Selamat Menghadapi Peperiksaan: Ma'a Taufik Wannajah




Sekitar SHAP 09


Alhamdulillah... dengan rahmat limpah kurnia ilahi, Balai Islam ASTAR berjaya menganjurkan Solat Hajat Ambang Peperiksaan & Tazkirah Perdana (SHAP 09) pada 29 Okt. 2009 bertempat di surau astar.

Penyertaan daripada seluruh warga astar sangat menggalakkan. Moga semuanya istiqamah untuk turun solat berjemaah di surau dan juga untuk mendengar tazkirah yang juga merupakan sebagai santapan rohani kepada diri kita sendiri.


SHAP 09 dimulakan dengan solat ma
ghrib kemudian diikuti pula tazkirah yang disampaikan oleh Suadara Zul Amirul. Pelbagai ilmu dan peringatan turut diselitkan di dalam tazkirahnya. Apa yang baik itu, kita ambil dan sebar2kan walau sepotong ayat.


Majlis kemudian disusuli pula oleh solat isyak dan solat hajat serta diakhiri dengan jamuan ringan. Walaupun ia serba ringkas, tetapi sebenarnya terdapat banyak hikmah dan ilmu2 yang berguna yang boleh diam
bil. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut.

Moga bersama peroleh kecemerlangan dunia dan akhirat...


Selamat Menghadapi Peperiksaan


daripada kami

BALAI ISLAM ASTAR



SHAP 09: Solat Hajat Ambang Peperiksaan

KISMIS datang lagi...


daripada Biro Pengisian dan Pengimarahan Balai Islam ASTAR
khas kepada anda sempena Musim Peperiksaan


...KISMIS 09...
Kuliah Ilmu Sepuluh Minit Insyallah Settle



Masa: Selepas maghrib
Tempat: Surau Astar


semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
...majlis ilmu umpama taman-taman syurga...

KPP 09: Sekalung Penghargaan juga Tahniah


Warga Kerja Kursus Pra Perkahwinan 09

Alhamdulillah, pada 24 dan 25 Oktober yang lepas, Balai Islam ASTAR 09/10 dengan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan (KPP 09). Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ia disertai hampir 150 orang peserta.

Pada malam 24hb itu juga, turut diadakan selingan program iaitu Ceramah Perdana KPP 09: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam, yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ridhwan Zakaria. Mengulas sedikit mengenai ceramah tersebut, pertamanya, pemilihan tajuk oleh pihak MT KPP 09 sebenarnya amat menarik dan bertepatan dengan objektif KPP itu sendiri. Ditambah pula dengan kupasan dan penyampaian yang baik dan menarik oleh penceramahnya, maka tidak hairanlah jumlah penonton daripada warga ASTAR sendiri agak memberangsangkan.

Lebih-lebih lagi apabila penceramah tidak kekeringan idea untuk menyelitkan ayat-ayat yang membuatkan para hadirin tersenyum mahupun ketawa. Sesi ceramah selama 50 minit dan sesi soal jawab selama 40 minit juga berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para hadirin untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada penceramah.

Umum mengetahui, pelbagai manfaat dan mungkin juga ilmu-ilmu bagi kita, yang boleh kita plikasikan, dan fikir2kan untuk masa akan datang, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan soal mencari pasangan hidup, yang untuk berkekalan hingga ke akhirnya.

KPP 09 yang berlangsung di Anjung Ilmu Astar , KK1 ini, telah melabuhkan tirainya pada jam 1.10 petang, dengan ucapan penutupan ringkas daripada Pengarah Program, Abdul Hadi. Dalam ucapannya, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai KPP 09 ini, segala kekurangan harap dapat dimaafi, mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan MT PP dan AJK serta pihak JAKIM sendiri yang membantu menjayakan KPP 09 ini.

Diakhirnya, secara keseluruhannya... KPP 09 yang berlangsung selama 2 hari ini, sebenarnya memberi pelbagai maklumat dan ilmu yang berguna sebagai syarat untuk mendirikan rumah tangga. Juga sebagai untuk memastikan syariat Islam terus terpelihara dan berkembang luas dalam pelbagai aspek. Ia bertepatan dengan tema KPP : Ilmu Ditimba Syariat Terpelihara...

Sekali lagi, jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami Barisan MT Balai Islam 09/10 kepada semua warga kerja KPP 09 yang telah pun menjayakan KPP 09 dengan lancar. Semoga semua memperoleh manfaat di dunia juga akhirat.

Sekitar KPP 09...
gambar oleh Hasyimie & Aniq Akhmal


terim kasih dan syukran jazilan


Ceramah Perdana oleh Ustaz Anuar Riduan


LK Fook- Penolong Pengarah Teknikal

Peserta-peserta KPP 09

Astarian...


Jamuan ringan selepas Ceramah Perdana

Post Mortem

Pendaftaran peserta KPP 09

Peserta KPP 09

Ceramah perdana: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam


Pengerusi Balai Islam dan Pengarah KPP 09
-terima kasih semua !!!-


persiapan menjelang Ceramah Perdana...

Menjelang KPP '09



semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke ceramah perdana...
bersama mengimarahkan majlis ilmu...

semoga semuanya berjalan dengan lancar.. Insyallah

A Dream of Muslimah


I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.


For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain.


I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.


Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much.


At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins.


I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first.


I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me.


‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.


I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.


‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.


‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.


‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..


‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.


‘I can be the guy,’ He said confidently.


There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because…


I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.


One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.

Ceramah Perdana: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam

CERAMAH PERDANA
sempena
KURSUS PRA PERKAHWINAN
BALAI ISLAM KOLEJ PERTAMA

semua dijemput hadir beramai-ramai
...majlis ilmu umpama taman-taman syurga...

Kenangan...








MAKA BENARLAH
KITA HANYA MAMPU MERANCANG...


Bencana Alam: Malapetaka atau Peringatan ???

Bencana alam, peringatan kepada manusia

PADA minggu lepas, dunia dikejutkan dengan beberapa peristiwa gempa bumi, tsunami dan taufan kencang di beberapa tempat berlainan di seluruh pelosok dunia yang berlaku hampir-hampir serentak.


Antaranya termasuklah gempa bumi di Padang, Indonesia dan beberapa kawasan di Pasifik Selatan (seperti Kepulauan Vanuatu dan Kepulauan Soloman), taufan kencang Ketsana dan Parma melanggar Filipina serta tsunami yang melanda Kepulauan Samoa.


Bagi negara jiran Indonesia, episod gempa di Padang hanyalah sebahagian daripada cerita-cerita musibah alam yang tidak pernah sunyi melanda negara paling banyak gunung berapi itu.


Dari peristiwa letupan Krakatau yang menggegar bumi Sumatera (bunyi letupan direkodkan hingga ke Timur Tengah) lebih satu abad lalu hinggalah selang beberapa tahun terkini yakni tsunami yang melanda Kepulauan Aceh.


Menariknya, ketika berlaku gempa bumi di Padang tempoh hari, negara kita yang sepatutnya terkeluar dari “kawasan merah” Lingkaran Api Pasifik ini turut merasai impaknya dengan beberapa tempat di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Putrajaya dilaporkan dapat merasakan gegaran kecil.


Lingkaran Api Pasifik atau “plat gempa Pasifik” adalah kawasan yang kaya dengan gunung berapi dan terkait dengan pelbagai kejadian gempa di mana sebenarnya Malaysia bukanlah sebahagian dari kawasan tersebut.


Ilmu manusia terlalu tipis


Dari kejadian-kejadian bencana luar biasa yang berturutan ini, saintis-saintis terkemuka serta-merta dituntut untuk melampirkan kefahaman ke seluruh jagat penduduk dunia. Malangnya, tidak ada yang mampu atau dapat memberikan sebarang kefahaman mutlak.


Seorang pakar geologi dunia memberi komentar bahawa adalah mustahil untuk mereka membuat kajian dan kesimpulan yang hampir tepat. Ini kerana, ia memerlukan rekod pola gempa bumi yang beratus tahun dan lengkap – tentunya tidak dipunyai oleh mana-mana manusia sekalipun.


Buat seketika jika kita merenung dan bermuhasabah diri, alangkah ceteknya ilmu kita berbanding Allah SWT! Benar sekali firman Allah di dalam al-Quran Karim yang antara lain bermaksud seandainya manusia dan jin bergabung dan cuba menembusi tujuh petala langit, tidak akan dapat menembusi walau satu lapis pun!


Ternyatalah keagungan Ilahi itu tiada taranya berbanding dengan ilmu manusia yang terbatas. Pengetahuan kita sendiri selama ini yang mana Malaysia sepatutnya selamat dari kesan gegaran gempa bumi, malahan kelihatan tidak boleh terpakai lagi.


Peringatan buat manusia


Sebagai orang Melayu yang dipasak oleh agama Allah, hendaknya kita jangan leka dan selalu-selalu berfikir dan mengambil peringatan daripada kejadian-kejadian alam ini.


Daripada segi saintifik, tentulah kita cuba mencari aspek rasional dan pemahamannya tentang apa yang menyebabkan peristiwa-peristiwa sebegini berlaku. Misalannya seperti penjelasan pergerakan plat tektonik dan lain-lain keterangan.


Namun dari aspek rohaniah, mungkinkah kita harus terfikir yang ia sebahagian daripada peringatan Allah juga buat kita yang kemungkinan terlalu leka dengan nikmat duniawi? Sesungguhnya terdapat 1,001 hikmah di sebalik kejadian dan takdir-Nya jika kita benar-benar mahu berfikir.


Peringatan Allah itu boleh juga berlaku jika kita sendiri melakukan kerosakan pada alam. Tentu ada yang masih ingat beberapa kejadian tanah runtuh di ibu negara seperti Bukit Antarabangsa tidak lama dahulu? Dan ia berlaku gara-gara ketamakan, kerakusan dan sikap ambil mudah manusia terhadap alam.


Demikian pula apabila kita leka tanpa “berjiwa Islam” dan mendambakan sifat-sifat mazmumah seperti rasuah, tidak mengamalkan ibadah dan mentauhidkan-Nya serta pengamalan zina dalam masyarakat. Tanpa perlu ada undangan, akan sampailah “pengajaran halus” dari Yang Maha Esa!


Justeru, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri dan menjadi hambanya yang lebih baik dan bertakwa.


Dalam masa sama, kita jangan lupa tanggungjawab membantu sesama saudara seagama dan sebangsa kita di Padang. Di sebalik segelintir orang kita yang sedikit ‘terluka’ dengan isu tarian Pendet yang dimainkan oleh media Indonesia, jangan kita abaikan nasib sebahagian saudara di Indonesia yang tidak bersetuju dengan tindakan kurang ajar sejumlah kecil rakan-rakan mereka yang mudah dipermainkan sentimen akhbar yang mungkin ada kepentingan dan muslihat tertentu.


Janganlah hendaknya kita dipermainkan rentak “musuh dalam selimut” yang tidak pernah mahu melihat umat Islam bersatu padu dan kembali kepada ajaran-Nya yang mutlak dan hakiki.


FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan

Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

KPP 09: Suatu Pengenalan

Satu lagi Projek Balai Islam sesi 09/10 -

KURSUS PRA PERKAHWINAN (KPP 09)
"ilmu ditimba, syariat terpelihara"
24 & 25 Oktober 2009

Program:
Kursus Perkahwinan
dengan kerjasama JAKIM
24 & 24 Oktober 2009

Ceramah Perdana
oleh: Ustaz Anuar Ridhwan Zakaria
tajuk: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam
tarikh: 24 Oktober 2009 (Sabtu)
masa: 9.00 malam
tempat: Dewan Tun Perak, Kolej Pertama

Pengarah: Abdul Hadi Bin Sharifudin
(Tahun 1, Fakulti Perubatan)



Daripada kami, barisan kepimpinan Balai Islam mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh organisasi KPP 09 yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneruskan gerak kerja KPP 09. Dengan mengambil pelajar Tahun 1 sebagai Pengarah untuk projek yang boleh dikatakan buat julung kali dianjurkan ini, diharapkan mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam berorganisasi terutamanya. Selamat maju jaya, ikhlaskan niat kerana Allah. Insyallah...

Hebahan Program Pengisian

QIAMULAIL
Tarikh: 17 Okt. 2009 (Sabtu)
Masa: 4.00 pagi (di surau)


PROGRAM DHUHA
*bacaan ma'surat
*solat dhuha
*tazkirah


Tarikh: 17 Okt. 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi (di surau)


semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Balai Islam@Raya Rumah En Mat

Sebentar tadi, Ahad, sekitar jam 9.oo malam, kami daripada warga Balai Islam telah berkunjung berhari raya ke rumah En Mat iaitu selaku Penyelia Penasihat Balai Islam... terima kasih daripada kami Balai Islam, kepada En Mat sekeluarga yang menyambut kunjungan kami dengan hidangan2 yang enak2 belaka... Moga hubungan baik antara kita, sesama muslim khususnya, akan terus bertambah baik dan berkekalan...


tgk tv, mcm tgh dgr tazkirah jer...



wah... best2...

hihi... dah besar pun dapat duit raya :)


terima kasih En Mat n Family... nanti kami dtg lagi :)






Jamuan Hari Raya Balai Islam : Jalinan Ukhwah Bersulam Mahabbah



Jam 9 pagi, tanggal 21 Syawal 1430 H, bersamaan 10 Okt. 2009, Alhamdulilllah... Balai Islam ASTAR telah mengadakan Jamuan Hari Raya Balai Islam 09/10 bertempat di Padang Tasik Varsiti, UM.

Dengan kehadiran tetamu2 jemputan serta ahli Balai Islam sendiri, jamuan tersebut berlangsung dengan meriah dan lancar. Terdapat juga pengisian tazkirah daripada Saudara Zul dan beberapa game yang melibatkan semuanya.


Dalam ucapannya Pengerusi Balai Islam ASTAR iaitu Saudara Suhail Anwar, tidak lain dan tidak bukan ia pastinya menyentuh mengenai ukhwah. Apabila berbicara mengenai ukhwah, terdapat pelbagai cara untuk memastikan ukhwah yang terjalin terus tersimpul rapi dan utuh. Lebih lebih lagi dalam pada kita berorganisasi, persafahaman, sikap bertolak ansur dan kasih sayang (mahabbah) memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang pastinya, tanpa jalinan silaturrahim dan ikatan ukhwah, mustahil untuk mencapainya.


Sekitar jam 12 t/hari, majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua yang hadir. Daripada kami barisan MT, sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua PP TPP AJK dan sahabat2 yang sudi hadir ke jamuan tersebut. Segala kekurangan harap dimaafi. Salam ukhwah fillah abadan abada (selamanya)...


syukran jazilan daripada kami - Suhail & Hasyim


gigih meniup belon :)


cak !!!


kuntuman ukhwah mekar selamanya...

ehm... so delicious

jemput makan.. sila2, tambah apa yg patut...

tazkirah drpd Ustaz Zul

smile...


no komen

Syahir kene buli... hahah..

merah menyala si bunga raya...sebagaimana semaraknya ukhwah antara kita

yeah... dpt hamper... nak jugak....

pilih la yg mana2 :)

one more... smile... ok dah...


terima kasih semua...

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers