Mesyuarat Agong Balai Islam ASTAR sesi 08/09

Mesyuarat Agong Balai Islam ASTAR sesi 08/09

Tarikh: 17 September 2008
Hari: Rabu
Jam: 10.15 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Blok E
Pakaian: Muslimat-baju kurung atau jubah
Muslimin-baju melayu

Kehadiran wajib. Sekiranya anda gagal menghadiri mesyuarat tersebut, anda dikehendaki menyediakan surat tunjuk sebab kepada setiausaha dan pengerusi Balai Islam.

PERINGATAN: Mesyuarat bermula tepat jam 10.15 malam, bukan 10.16, atau 10.30 apatah lagi pukul 11... semua dikehendaki hadir pada waktunya...ingatlah bahawa Allah telah bersumpah dengan masa...fikir2kan... terima kasih

Salam Aidilfitri drpd Balai Islam ASTAR






Design by: Nurul Syahidah Bt Roslan

Tujuh Hari Yang Lalu dan Mungkin Akan Berulang




Tujuh Hari Yang Lalu dan Mungkin Akan Berulang

Hari pertama
Tahajudku tertinggal
Dan aku begitu sibuk akan duniaku
Hingga zuhurku, kuselesaikan saat asar mulai memanggil
Dan petangnya kulewati saja masjid yang mengumandangkan azan maghrib
Dengan niat kulakukan bersama isyak
Itu pun terlaksana setelah menonton tv

Hari kedua
Tahajudku tertinggal lagi
Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama

Hari ketiga
Aku lalai lagi akan tahajudku
Temanku memberi hadiah novel best-seller yang lebih 400 halaman
Dalam waktu tidak sampai 1 hari, aku telah selesai membacanya
Tapi... enggan sekali aku membaca Al Quran meskipun cuma 1 juzuk
Al Quran yang 114 surah, hanya 1 atau 2 helai yang kuhafal
itupun dengan terbata-bata
Tapi, ketika temanku bertanya tentang novel tadi
betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan

Hari keempat
Aku lalai lagi akan tahajudku
Petangnya aku datang ke kelas dengan niat mengaji
Tapi kubiarkan guruku yang sedang mengajarkan kebaikan
Kubiarkan guruku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku
Aku lebih suka berbual kosong dengan teman-temanku
Walhal selepas Maghrib tadi betapa sulitnya aku merangkai kata-kata
untuk kupanjatkan saat berdoa

Hari kelima
Kembali aku lupa akan tahajudku
Kupilih shaf paling belakang dan aku mengeluh
saat imam solat Jumaat membaca ayat yang panjang
Padahal sebelumnya aku mampu berjam-jam melayari internet
dan sanggup berjaga malam menonton perlawanan bola sepak

Hari keenam
Aku semakin lupa akan tahajudku
Kuhabiskan waktu di shoping centre bersama teman-temanku
Demi memuaskan nafsu mata dan perutku
sampai puluhan ribu yang kubelanjakan tidak kusedari
Aku lupa, saat aku berhenti di persimpangan tadi
Saat wanita tua mengetuk kaca keretaku
Hanya seringgit yang kuberikan
Itupun tanpa menoleh kearahnya

Hari ketujuh
Bukan hanya tahajudku, tapi Shubuhku pun tertinggal
Aku bermalas-malasan ditempat tidurku menghabiskan waktu

Selang beberapa saat di hari ketujuh itu juga
Aku tersentak mendengar khabar tentang temanku
Kini dia telah terbungkus di kafan putih
Padahal baru tadi malam aku bersamanya
Dan ¾ malam tadi dia dengan mesejnya
mengingatkan aku tentang tahajud

Kematian... kenapa aku baru gemetar mendengarnya?
Padahal dari dulu sayup-sayupnya selalu mengelilingiku
Dan kematian itu tidak pernah jemu mengingatkan aku

Seperempat abad lebih aku lalai....
Dari hari ke hari, bulan, dan tahun
Yang wajib jarang aku lakukan, apalagi yang sunah
Kurang mensyukuri walaupun Kau tak pernah meminta
Ku endahkan akan nasihat kedua orang tuaku
Padahal keringat dan airmatanya telah terlanjur menitis demi aku

Tuhan andai ini merupakan satu titik hidayah
Walaupun imanku hanya senipis kulit bawang
Aku hanya ingin detik ini
hingga nafasku yang tersisa nanti
Tahajud dan solatku meninggalkan kesan
Saat aku melipat sajadahku.....
Saat aku membaca ayat-ayat cinta Mu.....


Ceramah Perdana TAMAN 08



bersama menenangkan jiwa dan memberi santapan kepada rohani
anda dengan membanyakkan amalan dan pengisian jiwa di bulan yang mulia ini.

semua rakyat Malaysia, khususnya warga Universiti Malaya dijemput
menghadiri ceramah tersebut. Kami daripada warga Balai Islam ASTAR
mengalu-alukan kehadiran anda...

PERHATIAN:
CERAMAH PERDANA DITANGGUHKAN
DRPD 18 KE 19hb SEPT.

..HARAP MAKLUM..

ANTARA DUA CINTA...


Assalamualaikum w.b.t.Bila bercakap soal cinta,maka sering timbul di kepala kita ialah cinta sepasang kekasih,cinta antara makhluk,cinta antara lelaki dan perempuan.Malangnya,jarang sekali kita berfikir mengenai persoalan CINTA yang lebih besar dan utama.Tak lain dan x bukan adalah CINTA kepada Khaliq kita,CINTA kepada Tuhan yang menciptakan kita,Tuhan yang menciptakan kita dan seluruh alam ini dgn CINTA,Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha PENYAYANG,Tuhan yang mengasihi hamba-hambanya,siapa lagi kalau bukan ALLAH S.W.T,TUHAN SEKELIAN ALAM.

Itulah realitinya..saban hari wajah kekasih hati pujaan kita diletakkan tempat paling atas dalam hati kita ni,Tapi wajah Khaliq kita diletakkan di tempat yang bawah dalam hati kita.Tidakkah kita rasa berdosa wahai muslimin dan muslimat?Tidakkah kita merasa berdosa kerana 'mensyirikkan' Allah di dalam hati kita ini?Sepatutnya kita merasa cukup berdosa kerana meletakkan sesuatu yang lain yang lebih tinggi dr Allah di dalam hati kita kerana tujuan kita di jadikan di dunia yang fana ini adalah semata-mata untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Seringkali bila kita ingin ber'kasih',ber'couple' ,bercinta atau macam-macam nama yang diberi lagi,kita memberi alasan cinta kerana Allah S.W.T.Tahukah kita akan hakikat cinta kerana Allah? Cinta kerana Allah ialah cinta dan kasih-sayang kita kepada makhluk Allah yang lain,baik lelaki mahupun wanita,kerana untuk mendekatkan diri kepada Allah,menjaga syari'at yang telah ditetapkan oleh Allah dan MENGUATKAN CINTA KITA KEPADA ALLAH.Maka,apabila kita memperkatakan mengenai CINTA kerana Allah,maka sepatutnya Allah diletakkan didalam kedudukan paling tinggi di dalam hati kita,bukannya nama dan wajih kekasih 'sementara' kita itu.

Jadi,disini,marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini pengakuan kita CINTAkan ALLAH itu merupakan satu penghayatan dalam amalan ataupun sekadar retorik semata-mata.Marilah kita membersihkan hati kita daripada CINTA SELAIN ALLAH dan mengukuhkan CINTA ILAHI di carta teratas di dalam Qalbu kita ini.Moga-moga Nur CINTA ILAHi bersinar dengan gemilangnya di hati kita ini insyaAllah.

Dengan ini,ana mengakhiri artikel ana ini dengan satu syair dari penyair sufi,Abdul Ghani..

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

sekian...wallahu'lam

Qiamullail Sebagai Bateri Ibnu Harakah


Assalamualaikum w.b.t. Bercakap mengenai ibnu Harakah ini atau ahli gerakan Islam ini,kita tidak akan dapat lari dalam menyebut sekali perkataan SIBUK.Ya,SIBUK.Setiap daripada kita yang terlibat dengan gerakan Islam pasti akan sentiasa kesibukan.Kesibukan dengan tugas-tugas dakwah yang tiada penghujungnya. Inilah hakikat akan dunia dakwah.Tugas dakwah tidak akan berakhir sahabat-sahabat,tapi,ganjarannya,sangatlah lumayan.Melebihi apa yang ada di dunia ini.Yaitu tempat yang kekal selamanya,tiada kefanaan,iaitu Jannah(syurga).

Tetapi malangnya sahabat sekalian,apabila kita diasak dengan kesibukan kerja-kerja dakwah yang kita katakan 'lillahitaala',sering kali kita lupa mengenai hubungan kita dengan 'bos' yang kita sungguh sibuk bekerja untuknya.Ya,pelik bukan.Kita bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban masa dan apa saja untuk kerja yang kita lakukan untuk 'bos' kita tu,tapi,pada masa yang sama kita melupakannya!..Pelikkan?Inilah realitinya...seringkali kita lupa mengenai hubungan kita dgn Khaliq kita,tetapi kita bekerja bersungguh-sungguh untuknya..Sering kali kita mengabaikan 'habluminallah' kita.


Apabila kita terlalu sibuk untuk kerja-kerja dakwah,maka ibadah khusus kita dgn Allah S.W.T pun makin kurang.Solat pun tidak lagi diawal waktu,Al-Quran hannya dibaca seminggu sekali,Qiamullai apatah lagi.Sebab itu seringkali kita melihat ibnu Harakah yang kecundang di jalan dakwah.Ada yang 'Futur'(lemah) malah ada yang menarik diri dari jalan dakwah.persoalannya,MENGAPA?

Jawapannya adalah kerana 'bateri' kita telah habis.Ya,bateri.Bateri yang dimaksudkan ialah kekuatan dalaman yang ada pada setiap pejuang Islam itu sendiri.apabila kita sudah tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk membuat kerja-kerja dakwah untuk Islam lagi,maka secara automatiknya,semangat kita akan luntuk dan paradigma kita terhadap hidup dan perjuangan pun mula berubah.Daripada paradigma berpaksikan akhirat kepada paradigma berpaksikan dunia.Maka,apabila itu berlaku,kita tidak lagi memandang indah kerja-kerja dakwah yang kita lakukan ini.Maka dengan sendirinya,kita akan makin 'hilang' dari jalan dakwah itu sendiri.

Maka salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memperkasakan qiamullail tu sendiri.Qiamullail(Bangun malam) mampu menjana kekuatan dalaman seorang pejuang Islam.Qiamullail, yg mana Allah S.W.T telah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat pada waktu awal perkembangan Islam untuk qiamullail beribadat pada Allah S.W.T selama 1 TAHUN.Ya 1 TAHUN untuk tiap-tiap malam untuk beribadah pada Allah S.W.T.Nampak memeritkan sahabat-sahabat,tetapi demi Islam dan keimanan mereka pada Allah S.W.T,mereka sanggup melakukanny dan hasilnya sangat hebat.Kesan dari Qiamullail yang istiqamah selama satu tahun itu,Rasulullah dan para sahabat dapat menahan segala mehnah,ujian dan cabaran dalam memperjuangkan Islam selama 23 tahun riwayat perjuangan Rasulullah S.A.W.Kekuatan dalaman dan keimanan mereka begitu tinggi hingga walaupun diseksa dengan pelbagai seksa yang menggerikan,diuji malah ada yang terkorban sepanjang ujian tersebut,mereka tetap teguh memperjuangkan Islam walau apapun onak dan duri yang melanda.Sungguh tinggi Iman dan Kekuatan dalaman mereka.

Jadi sahabat-sahabat sekalian,untuk meningkatkan keimanan dan menjana kekuatan dalaman kita sebagai ibnu harakah,hendaklah kita selalu menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.Salah satu caranya ialah dengan qiamullail selalu.Semoga dengan ini,kita akan sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan Islam demi cinta kita pada-Nya....wallahua'lam

NOTIS TEMUDUGA KEDUA BALAI ISLAM ASTAR


Sesi temuduga

Balai islam

kolej kediaman pertama


Satu sesi temuduga kedua untuk mengambil AJK bagi Balai Islam Kolej Kediaman Pertama akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28 & 29 Ogos 2008

Hari : Khamis & Jumaat

Masa : 9.10 malam

Tempat : Dewan Tun Perak dan

Laman Santai

Kehadiran ASTARIAN untuk menyertai temuduga tersebut adalah amat dialu-alukan.Sila bawa sekali gambar berukuran passport.

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers