Jadilah seperti kunang-kunang

Balai Islam Sem2 0910 .::. Post mortem HIJRAH


Alhamdulillah... pada 12 Jan 2010, Balai Islam ASTAR (BI) telah mengadakan mesyuarat perancangan Sem 2 sesi 09/10 BI ASTAR. Mesyuarat yang dihadiri oleh barisan Majlis Tertinggi tersebut berjalan dengan lancar. Semoga BI untuk sem ini akan terus cemerlang menjalankan program-program berunsur ilmiah di samping menerapkan nilai-nilai Islam.



Wajah-wajah...

makan-makan selepas meeting...

pembentangan belanjawan... antara yang ditunggu-tunggu ;)

Laporan oleh Biro Pengisian, biro yang paling penting dalam BI



Pada 13 Jan pula, post mortem Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH 10) pula mengambil alih, mesyuarat post mortem yang diadakan hanya selepas 3 hari program berlangsung, berjalan dengan lancar. Berdasarkan pengamatan, pembentangan laporan daripada setiap biro juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun yang sebelumnya. Moga terus maju jaya untuk masa akan datang.

Terima Kasih kepada semua yang menjayakan HIJRAH 10 - Pengarah

Sebahagian daripada warga kerja HIJRAH 10

Belajar daripada kesalahan sendiri...
mengapa tidak kita belajar daripada kesalahan orang lain ???
M_H

Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam Astar

Alhamdulillah... sebentar tadi 11 Jan 2010, jam 10 malam, bertempat di Pegeon Hall, Balai Islam Astar mengadakan Sambutan Hari Lahir warga Balai Islam Astar yang lahir pada bulan 12 & 1 dan sekitarnya...

Dimulakan dengan
Izyan - TPP Pengisian, 18 Dis. / Awang - PP Pengisian, 26 Dis. / Seterusnya Azhari - PP Dana, 12 Jan./ Ain- AJK Pengisian, 16 Jan./ Syukri -AJK Domestik, 20 Jan./ dan K Wan - AJK Pengisian, 28 Jan. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas, diikuti dengan bacaan doa dan... makan...!

ha... sila2 tambah ape yang patut... nyum2....

opss... sory Asyraf... hehe... mkn... jgn tak mkn...


ape jua situasi, kalau bergambar mesti tunjuk 'peace' tak caye? tgk gmbr ni... ;)

K Wan kata... ape korang pandang2...? meh la kalu nak.. heheh, ade lagi sikit...

Birthday boy... Azhari (12 Jan) - paling kanan, tapi yg tgh tu plak yg over... hahah

hoho...setelah bertungkus lumus... inilah dia... terbaik dr ladang secret resepi...

Happy Birthday... from... Balai Islam ASTAR
puas mencari.. akhirnya jumpe juga kek... yg diimport khas dr PJ...

khusyuk mendengar Hasyim berceloteh...

Hadi yg obses dgn makanan, lebih2 lagi ia adalah Domino Pizza !!!


Terima Kasih kepada semua yang hadir...
nantikan yang seterusnya... ;)


.:: UKHWAH FILLAH SELAMANYA ::.

Simposium Maal Hijrah 1431... Melabuh Tirai

Alhamdulillah...Simposium Maal Hijrah 1431, yang berlangsung 8-10 Januari yang lepas telah pun melabuhkan tirainya. Sepanjang program tersebut berlangsung juga, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Moga bersama memperoleh manfaat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Simposium Maal Hijrah 1431. Moga bertemu lagi... Insyallah....
Bertandang ceria ke Hijrah Cinta
Puisi Hijrah menggamit memori
Forum Perdana menjana minda
Moga pertemuan, tersemat di hati


Jualan dan Pameran Buku Telaga Biru...

Pameran Simposium Maal Hijrah 1431

Selepas menjayakan Pertandingan Puisi Hijrah... tahniah kepada pemenang

Disebalik tabir... pengurus buku-buku Telaga Biru ;)

Kenangan bersama Ustaz Hasrizal selepas menjayakan Hijrah Cinta


Persembahan Ukhwah Astar ketika Perasmian Penutup


Hijrah Cinta bersama Ustaz Hasrizal- Saifulislam.com


Forum Perdana - Wawasan Hijrah: Merintis Perubahan

mengimarahkan taman-taman syurga

Persiapan... terima kasih untuk set pentas yang menarik... ;)

TERIMA KASIH kepada semua warga kerja HIJRAH 10 drpd saya
Mohd Hasyim Bin Harun

moga Allah membalas jasa baik kalian...

HIJRAH 10 - Ucapan Pengarah Program


Teks Ucapan Pengarah
sempena Perasmian Penutup Simposium Maal Hijrah 1431


Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga kerja Simposium Maal Hijrah 1431 atau HIJRAH 10, terutamanya kepada penyelia penasihat kami, En Mat Zaid Bin Hussein yang banyak membantu menjayakan program ini.


Umum mengetahui bahawa, sepanjang HIJRAH 10 berlangsung, beberapa program telah dijalankan, iaitu Forum Perdana Wawasan Hijrah, sebagai pembuka tirai, Seminar Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta, Pameran Hijrah dan Jualan buku, serta Pertandingan Puisi Hijrah.


Dalam usaha untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penghayatan Islam dalam merintis arus perubahan ke satu tahap yang lebih baik, Simposium Maal Hijrah 1431 hadir dengan tema, Merintis Perubahan, Nadi Intelektual Islam Sejagat, dilihat, lebih komited untuk menyajikan program berbentuk budaya ilmu. Hal ini kerana, jika kita lihat pada hari ini, budaya hedonisma, atau hiburan yang melampau dan melanggar batas syariat telah mula menular di sekililing kita, terutama kepada golongan remaja, atau lebih tepat kepada diri kita sendiri, yang bergelar mahasiswa.


Segelintir daripada kita pada hari ini, tidak melihat majlis-majlis ilmu itu sebagai hiburan, Minda kita didoktrin, dan disempitkan apabila kita beranggapan hiburan mestilah seperti rancangan nyanyian realiti tv. Sedangkan, jika difahami dengan sebenar-benarnya, beriadah bersama rakan atau keluarga itu juga hiburan, majlis ilmu seperti ceramah, dan tazkirah itu juga sebenarnya hiburan. Ternyata, kita yang salah memilih hiburan, yakni, hiburan yang lebih dituntut di sisi Islam, dan sebaik-baik hiburan itu ialah zikir mengingati Allah.


Diakhirnya, suka untuk saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hijrah 10 ini. Moga-moga kita dapat belajar dan memperoleh manfaat sepanjang pertemuan kita di Hijrah 10 ini.



Sekian, Terima kasih.

Hijrah Satu Wawasan - In-Team

Hijrah Satu Wawasan
In-team

Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang

Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa

C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran

Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci

Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan

Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni

Lagu Tema
Simposium Maal Hijrah 1431

HIJRAH CINTA


Dimaklumkan bahawa Hijrah Cinta yang dijadulakan bertempat di Balai Ungku Aziz, Fak. Pergigian, ditukar ke Anjung Ilmu Astar, Kolej Kediaman Pertama, UM. Maklumat-makulmat lain adalah seperti biasa. Segala kesulitan dikesali. Harap maklum. Maklumat lanjut hubungi: Firdaus - 017 6278651

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers