...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
" Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ". ( Riwayat : Bukhari & Muslim )
Alhamdulillah, 15 Mac 2010, Balai Islam Astar buat perdana kalinya, berjaya menganjurkan Malam Apresiasi Balai Islam Astar 09/10. Bertemakan Simfoni Ukhwah, Majlis separuh formal itu berlangsung di Rumah Universiti dengan dihadiri oleh 100 orang AJK, PP dan semua yang terlibat dalam organisasi menjayakan program-program Balai Islam.
Penyelia-Penyelia kolej
Kehadiran para Penyelia, dan Presiden turut memeriahkan lagi majlis ini. Majlis bermula pada jam 9.15 malam, dengan alunan Asmaul Husna dan bacaan doa. Diikuti dengan jamuan makan. Turut juga diselitkan tayangan multimedia Balai Islam sepanjang sesi 09/10. Disamping ucapan daripada Pemangku Pengerusi, Mohd Hasyim Bin Harun, ucapan Presiden kolej, turut dinanti ialah ucapan daripada Penyelia Penasihat kami, En Mat Zaid Bin Hussein, yang melahirkan rasa gembira terhadap Balai Islam pada sesi ini, yang dilihat lebih kreatif menganjurkan program-program ilmiah, dan buat julung kalinya, menganjurkan majlis makan malam ini.
Penghargaan Pengarah-Pengarah Projek Balai Islam
Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam Balai Islam Astar 09/10. Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Terima kasih, moga berjumpa lagi. Islam Cara Hidupku.
D
Hasyim Harun (Pemangku Pengerusi) , En Mat Zaid (Penyelia Penasihat), Amirul Aizat (Presiden)
Sebahagian daripada warga Balai Islam Astar
Sebelum itu suka untuk saya berkongsi sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "perumpaan orang yang beriman di dalam kasih sayang dan prihatin antara mereka adalah seperti satu jasad yang jika sebahagian daripada anggota mengadu sakit , ia membawa seluruh jasad itu berjaga malam.(HRAhmad dan Muslim)
Penghargaan Penolong-Penolong Pengarah Projek
Keramatnya ukhwah melangkaui hubungan darah, Berkasih kerana Allah disulami bebenang mahabbah, Tonggak kekuatan jamaah, gubahan acuan aqidah, Beralun gema tarbiah, bersinar pancaran dakwah, Andai ditakdir rebah, seribu bahu menggagah, Bersatu gagah melangkah, tak seorang dibiar gundah, Suratkan untukku magfirah, andai diri tersalah, Salam Ukhwah Fillah...
Alhamdulillah, pada 11 Mac 2010 yang lepas, Balai Islam Astar berjaya menganjurkan Forum Mahasiswa bertajuk Mahasiswa Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam. Forum yang dianjurkan julung kalinya ini dikendalikan oleh Biro Pengisian dan Pengimarahan Surau yang boleh dikatakan sebagai orang penting dalam usaha untuk memastikan Balai Islam Astar terus aktif, mengnajurkan program pengisian ilmiah, rohani dan jasmani untuk warga Astar khususnya.
Kupasan daripada ahli panel cukup menarik dan padat. Mengambil ciri-ciri mukmin berjaya seperti termaktub dalam Surah Al-Mukminun, dan mengambil contoh kisah pemuda di zaman Rasulullah SAW sebagai wadah renungan buat diri, rugilah bagi mereka yang tidak hadir ke majlis-majlis ilmu seperti ini. Keseluruhan, program berjalan dengan lancar dan sambutan daripada warga Astar adalah seperti biasa. Bersama kita berdoa, agar dilapangkan dan dibukakan hati ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Insyallah, utnuk program yang terdekat ialah Malam Apresiasi pada 15 Mac ini. Merupakan majlis makan malam Balai Islam yang pertama kalinya dianjurkan. Seterusnya, program KISMIS - Kuliah ilmu Sepuluh Minit, dan Tazkirah dan Solat Hajat Ambang Peperiksaan. Bersama menjadi tetamu Allah, mengimarahkan rumah Allah. Insyallah... M_H
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.
Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)
Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.
Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”
Aurat diambil dari perkataan arab “Aurah” yang bererti keaiban.Manakala dalam istilah Feqah pula,aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan berdasarkan kehendak syarak
“Katakan kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara mereka atau putera-putera lelaki saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Dan janganlah mereka memukulkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(an-Nur:31)
* Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;
* Maksudnya:-
* Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
* Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman da"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
DALIL SURAH AN-NUR
* Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
PAKAIAN DALAM ISLAM
* Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
* Pakaian itu hendaklah menutup aurat
* Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
* Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain dari itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya.
Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
(iv) Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya
* Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian
* Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak.
Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina."
(vii) Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
* “Awaslah kamu drpd duduk bersendirian dgn wanita!Demi kuasa yg jiwaku ada dlm kuasa-Nya,tiada seorang lelaki bersendirian dgn seorng wanita,melainkan turut campur syaitan antara keduanya.Seandainya seseorang lelaki bersinggulan dgn babi yg terpalit kotoran atau tahi adalah lebih baik baginya drpd bersinggulan bahunya dgn bahu wanita yg tidak halal baginya.
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009