...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
Saturday, November 21, 2009
|
By Tinta Sufi Haraki
orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudaa, sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. Al-Hujurat:10
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Umum mengetahui, seluruh warga UM baru sahaja menamatkan sesi pengajian untuk semester 1 sesi 2009/2010. Manakala untuk pelajar perubatan pula, masih lagi bergelut dengan buku-buku menjelang peperiksaan tidak lama lagi. Selamat maju jaya kami ucapkan semuanya.
Dikesempatan ini, kami daripada Balai Islam ASTAR (BI), mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program- program BI sepanjang sesi. Pada semester 1, sesi ini, BI telah pun berjaya menganjurkan 2 projek iaitu Minggu Penghayatan Ramadhan (TAMAN 09) dan Kursus Pra Perkahwinan (KPP 09).
Ia juga turut disertai dengan beberapa program yang dikendalikan di bawah biro Pengisian dan Pengimarahan Surau seperti Solat Hajat Ambang Peperiksaan, Jamuan Raya, Kuliah Ilmu Sepuluh Minit (KISMIS) , Qiamulail dan Dhuha, serta banyak lagi program pengisian seperti yang telah diatur secara harian mahupun berkala.
Dalam menyajikan program-program pengisian rohani, sebagaimana yang telah diamanahkan kepada BI, sememangnya kami cuba memberikan yang terbaik. Namun, sebaik mana pun program itu dirancang dan dilaksanakan, tanpa penglibatan dan komitmen daripada semua pihak, agak mustahil untuk ia dikatakan berjaya. Segala kekurangan memang diluar perancangan, kerana sebaik-baik perancang itu ialah Allah yang Maha Esa.
Rentetan daripada, sebagai memulakan rentak pada sem 2 sesi 09/10, beberapa program dan penambahbaikkan telah dirancang untuk kebaikan bersama. Umum juga mengetahui, satu lagi projek BI iaitu Simposium Maal Hijrah 1431 sedang rancak dalam perlaksanaan menjelang berlangsungnya program tersebut iaitu pada 7,9 dan 10 Januari 2010.
Untuk sesi kali ini juga, perancangan awal menyaksikan, BI akan menganjurkan Majlis Malam Apresiasi Balai Islam sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja BI. Diharapkan semuanya dapat berjalan dengan lancar. Turut diselitkan juga ialah Program Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS) demi memantapkan lagi ukhwah antara ahli.
Sebagai menutup tirai untuk kali ini, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya, lebih-lebih lagi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Manakala, untuk yang baru sahaja tamat peperiksaan, setelah berusaha, dan berdoa, maka bertawakallah kepada Allah sementara menanti keputusannya.
Kepada seluruh pengunjung blog ini juga, selamat melayari blog ini, bersama memanfaatkan apa yang ada.
Diakhirnya, kami, seluruh warga Balai Islam 09/10 mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga UM. Apa yang pasti, sepanjang cuti ini, pasti pelbagai aktiviti persatuan, mahupun riadah bersama keluarga dan rakan telah dirancang. Maka, gunakan waktu cuti yang ada ini, untuk diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Moga berjumpa lagi di sem akan datang. Insyallah... - Balai Islam_Islam Cara Hidupku
Saturday, November 21, 2009
|
By Tinta Sufi Haraki
Cinta sememangnya satu fitrah. Menyukai sesuatu sehingga menginginkannya, menyayangi sesorang sehingga ingin memilikinya, CINTA ? Berazam untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, mendidik diri agar menilai yang hak dengan yang batil, HIJRAH ?
Maka, bagaimana pula yang dikatakan HIJRAH CINTA ??? Ikuti kupasan menarik 3 jam bersama Ustaz Hasrizal Bin Abd Jamil (Blogger Saifulislam.com, penulis buku Aku Terima Nikahnya) di dalam Seminar- Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertanyaan hubungi_ Firdaus-017-6278651
DIMAKLUMKAN BAHAWA BERLAKUNYA PERTUKARAN TEMPAT IAITU DI ANJUNG ILMU ASTAR, KOLEJ KEDIAMAN PERTAMA, UM. (update - 6 Jan. 2010)
Thursday, November 19, 2009
|
By Tinta Sufi Haraki
SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1431 (HIJRAH '10)
"Merintis Perubahan, Nadi Intelektual Islam Sejagat" 22, 23 & 24 Muharram 1431 / 8,9 & 10 Januari 2010
Program-program:
Forum Perdana Simposium Maal Hijrah Seminar- Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta Pertandingan Puisi Hijrah Intra UM Pameran Khat dan Demonstrasi Khat Pameran dan Jualan Buku Tayangan Multimedia Hijrah 10
*maklumat lanjut mengenai setiap program akan menyusul kemudian
Wednesday, November 18, 2009
|
By Tinta Sufi Haraki
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlahAllahjualah yang mengetahui semuanya itu, sedangkan kamu tidak mengetahui... Al-Baqarah:216
Sehingga kini kerajaan belum kuat kuasa sebarang akta khusus
SANGGUPKAH anda mencari dan mengira 1,000 seluar dalam wanita yang sengaja disembunyikan? Bagaimana perasaan anda jika sedang berada di pelamin, lalu ditanyakan: "Kau dah potong ke belum?"
Ada wanita yang bermuram dan kurang keyakinan diri semata-mata muka berjerawat kerana kawannya lambat memberitahu mengenai pembersih muka yang menjadi 'idaman kita semua'.
Sekali lagi dan secara berterusan, citra songsang pengiklanan terus berleluasa di sekeliling kita.
Iklan yang awalnya sekadar untuk memperkenalkan produk, kini sudah menjadi suatu bentuk pemaksaan terhadap pengguna. Orang ramai ditakutkan supaya membeli barangan mereka agar sentiasa setanding dengan orang lain dalam pelbagai hal.
Tanpa membeli produk yang diiklankan, kita akan dianggap kolot, kurang keyakinan, banyak masalah kerana segala-galanya sudah dilimpahkan melalui produk yang diperkenalkan.
Ada syarikat pemaju perumahan yang projeknya jarak 40 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur, mengiklankan kediaman selesa dengan perjalanan hanya 10 minit ke ibu kota. Iklan tidak masuk akal ini berulang sepanjang masa dengan pelbagai citra songsang yang memesongkan akal pengguna.
Namun tiada tindakan diambil kerana kita kurang penguatkuasaan untuk menghukum pengiklan yang menipu pengguna. Sehingga kini Malaysia belum ada akta pengiklanan yang khusus untuk mengawal selia corak papan tanda dan mesej yang dipaparkan kepada orang ramai.
Kekurangan ini menyebabkan pengiklan sentiasa mencari ruang untuk memesongkan cita rasa pengguna semata-mata untuk kepentingan pengeluar produk. Penyelewengan dan pemaksaan secara halus terhadap pengguna dibawa ke ruang tamu rakyat Malaysia sepanjang masa melalui pelbagai media.
Akta Perihal Dagangan 1972 sekadar memberi garis panduan terhadap pengiklan serta 'pesanan' supaya tidak keterlaluan menyampaikan mesej. Oleh kerana kita belum ada akta khusus mengawal pengiklanan, Akta Perihal Dagangan 1972 saja yang boleh diharapkan untuk memantau setiap isyarat pengiklanan sepanjang masa menerusi penerbitan katalog, senarai harga, surat pekeliling, label, kad atau tayangan gambar.
Bagaimanapun, apa yang berlaku sebaliknya. Iklan songsang terus berleluasa dan akta yang wujud sekadar tercatat di atas kertas tanpa sebarang tindakan. Pemantauan dan tindakan hukum oleh penguat kuasa terlalu longlai menyebabkan imej songsang dan lucah kerap muncul di kaca TV dan panggung wayang.
Seks, wanita dan harga diri diperdagangkan secara berleluasa. Iklan kereta mewah menampilkan seorang gadis seksi yang menenggek di atas kusyen dengan mata separuh tertutup dan mulut ternganga. Iklan syampu, krim pencerah kulit, gincu dan tuala wanita menampilkan insan lincah dan manja.
Ada wanita berkemban dan ada juga gadis berpakaian ketat berlari tanpa arah. Hanya iklan ubat nyamuk dan serbuk cuci pakaian yang menampilkan Opah dan Mak Limah dengan wajah berminyak.
Sebelum ada larangan khusus iklan tembakau, banyak syarikat pengeluar rokok mengeksploit produk mereka dengan pelbagai helah.
Penajaan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Frazier dibawa 'khusus' oleh syarikat X yang mementingkan keaslian bersukan, Sukan Olimpik dan Bola Sepak Piala Dunia sebelum ini ditaja oleh syarikat rokok, malah liga bola sepak tempatan juga 'dibawa khusus' sebuah syarikat rokok terkenal.
Imej ahli sukan diperguna seolah-olah rokok memberi kekuatan tambahan untuk aktiviti riadah. Rokok pernah dianggap sebagai sumber inspirasi. Ada iklan yang menampilkan aksi seorang pelukis pelan yang sukar menyiapkan tugasan kerana kebuntuan. Dia kembali bertenaga selepas menyedut asap rokok Y. Rokok juga dianggap hebat dan berstatus tinggi.
Orang ramai terus diperdaya untuk menjadi mangsa iklan yang ada masanya sesuatu produk dibeli kerana imej songsang pengiklanan.
Apakah kita sanggup terus dipermainkan dengan imej songsang walaupun negara sudah 52 tahun merdeka? Sesuatu perlu dilakukan supaya pengiklanan seluar dalam dan 'potong' tidak berleluasa lagi. Kerajaan perlu bertindak dan menghukum syarikat yang kerap memperdayakan pengguna. Citra songsang bukan budaya kita.
Secara tidak sedar kita sedang di "dakwah" oleh mereka tetapi kita tidak sedar ,mereka melazimi simbol-simbol mereka supaya manusia terbiasa dengan keadaan itu . Tujuannya ialah mengurangkan kejutan dan membuka ruang redo secara tidak sedar supaya kemunculannya nanti di terima dan diakui oleh manusia atau lebih tepat diakui oleh umat Islam.
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009