Ada Apa Dengan Dunia Baru..?

CERAMAH PERDANA: DUNIA BARU

(sempena Simposium Maal Hijrah 1430H)

Oleh: Ustaz Dr Hj Mohd Redhuan Tee Abdullah



“Jika hendak dibandingkan Islam saya dengan anda semua, anda lebih beruntung memiliki Islam sejak dilahirkan. Tidak perlu anda untuk berhijrah namun sekadar terus beramal dan mempertingkatkan ketaqwaaan. Andai diberi pilihan, saya mahu jadi Islam sejak dilahirkan dan memiliki sebuah keluarga Islam yang bersandarkan kepada kiblat yang satu. Tetapi tidak… Perbezaan kepercayaan akidah saya dan kedua ibu bapa memisahkan kami antara syurga dan neraka. Tak sanggup rasanya! Kalau boleh saya ingin bersama mereka bukan setakat di dunia tapi di akhirat sana..” Tersayat hati kami kala mendengar bait-bait luahan rasa Ustaz Ridhuan Tee Abdullah.



Prolog cerita yang disampaikan begitu terkesan dijiwa penonton hingga masing-masing dirundung sebak. Ada yang tidak mampu tahan lalu berlinangan air mata. Sepi memenuhi ruang Dewan Tun Perak seketika. Dalam sedikit sebak yang kelihatan di pancaran wajahnya, Ustaz Redhuan meneruskan kembali bicara. Menyentuh tentang dominasi barat yang mempengaruhi cara hidup mahasiswa dan mahasiswi hari ini. Biasanya, menjelang tahun baru Masihi, ramai anak muda yang membanjiri kota raya menantikan detik jam 12 tengah malam. Sejurus dentuman percikan bunga api saat menjelang malam tahun baru, apa yang berlaku?


Remaja-remaja Islam bagaikan hanyut dibuai pesta hiburan yang mengkhayalkan, pasangan ‘couple’ yang ditangkap di bilik-bilik hotel dalam perlakuan yang tidak senonoh dan botol-botol minuman keras yang bergelimpangan di kelab-kelab hiburan. Dan kebanyakan mereka adalah orang Islam! Dimana hala tuju umat Islam? Gah membudayakan sambutan yang asing dan bukan hak kita. Sedangkan Allah SWT telah menganugerahkan tahun Maal Hijrah itu khusus dan istimewanya untuk umat Islam. Mengapa harus mengagung-agungkan hak milik barat?


Mengulas lanjut, Ustaz Redhuan Tee turut membincangkan aspek akidah umat Islam. Budaya negatif seperti ‘punk’, dan homoseks yang kian menular dalam lingkungan persekitaran remaja kini sungguh mengaibkan. Mahu sahaja diterjah lucu ketika Ustaz berbasa-basi berkenaan soal ini. Analoginya, jika magnet yang memiliki cas di kedua-dua hujung kutub apabila didekatkan, pun akan saling menolak..inikan pula fitrah manusia. Namun malangnya, budaya yang bertentangan dengan agama menjadi gian ikutan remaja Islam dan motif isu tersebut masih menjadi seribu persoalan. Mengapa ianya terjadi? Sedangkan dari segi hukum-hakam agama begitu keras mengutuk perbuatan menyukai kaum sejenis.


“Kalau saya melihat akidah yang ditonjolkan oleh kebanyakan masyarakat melayu hari ini, tidak masuk Islam kot saya. Syukurlah, saya mengkaji Islam dan membandingkan dengan agama-agama lain. Disebabkan itu, pintu hati saya terbuka menerima hidayah Allah.”


Nah! Hebat kah seorang melayu yang dipanggil Islam? Atau Islam hanya sekadar berwariskan keturunan dan tertulis hanya pada nama tetapi tidak diterapkan dalam cara hidup itu sendiri. Apa mahu jadi ya, remaja Islam? “Berpakaian seksi? Takde salah.. Lagipun inikan hak individu masing-masing kan? …bla3..”


Wah! Pandai remaja Islam hari ini berkata-kata. Boleh tahan juga ya jawapan itu. Jika difikirkan semula. Erm..hak masing-masing?? Baiklah, kalau kita hendak berbicara soal hak satu sama lain, bagaimana pula dengan hak Allah SWT? Yang mana satu hak yang perlu diutamakan! Jelas dan lantang suara Ustaz Redhuan tatkala mengupas situasi ini. Sesekali terdengar keluhannya tentang sikap orang Melayu sendiri yang begitu banyak berkompromi dalam soal itu dan ini.


Begitu hebat penjajahan minda yang telah didominasikan oleh yahudi ke atas umat Muhammad. Ikutan trend barat yang kini mengaburi pandangan orang kita hinggakan segala-galanya mengutamakan gaya yang kononya ‘sophisticated’ mengikut budaya luar. Oleh sebab itu kebanyakan penganut agama Islam langsung tidak sensitif isu penaklukan Israel ke atas Palestin. Inikah yang dikatakan saudara seagama!


Mungkin salah satu caranya adalah dengan memboikot produk-produk keluaran Yahudi. Bagus juga tapi adakah mampu kita berbuat dari segi keseluruhan sedangkan produk Yahudi menguasai hampir sebahagian besar barangan dan teknologi hari ini. Misalnya, untuk memboikot perisian ‘Microsoft Window’ adalah mustahil bukan? Betapa besar pengaruhnya dalam kehidupan hari ini. Berbalik pada isu palestin, ternyata apa yang kita lihat begitu memilukan lebih-lebih lagi Gaza yang dikelilingi 11 negara-negara Arab sanggup menutup pintu sempadan untuk pelarian-pelarian Palestin menumpang dari kekejaman Israel.


“Apakah ini yang dinamakan saudara seagama!”


Acapkali Ustaz Redhuan Tee mengulangi baris ayat itu. Inilah akibatnya apabila pemikiran pemimpin-pemimpin yang telah dijajah oleh Israel. Sekadar memerhati dan terus memerhati…Begitu juga yang berlaku pada generasi hari ini. Di mana semangat jihad yang sepatutnya ditonjolkan? Apa kita lihat, golongan remaja bagaikan tiada arah tuju hidup dan lebih mengutamakan keseronokan hiburan 24 jam di saat saudara Islam kita di sana bergelutan nyawa antara hidup dan mati.


Begitu cepat masa hinggakan tidak menyedari sejam lebih telahpun berlalu. Mencari konklusi dunia baru yang perlu diterapkan dalam jiwa remaja dewasa kini. Jika dibuat perbandingan, ketiga-tiga bangsa senegara kita mempunyai sedikit persamaan kepercayaan nilai keagamaan. Apakah wajar bagi ketiga-tiga bangsa serumpun dimonopoli cara pemikiran dan budaya oleh barat yang begitu asing bagi nilai ketimuran kita? Namun..uniknya Islam kerana ajarannya adalah yang fleksibal dan terbaik. Misalnya, salah satu larangan dalam agama Buddha yang didedahkan adalah, ‘jangan tidur di atas katil yang besar dan luas’.


Maksud di sini agama Buddha melarang penganutnya bermewah-mewah dengan dunia kerana kemiskinan adalah lebih baik dan dapat mendekatkan diri dengan Tuhan. Hampir sama ajaran yang dibawa oleh Islam namun istimewanya agama Islam kerana tidak pernah melarang penganutnya mengumpul sebanyak manapun harta dunia asalkan tidak lupa tanggungjawab pada kaum fakir miskin (menunaikan zakat). Seperti mana Rasulullah telah bersabda, “Bekerjalah untuk duniamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan meninggal esok hati.” Lihat betapa Islam tidaklah terlalu liberal dan tidak juga terlalu rigid. Mengapa kita sebagai umat Islam tidak melihat keindahan agama kita sendiri? Dimana silapnya...


Jika melihat pada dakwah Rasulullah di Mekah ketika wahyu Al-Quran masih lagi belum sempurna, berapa ramai yang memeluk agama Islam? Logiknya, bagaimana wajar untuk berdakwah dalam keadaan ajaran agama yang masih lagi tidak lengkap pada ketika itu. Tetapi indahnya akhlak dan keperibadiaan Rasulullah persis Al-Quran, sepertimana kata-kata Saidina Aisyah telah menarik beberapa golongan Quraisy di Mekah menyembah Allah SWT, biarpun kala itu usaha dakwah dijalankan dalam situasi yang tegang dan secara sembunyi. Ambillah iktibar dari perjuangan Rasulullah.


Jika umat Islam masih lagi ditakuk jahil, bagaimana untuk umat-umat lain mengagumi penganut agama Islam? Lantas..bagaimana pula ajaran murni Islam itu hendak diserapkan dijwa penganut-penganut lain sedangkan umat Islam sendiri berkelakuan tidak senonoh. Sesungguhnya, setiap umat Islam perlu bertanggungjawab kerana membawa nama agama Islam itu sendiri. Inilah dunia baru yang perlu disemai dijiwa kita..


“Kita dijanjikan oleh Allah SWT di syurga kelak. Ambillah kesempatan ini. Beramallah sesungguhnya mengikut pendekatan amal makruf dan nahi mungkar sepertimana yang di ajar oleh Rasulullah..” Begitu kata-kata terakhir oleh Ustaz Redhuan Tee sebagai menitipkan semangat lembaran Tahun Baru Maal Hijrah ini khususnya buat mahasiswa-mahasiswi Astar. Semoga dari bingkisan coretan ceramah perdana tempoh hari memberi seribu satu motivasi buat semua remaja Islam untuk membuka dunia baru kalian. Wassalam..


Tinta Penulis

-Liyana Syazwani-

3 Responses
  1. Anonymous Says:

    syabas! artikel yg sgt menarik. teruskan berkaya. semoga ramai yg mendpt manfaatNya


  2. Anonymous Says:

    huhu... kak yana yang tulis...
    betul2...best artikel ni...
    nanti after ni boleh lah kak yana gantikan tempat saya plak yer huhuh...


  3. Anonymous Says:

    huhu..akak pun blajar dr cara hasyim menulis.. Moga kiter saling berkongsi n menyampaikan antara satu sama lain..


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers