Di kesempatan dan kesempitan masa yang ada ini, saya cuba untuk menyelitkan diri mengemaskini blog yang agak terbiar ni... bukannya apa... demam peperiksaan katanya. Alhamdulillah, sebentar tadi, 30 April, 9.15 malam, bertempat di Dewan Tun Perak, telah diadakan satu majlis jamuan ringkas untuk meraikan sahabat2 Balai Islam yang bakal menamatkan pengajian di varsiti tercinta ini.
.
Majlis yang dimeriahkan oleh kira2 25 orang sahabat Balai Islam yang lain diadakan secara surprise khusus untuk meraikan mereka. Satu kejutan juga diadakan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran Saudara Naqiuddin pada 29 April yang lepas. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Balai Islam dan senior2 yang bakal grad... Di dalam ucapannya, turut diselitkan ucapan penghargaan dan harapan untuk Balai Islam sesi akan datang. Di antara lainnya turut menyebut supaya Balai Islam akan terus maju dan bergerak dengan lebih baik untuk sesi akan datang.
.
Sememangnya, untuk melakukan kerja2 Islam terdapat banyak halangan dan cabarannya, maka dengan itu, haruslah untuk kita terus berani dan teguh dengan pendirian kita. Persoalan mengapa dan kenapa harus terus berlegar dalam diri kita agar dapat kita ketahui matlamat dan tujuan sebenar kita. Diakhirnya... moga majlis yang serba ringkas tersebut dapat memberi kesan di hati kita, moga ukhwah dan persaudaraan dalam Islam yang terjalin ini terus berkekalan... Emiinn..
.
.
Keramatnya ukhwah
Melangkaui hubungan darah
Kasih sayang kerana Allah
Disulami bebenang mahabbah
Tonggak kekuatan dalam jamaah
Digubah dengan acuan akidah
Beralun gema tarbiyah
Bersinar pancaran dakwah
Andai ditakdir rebah
Seribu bahu menggagah
Bersatu mengorak langkah
Tak seorang dibiar gundah
Suratkan untukku maghrifah
Dari segala silap dan salah
Salam ukhwah fillah
Melangkaui hubungan darah
Kasih sayang kerana Allah
Disulami bebenang mahabbah
Tonggak kekuatan dalam jamaah
Digubah dengan acuan akidah
Beralun gema tarbiyah
Bersinar pancaran dakwah
Andai ditakdir rebah
Seribu bahu menggagah
Bersatu mengorak langkah
Tak seorang dibiar gundah
Suratkan untukku maghrifah
Dari segala silap dan salah
Salam ukhwah fillah
.
maaf, gambar takde, kamera takde huhuh
=) agak terkejut... tetibe... pe2 pun pd smua ahli jwtnkuasa mlm tu... syukran jazilan.
lepas ni memang akan sentiasa merindui surau.. yg tersimpan pelbagai kenangan (",)
heehhe... betul2...
mesti rasa diri dihargai kan ???
hhhehehe...
lain kali bole plan betul2... n lagi best heheh :) selamat bergrad...
mekasih :)