Damai Alam Diselubungi Suram

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan

manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)

perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Ar-Rum:41



Beberapa ekor ibu monyet dan anak-anaknya berkeliaran tidak menentu di tengah jalan beberapa buah banglo di kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu. Sang ibu mengejar anak-anaknya ke sana ke mari dengan teriakan yang hanya dimengerti oleh anak dan ibu monyet itu. Namun anak-anak monyet itu berkejar-kejaran dengan riuhnya.

Warga hutan itu sudah kehilangan tempat tinggal sejak pepohon di kawasan hutan yang didiaminya turun temurun itu ditebang dan tanahnya diratakan oleh manusia untuk projek perumahan mewah. Di hujung banglo-banglo itu apartmen mewah dan rumh teres.

Dahulunya tempat ini ialah sebuah kawasan hutan yang tidak berapa tebal, tetapi sangat meneduhkan. Di pinggirnya ada sebatang anak sungai kecil yang sangat jernih airnya dengan ikan kecil berenang bebas ke sana ke mari. Warga monyet menjadikan tempat ini makan minum.

Sesekali, bagi mereka yang tahu, ada juga orang yang datang berpiknik bersama keluarga, membawa makanan. Namun tempat ini untuk masa yang demikian lama, menjadi perkampungan monyet dan hidupan yang lain. Malah ada orang menjumpai ular sawa yang besar.

Di siang hari, burung-burung riuh rendah beterbangan bebas. Paginya sang ibu beterbangan mencari makan dan petangnya pulang membawa makan di paruh untuk habuan anaknya. Demikian hubungan kasih sayang para unggas dan monyet-monyet di situ.

Namun kini semuanya telah musnah, suasana sama sekali berubah. Beberapa tahun lalu hutan kecil itu digondolkan, dengan trakter dan buldozer, lori-lori pengangkut kayu keluar masuk di jalan berlumpur.

Kebisingan tidak terperikan lagi dengan bunyi mesin pemotong pokok besar dan kecil, menenggelamkan bunyi warga monyet yang berkeliaran, menjerit kerana kehilangan tempat tinggalnya.

Inilah derita warga hutan di situ apabila hutan tersebut diteroka untuk jadi kawasan perumahan mewah, menjadi rebutan para elit mendiaminya kerana pandangan di bawah bukit itu, dengan gemerlapan lampu-lampur kota besar dan bangunannya demikian indah dan menarik.

Tidak siapapun yang mendengarkan jeritan warga hutan itu dan jadilah haiwan ini, serta anak sungai yang jerih airnya, korban suatu pembangunan yang ama sekali tidak bersifat kemanusiaan.

Inilah suatu gambaran betapa tidak ramahnya manusia kepada lingkungan alam sekitar. Sedangkan banyak kali Allah s.w.t. mengingatkan manusia menerusi Al-Quran mengenai kejadian alam ciptaan-Nya dan perlunya manusia memelihara alam itu - langit, bumi, bukit bukau, gunung ganang, lautan, sungai, pepohonan dan segalanya.

Sehinggakan di dalam peperangan sekalipun, Rasulullah s.a.w. pun mengingatkan mereka yang berperang supaya janngan memusnahkan pepohon, jangan membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Mesej Al-Quran dan hadis sangat banyak yang mengingatkan manusia supaya memelihara alam sekitar, malah undang-undang juga sudah digubal supaya memeliharanya. Namun manusia, makhluk yang dilengkapkan dengan akal fikiran serta perasaan, masih tidak pedulikan semua itu.

Setiap hari manusia menebang pohon di hutan, menceroboh kawasan tadahan, memusnah dan mengotorkan sungai, sementara kegiatan industri pula menghembuskan asap kotor mengandungi racun dari kilang mereka. Semuanya ini disedut oleh manusia melalui helaan nafas mereka. Pelbagai penyakit pun menyerang manusia.

Di mana-manapun baik di negara Asia, Afrika, mahupuh di negara Barat, alam sekitar sedang dimusnah oleh manusia secara sistematis.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyebutkan dalam bukunya "Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam" atau "Islam Agama Ramah Lingkungan (Alam Sekitar)" menyebutkan bahawa Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang.

Di samping itu, katanya, Islam juga meningkatkan pertumbuhan dan memelihara keindahannya. Selain itu, Islam juga, kata Yusuf Al-Qaradawi, menentang sekeras-sekerasnya setiap bentuk dan tindakan memusnahkan alam sekitar, mahupun menghancurkan segala elemennya dengan mengkategirikan tindakan itu amat dilarang, yang akan memperoleh hukuman berat daripada Allah s.w.t.

Setiap perbuatan memusnahkan alam sekitar itu, katanya perlu dihentikan segera, baik dengan menggunakan tangan serta hati. Bermakna ia mencegah kemungkaran.

Menurutnya, di antara bentuk pemusnahan alam sekitar yang sangat dilarang oleh syariat Islam ialah dalam bentuk tindakan kekerasan atau memusnahkan makhluk Allah s.w.t. terutama yang menyangkut spesies binatang di dalam hutan, seperti monyert, burung-burung dan sebagainya, bahkan haiwan liar seperti harimau, singa, gajah, beruang dan sebagainya.

Beliau menyebutksn mengenai hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bagaimana seorang perempuan yang telah mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan. "Seorang perempuan masuk neraka," sabda Nabi s.a.w., "kerana telah mengikat seekor kucing tanpa memberinya makan atau membebaskannya di atas bumi mencari makanan."

Yang dimaksudkan "makanan di atas bumi" adalah segala jenis serengga, ulat, tikut dan segala makhluk perosak, Perempuan itu, baginya, memang layak masuk neraka kerana demikian kejam hatinya dan pudarnya kasih saying terhadap makhluk yang lemah itu.

Bayangkan di sini bagaimana monyet dan anak-anaknya bertebaran apabila hutan dengan segala pohon dan buahnya yang selama ini menjadi tanpat tempat tinggalnya dimusnahkan hanya untuk sebuah pembangunan yang tidak terkawal.

Creativeness In Photography 2







Cinta Oh Cinta

Anda Ingin Bercinta?
..Ustaz Mohd Zul Roslan..



Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

Berdoalah...

Untukmu Palestin: Sampai Bila ?

...Untukmu Palestn...

Tazkirah sempena program Untukmu Palestin
Oleh: Saudara Zul Amirul Izwan Bin Mat Derasih




Maksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (2:120)

Alhamdulillah, di bumi bertuah Malaysia ini, kita dapat hidup dengan aman dan damai. Tidur yang lena, sehingga subuh berlalu begitu sahaja. Kita dapat makan makanan yang enak-enak sehingga kekenyangan. Di Malaysia, hujannya adalah air, tanah kita masih lagi dibasahi dengan air. Tetapi, di Palestin sana, hujannya adalah hujan peluru ! Tanahnya dibasahi darah ! Kita tidur dengan lena berjam-jam. Tetapi mereka, jangan disebut istilah tidur jika masa rehat pun masih tidak mampu mereka kecapi !

Sememangnya benarlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:120, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Mereka bermain bola sepak memakai seluar pendek. Kita pun ikut. Mereka bermain tenis memakai skirt. Kita pun ikut. Mereka, para musuh Islam, mencipta sebiji bola, diletakkan di tengah padang. Tanpa kita sedari, sebiji bola yang menjadi gilaan seluruh dunia, mampu menyebabkan solat kita terlepas begitu sahaja.

Sebiji bola yang katanya "makan bola, tidur bola" mampu menyebabkan kita berjaga malam untuk menyaksikan kelab dan pasukan kegilaan kita beraksi. Tetapi pernahkah kita berjaga malam semata-mata ingin menyaksikan keindaham malam ciptaan tuhan ? Dan yang paling penting, pernahkah kita berjaga malam untuk bertahajud, menunaikan qiamulail ?

Sudah terbukti, pelbagai cara telah mereka gunakan untuk memastikan kita terus kekal sesat. Pertamanya, dengan sport, seperti yang telah diceritakan di atas. Dan ternyata, ia berjaya. Tak percaya ? Di akhbar-akhbar pada hari ini, ruangan sukan merupakan ruangan wajib. Ruangan pertama yang kita akan tatap. Sama ada ingin mengetahui perkembangan sukan bola sepak terutamanya, atau ingin mengetahui perkembangan pemain pilihan mereka seperti Kaka, dan Ronaldinho.

Tetapi artikel-artikel ilmiah dalam ruangan rencana, pernahkah kita baca ? Berita-berita dunia, pernahkah kita peduli ? Percayalah, bahawa dengan sukan, kita telah dirosakkan. Lihat sahaja acara renang, apa pakaian mereka ? Ini termasuklah pergaulan dan masalah sosial yang lain seperti judi. Hal ini pasti berlaku selagi mana kita tidak mengamalkan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan harian kita.

Tidak cukup dengan sport, kita dihidangkan lagi dengan song and sing. Berjayakah musuh Islam itu ? Ya, sudah pasti ! Lihat sahaja pada hari ini, di televisyen, kanak-kanak seawal usia 4 tahun telah diajar menari dan menyanyi. Buktinya, lihat sahaja Tom-Tom Bak yang disiarkan oleh Astro. Kanak-kanak yang baru hendak belajar... ya mereka diajar. Tetapi apa yang diajar ? Menyanyi, menari. Mana rancangan tilawah Al-Quran yang melibatkan kanak-kanak ? Ya ada, Mari Mengaji. Tapi jika dibandingkan dengan rancangan bersifat hiburan, ternyatalah rancangan-rancangan ilmiah, rancangan berunsurkan agama, yang mendidik kanak-kanak jauh lebih sedikit bilangannya.

Oh ya, ada satu lagi senjata yang mereka gunakan. Seks ! Jangan terkejut, mereka di Barat sana diajar cara-cara melakukannya di khalayak ramai. Baru-baru ini, ketika sambutan tahun 2009 yang kononnya meriah. Apa yang meriah ? Pesta seks ! memang meriah. Mana tidaknya, arak menjadi minuman biasa-biasa, dan dadah menjadi makanan mereka. Cemerlang, gemilang dan terbilangkah bangsa kita ? Tepuk dada, tanya iman, tanya amal...

Kita kata kita membantah sekeras-kerasnya tindakan terkutuk Yahudi menyerang Palestin, menyerang Gaza. Kita marah dan geram. Kita kecam, kita kutuk, kita berdemonstrasi, tidak ketinggalan disertakan juga memorandum. Tetapi, adakah kehidupan harian kita mencerminkan yang kita benci kepada Yahudi ? Adakah akhlak dan tingkah laku kita membenci Yahudi ? Tanpa kita sedari, mungkin ada antara kita yang telah pun menyumbang sedikit kepada Yahudi. Menyumbang untuk membeli peluru yang membunuh saudara kita di Palestin sana ! Menyumbang membeli bom yang telah pun menghancurkan kehidupan umat Islam di sana ! Tak percaya ? Fikirkan semula...

Maka, di akhir rencana ini, atau lebih tepatnya, di akhir tazkirah tersebut. Kita diingatkan agar bersama kita meningkatkan iman dan amal. Bersama kita nasihat-menasihati rakan-rakan kita. Disamping kita sebenarnya turut menasihati diri sendiri juga. Kerana kita sebagai manusia biasa, tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesalahan. Tetapi apa yang paling penting, hari-hari yang telah berlalu, sememangnya akan meninggalkan kita dengan seribu satu kisah. Dengan setiap hari dan detik yang telah berlalu, adakah sempat kita menyumbang sesuatu kepada saudara kita di Palestin sana ?


لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ ‏ وَأَيْنَ هُمْ
بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ



Maksud hadis:

Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah dating ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”


Coretan Tinta,
HasYimie..

www.akusebuahkisah.blogspot.com


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail

    Followers