Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Manusia |
Oleh SMAHADZIR Dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat). Kerapkali kekuatan seseorang itu dikaitkan dengan saiz dan bentuk tubuh badannya. Dari penilaian di atas, maka satu tanggapan dapat dibuat bahawa seseorang yang berbadan besar dan tegap mempunyai keistimewaan yang lebih jika dibandingkan dengan diri sendiri. Ada pula yang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negara Barat, kita beranggapan ia lebih istimewa daripada kita. Sebenarnya tangapan kita adalah salah. Kekuatan dan kelemahan diri bukannya terletak pada aspek fizikal sahaja tetapi terletak pada mental dan spiritual. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ´Tidak dihitung kaya dan kuat serta yang banyak harta, melainkan kekayaan dan kekuatan itu ialah yang kaya jiwanya...” Terdapat banyak pepatah, bidalan dan cerita rakyat yang dianggap dongeng mempunyai nilai moral yang tinggi. Sejauh manakah cerita arnab dan kura-kura yang boleh dikatakan telah dibaca oleh setiap individu sejak kecil lagi, begitu juga dengan perumpamaan seperti ´kecil jangan disangkakan anak, besar jangan disangkakan bapak´, dan ´sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit´, dapat dijadikan satu ikhtibar untuk dicontohi sewaktu kita melakukan muhasabah diri terutamanya dalam tugas kita sehari-harian. Kesan daripada cerita dan pepatah Melayu itu dapat dijadikan satu refleksi terhadap kehidupan kita sehari-harian bahawa: Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kita harus menerima hakikat bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kedua-duanya wujud dalam diri setiap manusia - tidak mengira bangsa serta asal keturunannya. Kekuatan dan kelemahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental dan spiritual. Kekuatan fizikal adalah lahir daripada kekuatan mental dan spiritual (rohani, kejiwaan, keimanan). Seseorang itu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwanya tidak digabung dan dimantapkan. Kata-kata seperti ´bekerja dengan sepenuh jiwa dan raga´ membuktikan kepentingan kekuatan spiritual dalam kehiduapan manusia. Usah dipersia-siakan kekuatan yang ada pada diri kita. Kekuatan merupakan keistimewaan, kebolehan atau potensi yang ada pada diri kita. Ia harus dicungkil serta digunakan ke arah yang berupaya membawa kebaikan kepada diri, keluarga, bangsa, agama, masyarakat dan juga negara. Usah biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri kita. Apa yang perlu dilakukan ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai suatu panduan ke arah memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki, kita tidak dapat lepas daripada cabaran sebelum menemui kejayaan. Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang ´merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang.´ Dari huraian di atas, maka kita haruslah membuat satu tanggapan bahawa setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita ini haruslah dilihat secara positif. Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan sumber kemantapan ke arah kecemerlangan diri. Kekuatan fizikal sahaja tidak menjamin membawa kejayaan bagi seseorang individu. Dua aspek lagi iaitu mental dan spiritual harus digabungkan ke arah mewujudkan insan yang seimbang lahir dan batin. Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia |
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
KISAH NABI IBRAHIM

I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.
For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain.
I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.
Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much.
At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins.
I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first.
I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me.
‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.
I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.
‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.
‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.
‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..
‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.
‘I can be the guy,’ He said confidently.
There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because…
I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.
One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.
Bencana alam, peringatan kepada manusia
PADA minggu lepas, dunia dikejutkan dengan beberapa peristiwa gempa bumi, tsunami dan taufan kencang di beberapa tempat berlainan di seluruh pelosok dunia yang berlaku hampir-hampir serentak.
Antaranya termasuklah gempa bumi di Padang, Indonesia dan beberapa kawasan di Pasifik Selatan (seperti Kepulauan Vanuatu dan Kepulauan Soloman), taufan kencang Ketsana dan Parma melanggar Filipina serta tsunami yang melanda Kepulauan Samoa.
Bagi negara jiran Indonesia, episod gempa di Padang hanyalah sebahagian daripada cerita-cerita musibah alam yang tidak pernah sunyi melanda negara paling banyak gunung berapi itu.
Dari peristiwa letupan Krakatau yang menggegar bumi Sumatera (bunyi letupan direkodkan hingga ke Timur Tengah) lebih satu abad lalu hinggalah selang beberapa tahun terkini yakni tsunami yang melanda Kepulauan Aceh.
Menariknya, ketika berlaku gempa bumi di Padang tempoh hari, negara kita yang sepatutnya terkeluar dari “kawasan merah” Lingkaran Api Pasifik ini turut merasai impaknya dengan beberapa tempat di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya dilaporkan dapat merasakan gegaran kecil.
Lingkaran Api Pasifik atau “plat gempa Pasifik” adalah kawasan yang kaya dengan gunung berapi dan terkait dengan pelbagai kejadian gempa di mana sebenarnya Malaysia bukanlah sebahagian dari kawasan tersebut.
Ilmu manusia terlalu tipis
Dari kejadian-kejadian bencana luar biasa yang berturutan ini, saintis-saintis terkemuka serta-merta dituntut untuk melampirkan kefahaman ke seluruh jagat penduduk dunia. Malangnya, tidak ada yang mampu atau dapat memberikan sebarang kefahaman mutlak.
Seorang pakar geologi dunia memberi komentar bahawa adalah mustahil untuk mereka membuat kajian dan kesimpulan yang hampir tepat. Ini kerana, ia memerlukan rekod pola gempa bumi yang beratus tahun dan lengkap – tentunya tidak dipunyai oleh mana-mana manusia sekalipun.
Buat seketika jika kita merenung dan bermuhasabah diri, alangkah ceteknya ilmu kita berbanding Allah SWT! Benar sekali firman Allah di dalam al-Quran Karim yang antara lain bermaksud seandainya manusia dan jin bergabung dan cuba menembusi tujuh petala langit, tidak akan dapat menembusi walau satu lapis pun!
Ternyatalah keagungan Ilahi itu tiada taranya berbanding dengan ilmu manusia yang terbatas. Pengetahuan kita sendiri selama ini yang mana Malaysia sepatutnya selamat dari kesan gegaran gempa bumi, malahan kelihatan tidak boleh terpakai lagi.
Peringatan buat manusia
Sebagai orang Melayu yang dipasak oleh agama Allah, hendaknya kita jangan leka dan selalu-selalu berfikir dan mengambil peringatan daripada kejadian-kejadian alam ini.
Daripada segi saintifik, tentulah kita cuba mencari aspek rasional dan pemahamannya tentang apa yang menyebabkan peristiwa-peristiwa sebegini berlaku. Misalannya seperti penjelasan pergerakan plat tektonik dan lain-lain keterangan.
Namun dari aspek rohaniah, mungkinkah kita harus terfikir yang ia sebahagian daripada peringatan Allah juga buat kita yang kemungkinan terlalu leka dengan nikmat duniawi? Sesungguhnya terdapat 1,001 hikmah di sebalik kejadian dan takdir-Nya jika kita benar-benar mahu berfikir.
Peringatan Allah itu boleh juga berlaku jika kita sendiri melakukan kerosakan pada alam. Tentu ada yang masih ingat beberapa kejadian tanah runtuh di ibu negara seperti Bukit Antarabangsa tidak lama dahulu? Dan ia berlaku gara-gara ketamakan, kerakusan dan sikap ambil mudah manusia terhadap alam.
Demikian pula apabila kita leka tanpa “berjiwa Islam” dan mendambakan sifat-sifat mazmumah seperti rasuah, tidak mengamalkan ibadah dan mentauhidkan-Nya serta pengamalan zina dalam masyarakat. Tanpa perlu ada undangan, akan sampailah “pengajaran halus” dari Yang Maha Esa!
Justeru, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri dan menjadi hambanya yang lebih baik dan bertakwa.
Dalam masa sama, kita jangan lupa tanggungjawab membantu sesama saudara seagama dan sebangsa kita di Padang. Di sebalik segelintir orang kita yang sedikit ‘terluka’ dengan isu tarian Pendet yang dimainkan oleh media Indonesia, jangan kita abaikan nasib sebahagian saudara di Indonesia yang tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar sejumlah kecil rakan-rakan mereka yang mudah dipermainkan sentimen akhbar yang mungkin ada kepentingan dan muslihat tertentu.
Janganlah hendaknya kita dipermainkan rentak “musuh dalam selimut” yang tidak pernah mahu melihat umat Islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran-Nya yang mutlak dan hakiki.
FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan
Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
Bacalah...
Sebak dada bila membaca articles ni…..
Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran.
InsyaAllah.. .
Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku
sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas
itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan
siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat
berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita
sungguh nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
“Mengucap sayang mengucap….
Asyhaduallailah aillallah. ……..”
ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu
manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta
yang pernah merotanku kerana degil.
“Bagaimana dengan keadaannya doktor?”
Aku amati suara itu.Pasti itu
suara abang.Mungkin abang baru sampai.
“Tenat”,
jawab doktor dengan ringkas.
“Itu ‘kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja..
Kita perlu usaha”.
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang
menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..
datanglah… ..
Tapi mataku……semakin gelap.Adakah aku sudah buta?Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
“Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”
Abangkah yang bersuara
itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,
abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku..
“Tekanan darahnya amat rendah”.
sayup sayap kedengaran suara
doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya
mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.
Tapi,ibu…. .
aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah
daku.
“Yassin….. .”
bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu
itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik
lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut……
Aku semakin
tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya
sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu tolonglah aku,
aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.
“Panas,dahaga, haus,panas. …….”tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,
”Nenek. ……… ..”.
“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.
“Ibu……”.
Ibuku datang, Ibu membawa susu...
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah
dalam agama yahudi…..” .
Ayah…….
kau datang ayah…….” .
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek….ibu. ….ayah. ….suara kau kah tadi??Kenapa kau
berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
“Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..”.
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku
sudah menjadi kelu..Manusia-manusia berjubah hitam datang.
“Mari ikut kami”..
“Apa ini,apa ini?.
Akulah sakaratul maut…….. !!!!!!”.
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut
dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku.
“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah……. “..
Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,
innalillahiwainnail aihirajiuun. …
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
“Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. ……”.
“Assalamualaikum. …..”.
“Siapa yang memberi salam itu?”.
“Aku”.
“Kau siapa wahai pemuda???”.
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat
orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang
tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. …..
jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.
“Kau tak kenal aku?”.
“Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”.
“Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”.
“Bohong!”.
Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. .
“Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”..
“Akulah amalanmu yang keji…….. ..”.
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya ! aku teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa
dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam
barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat
yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
lakukan!!!!!
Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat
kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.
Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
“Tolong….sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong
jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat
aku???Aku malu……malu. ….malu. …..!!!! !!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu
diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..
“Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku
macam ini?Tolong rimas…..panas. …….”.
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok
imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang
pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
“Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan” .
Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
takbir,ruku’ ,sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?”
Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak”.
“Al-Fatihah! “
Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”.
Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku
“Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!” .
Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan
jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.
“Perlahan-lahan” ,
aku terdengar suara tok imam memberitahu.
“Tolongkeluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.
Kini aku berada di dalam liang sedalam
enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”.
“Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…. …Dari Allah kita datang,dan kepada
Allah jualah kita kembali”.
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.
”Sesungguhnya mati itu benar
alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……. .”
Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan
terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit
pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap
dan……
aku kini keseorangan. .
“Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku
takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong
!!!!
THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH…..
“SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM
MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK…DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.”
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu
tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk
mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan
bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…
drpd: Syahidah Roslam
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. P okok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKA HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.








