3 hari lagi, satu lagi projek Balai Islam ASTAR akan mewarnai hari-hari anda sepanjang berada di kolej, iaitu, SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1430. Sudah tentu persiapan demi persiapan sedang rancak dijalankan dan dikemaskini bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Bersama kita merasai kehangatannya dan bersam memeriahkannya lagi. berikut merupakan antara aktiviti sepanjang program tersebut berlangsung.
Ceramah Perdana (9 Jan 2009 – 9 Malam)
Ustaz Dr Hj Mohd Redhuan Tee Abdullah
Satu nama tidak asing dalam industri dakwah di Malaysia. Beliau merupakan pendakwah terkenal yang sering keluar di kaca televisyen dan terlibat dalam siri-siri dakwah di negara ini. Beliau juga banyak mencurahkan tenaga berdakwah kepada saudara baru di Malaysia. Sekarang beliau menjawat jawatan Naib Presiden, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Tajuk ceramah kali ini ialah Dunia Baru, membincangkan tentang cabaran dan pengalaman seorang yang melihat perspektif Islam melalui hati nurani dan perbincangan tentang isu semasa serta menyentuh aspek tahun baru Islam.
Seminar Maal Hijrah (10 Jan 2009 – 9 pagi)
Ustaz Muhammad Abdullah
Satu lagi nama yang tidak asing dalam industri dakwah di Malaysia. Seorang panel Al- Hidayah TV3 yang yang disiarkan setiap Jumaat. Mendapat pendidikan tinggi di Karachi, Pakistan dan kemudian di Universiti Malaya dalam pendidikan Syariah & Undang-undang.
Beliau merupakan pendakwah, penceramah dan aktif di dalam memberi kursus dan kaunseling secara bebas selama lebih 10 tahun. Sebagai panelis Al-Kuliah, Al-Hidayah dan program Motivasi di TV3 dan juga program yang sedang bersiaran di TV9 iaitu 'Tanyalah Ustaz'. Kerjaya beliau sekarang adalah sebagai Peguam Syari'e dan Pengurus Arabic Language and Consultancy (ALC) disamping mengelola SM Tahfiz Al-Amin di Bandar Baru Sunway dan Rumah Anak Yatim Hafiz Al-Ijabah, Subang Jaya.
Seminar kali ini bertajuk bacaan Al-Fatihah secara bersanad, membincangkan tentang pembacaan Al-Fatihah yang seharusnya dititikberatkan dengan tepat seperti mana yang diaplikasi dalam kehidupan kita seperti solat, membaca Al -Quran dan sebagainya. Merungkai aspek - aspek sejarah dan pemantapan dari segi ibadat, bacaan Al - Fatihah adalah teras kehidupan kita seharian.
Pertandingan Khat Antara Sekolah Menengah dan Terbuka UM Serta Pameran Kaligrafi Daripada Yayasan Restu (11 Jan 2009 – 9 pagi)
Pertandingan dan pameran khat/ kaligrafi ini dibuat untuk mencungkil bakat kreatif menulis khat daripada peringkat UM dan sekolah - sekolah menengah disamping mengetengahkan kepentingan serta peranannya dalam perkembangan Islam sebagai satu wadah di kalangan masyarakat khususnya warga ASTAR. Dalam pameran itu juga akan dipaparkan beberapa karya menarik daripada Yayasan Restu, badan yang berusaha gigih ke arah mengetengahkan dan memperkenalkan industri khat secara meluas, selain diadakan demonstrasi khat dan jualan produk.
Sessi pembelajaran, pameran dan demonstrasi khat daripada Ustaz Firdaus Mahadi (10 Januari 2009 - 9 malam)
Seorang penggiat khat yang aktif dalam memperkenalkan kesenian ini kepada masyarakat. Berkemahiran luas dalam khat - khat seperti Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Thuluth Jali, Khat Riq'ah, Khat Farsi@Nasta'liq, Khat Dewani, Khat Dewani Jali, Khat Kufi Muhaqqaq, Khat Kufi Murabba', Khat Hurr, Khat Tajj.
Antara pencapaian utamanya termasuklah mengahdiri Celebrating Of The Golden Anniversary Of Islam In Korea - The Grand Exhibition For Culture and Folk Art Of The Middle East and Islam anjuran Korea Middle East Association (KOMEA) di COEX Convention Hall, Seoul, Korea Selatan serta dijemput khas untuk membuat demonstrasi penulisan dan pameran seni khat pada 9-14 Oktober 2006 yang lalu. Beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi pakar rujukan, contoh kepada masyarakat, tokoh Seni Khat dan berusaha memartabatkan Seni Khat Islam hingga peringkat tertinggi.
Pameran Maal Hijrah (9 – 11 jan 2009)
Pameran pada tahun ini bertemakan “Hijrah Teras Kegemilangan Islam”dan diadakan sepanjang program Simposium ini berlangsung. Tajuk dibawa adalah berdasarkan satu konsep perjalanan hijrah, diselitkan beberapa agenda penting dilengkapi dengan grafik - grafik yang menarik. Pameran ini juga mengupas tentang persoalan dan cabaran umat Islam sekarang dalam meniti arus kehidupan moden.
Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup Simposium Maal Hijrah 1430 (11 Jan 2009 - 2 petang)
Majlis ini adalah kemuncak program dan penutup diisi dengan penyampaian hadiah, tayangan multimedia dan dirasmikan oleh Pengetua Kolej Kediaman Pertama, Dr Woo Chaw Seng. Majlis juga diserikan dengan persembahan khas nasyid daripada kumpulan Wildan (nasyeed.com) dan Shah (bekas pelajar Akademi Nasyid TV9) juga penampilan awal kumpulan nasyid Kolej Kediaman Pertama.
Post a Comment