin Mustafar
(YDP Persatuan Mahasiswa N. Sembilan PERMANIS)
25 FEBRUARI 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
LAWATAN AMAL BIRO PENYAYANG BERSAMA BALAI ISLAM KE PERNIM (Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS
Nurul Iman Malaysia) 7 MAC 2010
PROGRAM PENGISIAN KHAS FORUM PERDANA BALAI ISLAM ASTAR
''Percaya Untuk Berjaya''
11 MAC 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
*maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian
MAJLIS MAKAN MALAM MALAM APRESIASI BALAI ISLAM ASTAR (MAS) 15 MAC 2010
8.30 MALAM :: RUMAH UNIVERSITI
PAKAIAN: PEREMPUAN - BAJU KURUNG
LELAKI - FORMAL BAJU KEMEJA
AGM PENUTUP BALAI ISLAM ASTAR 2009/2010 29 MAC 2010
9.30 MALAM :: BILIK MESYUARAT BLOK A
PAKAIAN: T-SHIRT BI
TAZKIRAH PERDANA AMBANG PEPERIKSAAN 15 APRIL 2010
8.00 MALAM :: SURAU ASTAR
*maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian
QIAMULAIL & DHUHA setiap Sabtu
jam 5 pagi & 8 pagi
Thursday, February 11, 2010
|
By Tinta Sufi Haraki
Alhamdulillah, Balai Islam ASTAR telah menganjurkan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina bermula pada 8-10 Januari 2010. Antara pengisian program termasuklah tayangan, edaran pamplet dan tazkirah perdana yang disampaiakn oleh Ust Zahiruddin Zainon. Terima kasih kepada semua ad-hoc yang menjayakan kempen tersebut. Meski pun serba ringkas, mudah-mudahan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mahasiswa di sekeliling kesampaian.
ANDA BIJAK JAUHI ZINA Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk. Al Isra' : 32
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009