Hari Ini 2009, Semalam 2008

HARI INI 2009, SEMALAM 2008

Tahun baru 2009 bakal menyinsing sinarnya dalam masa beberapa jam lagi. Maka, moleklah kiranya jika dapat bersama menyelusuri sejarahnya terlebih dahulu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Daripada sudut sejarah, tidak ramai yang daripada kita yang tahu tradisi menyambut tahun baru sebenarnya bermula di Babylon kira-kira 4000 tahun yang lalu, sempena kedatangan musim bunga.

Tradisi ini berterusan,disambut oleh masyarakat Parsi, juga pada awal musim bunga, Mesir purba, Rom dan sebagainya. Sambutan di Rom, kemudiannya ditukar kepada 1 Januari mulai 153 Sebelum Masihi atas alasan politik.Bagaimanapun, apabila munculnya Kristian, pihak gereja menegah sambutan ini kerana dilihat bercampu aduk dengan amalan tradisi pagan. Pun demikian, atas desakan awam, pihak gereja akhirnya mengalah. Pada 1582, Pope Gregory X111 mengumumkan, boleh dirayakan pada 1 Januari, tapi dengan syarat, pertama, mestilah tidak bercampur aduk dengan amalan tradisi pagan. Kedua, mestilah disematkan di hati bahawa sambutan itu adalah perayaan menyambut kelahiran Jesus, yang bagi gereja adalah anak tuhan dan membawa agama Kristian. Dari restu Pope Gregory inilah sambutan tahun baru mula dirayakan di dunia Barat, lalu merebak ke seluruh dunia seperti sekarang.

Sekarang, sambutan menanti detik 12.00 malam 1 Januari sudah menjadi tradisi di seluruh pelusuk dunia, dengan letupan bunga api, pesta serta hiburan yang melampau, jangan risau, Malaysia tidak akan ketinggalan untuk turut meraikannya ! Rakyat di Malaysia kononya tidak mahu ketinggalan mengikut trend dan order baru dunia, tetapi malang yang tidak disangka. Lihat sahajalah betapa ramai yang melaungkan countdown daripada melaungkan takbir. Berapa ramai pula yang memenuhi masjid daripada memenuhi tempat2 seperti KLCC. Lebih malang apabila malam sambutan tahun baru diiktiraf sebagai malam pesta hiburan serta maksiat. Berapa ramai anak luar nikah yang terhasil sempena sambutan tahun baru? Tidak terkira banyaknya.

Apa pun, hari ini sinar 2009 baru sahaja menjengah beberapa jam yang lalu. Sudah letupan bungan api yang berwarna warni turut mengiringi kehadirannya. Tahun 2009 pula baru sahaja mula melabuhkan tirainya, meninggalkan pelbagai kenangan oahit mahu pun manis. Moga tahun 2009 yang baru menjelma ini, ditambah pula kehadiran 1430 Hijrah yang juga baru menyinari seantero dunia beberapa hari lepas, diharap ia mampu memberikan yang terbaik buat kita. Moga azam dan semangat baru kita, seiring dengan apa yang dituntut dalam syariat Islam.

Apa pun, perlu diingat, hari ini 2009, semalam 2008 ! apa yang telah kita lakukan ? bersama muhasabah diri. Moga menuju ke arah keredhaanNya. Eminn..
0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers