Setiap hari selepas 29 disember tahun lalu kita umat Islam khususnya dan masyarakat dunia umumnya disogokkan dengan berita-berita sedih dan pilu yang berlaku ke atas saudara seaqidah kita di Palestine. Wilayah Gaza kini bergolak lagi. Kini setelah seminggu lebih, lebih kurang 500 saudara kita menjadi mangsa kekejaman Israel. Serangan dan pengeboman sesuka hati yang di lakukan Israel laknatullah ke atas masyarakat Palestine menunjukkan betapa lemahnya umat Islam pada masa kini. Bilangan umat Islam yang mencecah lebih kurang 3 billion di seluruh dunia seakan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengekang serangan Israel ke atas warga Palestine.
Kita hanya mampu melihat dan mendengar saudara-saudara kita di sana dipijak dan dihenyak habis-habisan oleh Israel tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Bantahan dan demonstrasi seluruh dunia tidak langsung memberi kesan dan tekanan ke atas Israel. Resolusi PBB untuk mendamaikan seketika konflik tersebut di tolak bulat-bulat oleh sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat dengan menggunakan kuasa vetonya. Alasan yang diberikan cukup mudah. Hamas lah punca segala-galanya.
Mengapa semua ini boleh terjadi? Apakah punca utamanya? Tidak salah andainya diri ini beranggapan yang semua ini boleh berlaku akibat kebodohan dan kejahilan umat Islam itu sendiri. Bukanlah semua yang dimaksudkan, tapi segelintir dari kita umat Islam yang sanggup membiarkan saudaranya sendiri menderita demi menjaga kepentingan tersendiri. Ini juga disebabkan oleh ketidak sefahaman dan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam yang memberi ruang yang luas kepada musuh-musuh Islam untuk terus menindas kita. Maruah kita umat Islam dipijak-pijak. Di manakah letaknya jati diri umat Islam pada masa kini. Sampai bila kita mahu terus membiarkan perkara ini terus berlaku. Sanggupkah kita melihat kesengsaraan yang ditanggung saudara-saudara kita di Palestine.
Ayuh sedar saudara-saudara ku. Bangunlah kita dari lena yang panjang. Apa peranan kita? Apakah hanya sekadar melihat dan mendengar? Apakah cukup sekadar berdemonstrasi menunjukkan perasaan tidak puas hati? Apakah cukup sekadar menyatakan kecaman serangan yang dilakukan Israel? Apakah cukup semua ini? Ya, sememangnya kita tidak mampu untuk melakukan tindakan yang lebih drastik dari itu. Itu pun sudah memadai buat masa ini. Dapat menyatakan kepada dunia yang kita tidak menyokong dan merestui sama sekali tindakan kejam yang dilakukan Israel ini. Sekurang-kurang warga Palestine tahu yang mereka tidak berjuang bersendirian. Terdapat juataan saudara seaqidah yang menyokong perjuangan mereka ini.
Apa yang terbaik yang dapat kita lakukan sekarang ini hanyalah berdoa. Itulah senjata orang mukmin. Senjata yang paling ampuh. Senjata rahsia umat Islam. Senjata yang tidak dapat digunakan dan tiada di tangan kufur laknatullah. Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan umat Islam dalam memerangi musuh-musuh Islam.
*sumber daripada
www.ewanzul.blogspot.com
Post a Comment