...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
PERISTIWA SUBUH - RAIHAN ********************************
Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi Berkumandang Suara Azan Mendayu Memecah Sepi Selang Seli Sahutan Ayam
Tetapi Insan Kalau Pun Ada Hanya Mata Yang Celik Dipejam Lagi Hatinya Penuh Benci Berdengkurlah Kembali Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari Suara Insan Di Alam Mimpi
Ayuh Bangunlah Tunaikan Perintah Allah Sujud Mengharap KeampunanNya Bersyukurlah Bangkitlah Segera Moga Mendapat KeredhaanNya Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari Setiap Pagi Setiap Hari
mengira keping-keping rasa...
membaca nukilan luahan jiwa...
menghayati baris dan bait puisi
karya hati lara ini ?
Adakah ayat-ayatku terlalu mendalam ?
hingga kau terus tenggelam
aku rasa...
bahasaku begitu ringkas
untuk kau fahami....
Mungkinkah kata-kataku
menggapai tinggi harapannya...
hingga kau hanya mendongak
tanpa kau mampu menggenggamnya
aku rasa...
gerak lompatku biasa saja
untuk kau ikuti...
Tapi...
kenapa........?
Segalanya bagai tidak sehaluan
gerakmu tidak seperti tarianku
gemersik suaramu tidak selari lontaran vokalku
alunan irama darimu
tidak seharmoni dengan gubahan melodi dariku
Mungkin
kita ditakdirkan
untuk tidak sebulat suara
tidak bersatu kata
Tapi...
mengapa aku mampu
untuk menghayati
apa tersurat dijiwamu
tiap makna tersirat
di sebalik wajahmu....?
Di mana silapnya?
kaukah yang tidak mahir
dalam mentafsir
atau aku yag terlalu
rumit untuk kau tafsir...
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza) (Composed by Michael Heart)
A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight
Di sini manusia menguruskan diri sendiri mencari bekal masing-masing dari daerah kelahiran dan dengan langkah berani mengharung lautan gelombang di sini yang sesekali ganas namun tidak kejam
Hidup di sini memang payah terpaksa menempuh duri susah melawan rasa ingin terlena berlarian mencari khazanah ilmu di segenap pelusuk yang ada sesekali langkah rasa ingin berhenti namun mutiara itu masih belum lagi erat tergenggam di jari selagi itu, roh dan semangat perlu terus diisi
Kekadang sulit sebenarnya melawan rasa rindu menentang rasa sendu bila sesekali desa kelahiran memanggil-manggil untuk pulang atau suara emak lembut gemersik menyata rindu yang berputik
Aduhai para pejuang langkah kita masih terlalu panjang kutiplah semangat di sepanjang titian agar nanti mutiara bercahaya memancarkan seri bayaran untuk susah dan duri sepanjang di sini.
Akhlak itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlak itu adalah buah
Bergantung kepada pokok berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar
Akar pokok adalah aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah
Batang dan daun adalah Ibadah
Memproses aqidah berpandukan sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Tibanya musim, pohon berbuah aqidah,
Ibadah, akhirnya akhlaq
Itulah syariah, agama yang haq…
Peristiwa Subuh - Raihan (sempena Selamat Pagi Subuh)
Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi Berkumandang Suara Azan Mendayu Memecah Sepi Selang Seli Sahutan Ayam
Tetapi Insan Kalau Pun Ada Hanya Mata Yang Celik Dipejam Lagi Hatinya Penuh Benci Berdengkurlah Kembali Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari Suara Insan Di Alam Mimpi
Ayuh Bangunlah Tunaikan Perintah Allah Sujud Mengharap KeampunanNya Bersyukurlah Bangkitlah Segera Moga Mendapat KeredhaanNya Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari Setiap Pagi Setiap Hari
Wednesday, December 24, 2008
|
By Tinta Sufi Haraki
Sesungguhnya - Raihan
Sebenarnya Hati Ini Cinta KepadaMu Sebenarnya Diri Ini Rindu KepadaMu Tapi Aku Tidak Mengerti Mengapa Cinta Masih Tak Hadir Tapi Aku Tidak Mengerti Mengapa Rindu Belum Berbunga
Sesungguhnya Walau Kukutip Semua Permata Di Dasar Lautan Sesungguhnya Walau Kusiram Dengan Air Hujan Dari Tujuh Langit Mu Namun Cinta Takkan Hadir Namun Rindu Tak Akan Berbunga
Kucuba Menghulurkan Sebuah Hadiah KepadaMu Tapi Mungkin Kerana Isinya Tidak Sempurna Tiada Seri
Ku Cuba Menyiramnya Agar Tumbuh Dan Berbunga Tapi Mungkin Kerana Airnya Tidak Sesegar Telaga Kauthar
Sesungguhnya Walau Kukutip Semua Permata Di Dasar Lautan Sesungguhnya Walau Kusiram Dengan Air Hujan Dari Tujuh LangitMu Namun Cinta Takkan Hadir Namun Rindu Tak Akan Berbunga
Jika Tidak Mengharap RahmatMu Jika Tidak Menagih Simpati PadaMu Ya Allah
Janganlah kau angkuh melaungkan... Si dia kepunyaanmu... Atau kau kepunyaan si dia... Kerana hakikatnya... Kita tidak pernah memiliki sesiapa... Walau sekeping hati seorang insan... Tidakkah kau sedar... Hukum alam menyatakan... Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura... Berlakon di pentas dunia... Dan bertopeng menutup rahsia.. Tetapi hati... Tidak pernah berdusta pada empunya... Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar... Mungkin si dia melafazkan... Ungkapan cinta padamu... Tetapi hati dan perasaannya... Tidak pernah berniat begitu... Dia hanya berselindung... Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau... Begitu jujur dan setia menyintainya... Sehingga terlupa... Hukum alam menyatakan... Menyintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki dirimu..." "Dan kau jua tidak memiliki diriku..." Mengertilah... Kita sebenarnya kepunyaan... Yang Maha Esa... Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita... Kecuali Dia... Dia mengasihi hambaNya... Dia memiliki hambaNya... Dan ke pangkuanNya kita akan dikembalikan...
Tanya sama awan Mengapa hati sukar diduga Nanti jawab awan Hujan turun sering tiba-tiba
Tanya sama hujan Mengapa turunnya sering tiba-tiba Hingga hati sukar diduga Nanti jawab hujan Mentari kadang terik kadang tidak
Tanya sama mentari Mengapa kadang terik kadang tidak Hingga hujan turunnya sering tiba-tiba Hingga hati sukar diduga Nanti jawab mentari Itu aturan alam diciptaNya
Duhai angin, Duhai awan, Duhai hujan, Duhai Mentari, Bantulah hati ini tika ia diduga Kelak akhirnya hati ini kembali, kembali kepada PenciptaNya Pencipta alam seisinya..
Manis Wajahmu Kulihat Di Sana Apa Rahsia Yang Tersirat Tapi Zahirnya Dapat Ku Lihat Mesra Wajahmu Dengan Senyuman
Senyuman..Senyuman.. Senyum Tanda Mesra Senyum Tanda Sayang Senyumlah Sedekah Yang Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah Tanda Ketabahan Senyuman Itu Tanda Keimanan Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah..
Hati Yang Gundah Terasa Tenang Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang Tapi Senyumlah Seikhlas Hati Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati
Senyumlah..Senyumlah.. Senyumlah Seperti Rasulullah Senyumnya Bersinar Dengan Cahaya Senyumlah Kita Hanya Kerana Allah Itulah Senyuman Bersedekah
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah.. Itulah Sedekah Yang Paling Mudah Tiada Terasa Terhutang Budi Ikat Persahabatan Antara Kita Tapi Senyum Jangan Disalah Guna Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah......
Andai dirimu kesunyian.. Ketahuilah bahawa masih ada yang mengingatimu Rakan-rakanmu sentiasa ada di sekelilingmu Kawan-kawanmu sentiasa membahagiakanmu Sahabat-sahabatmu sentiasa mendoakanmu Walaupun adakalanya kau tidak sedari Kerana itu lebih baik, mungkin...
Andai dirimu kesunyian.. Ketahuilah bahawa kau tidak kesunyian Kerana kesunyian itu suatu permainan Suatu ujian menguji ketabahan jua kesabaran Mendidik diri agar lebih menghargai Mendidik diri agar lebih memahami Bermuhasabah, berfikir dan terus berfikir Adakah dirimu benar-benar kesunyian ?
Andai dirimu kesunyian.. Dan kau merasakan dirimu benar-benar kesunyian Maka, tertipulah diri ! Mana mungkin lidah sunyi tanpa berzikir Mana mungkin jemari sunyi meratib tasbih Mana mungkin mata sunyi melihat keindahan ciptaan Mana mungkin telinga sunyi menyapa gemersik alam Sunyikah dirimu ?
Andai dirimu kesunyian.. Ketahuilah, yang paling penting Allah sentiasa bersamamu Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar Allah sentiasa bersama hambanya Cuma.. hambaNya yang tidak menyedari Bersyukurkah diri ini?
Andai dirimu kesunyian.. Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..
kawan bertahun kita bersama bagai semalam baru bersua kawan di hadapan oh indahnya kita bersama berkelana namun kita jauh dari dunia sendiri bekalan sendiri semangat sendiri impian sendiri meskipun jauh namun kita tetap bersama di ruang yang memisahkan kita kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah kawan hidup ini bagaikan awan yang tidak selalu putih ingatlah bintang-bintang di langit takkan terus berkerlipan ingatlah pelangi yang indah pasti akan hilang kawan jangan biarkan dirimu umpama rama-rama cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding kawan jangan biarkan dirimu seperti lipan dan kala berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis oh kawan jadilah seperti si matahari membakar diri demi sejagat oh kawan jadilah seperti bulan purnama menerangi malam yang gelap gelita menunjukkan jalan demi umat semesta
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009