KPP 09: Sekalung Penghargaan juga Tahniah


Warga Kerja Kursus Pra Perkahwinan 09

Alhamdulillah, pada 24 dan 25 Oktober yang lepas, Balai Islam ASTAR 09/10 dengan kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan (KPP 09). Kursus tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ia disertai hampir 150 orang peserta.

Pada malam 24hb itu juga, turut diadakan selingan program iaitu Ceramah Perdana KPP 09: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam, yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ridhwan Zakaria. Mengulas sedikit mengenai ceramah tersebut, pertamanya, pemilihan tajuk oleh pihak MT KPP 09 sebenarnya amat menarik dan bertepatan dengan objektif KPP itu sendiri. Ditambah pula dengan kupasan dan penyampaian yang baik dan menarik oleh penceramahnya, maka tidak hairanlah jumlah penonton daripada warga ASTAR sendiri agak memberangsangkan.

Lebih-lebih lagi apabila penceramah tidak kekeringan idea untuk menyelitkan ayat-ayat yang membuatkan para hadirin tersenyum mahupun ketawa. Sesi ceramah selama 50 minit dan sesi soal jawab selama 40 minit juga berjaya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para hadirin untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada penceramah.

Umum mengetahui, pelbagai manfaat dan mungkin juga ilmu-ilmu bagi kita, yang boleh kita plikasikan, dan fikir2kan untuk masa akan datang, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan soal mencari pasangan hidup, yang untuk berkekalan hingga ke akhirnya.

KPP 09 yang berlangsung di Anjung Ilmu Astar , KK1 ini, telah melabuhkan tirainya pada jam 1.10 petang, dengan ucapan penutupan ringkas daripada Pengarah Program, Abdul Hadi. Dalam ucapannya, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai KPP 09 ini, segala kekurangan harap dapat dimaafi, mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan MT PP dan AJK serta pihak JAKIM sendiri yang membantu menjayakan KPP 09 ini.

Diakhirnya, secara keseluruhannya... KPP 09 yang berlangsung selama 2 hari ini, sebenarnya memberi pelbagai maklumat dan ilmu yang berguna sebagai syarat untuk mendirikan rumah tangga. Juga sebagai untuk memastikan syariat Islam terus terpelihara dan berkembang luas dalam pelbagai aspek. Ia bertepatan dengan tema KPP : Ilmu Ditimba Syariat Terpelihara...

Sekali lagi, jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami Barisan MT Balai Islam 09/10 kepada semua warga kerja KPP 09 yang telah pun menjayakan KPP 09 dengan lancar. Semoga semua memperoleh manfaat di dunia juga akhirat.

Sekitar KPP 09...
gambar oleh Hasyimie & Aniq Akhmal


terim kasih dan syukran jazilan


Ceramah Perdana oleh Ustaz Anuar Riduan


LK Fook- Penolong Pengarah Teknikal

Peserta-peserta KPP 09

Astarian...


Jamuan ringan selepas Ceramah Perdana

Post Mortem

Pendaftaran peserta KPP 09

Peserta KPP 09

Ceramah perdana: Manisnya Perkahwinan Disulami Islam


Pengerusi Balai Islam dan Pengarah KPP 09
-terima kasih semua !!!-


persiapan menjelang Ceramah Perdana...

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers