Blog Sebagai Medium Dakwah

Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat. Ia akan memberikan ulasan atau berita mengenai pelbagai topik umpamanya berkaitan makanan, politik, isu semasa, berita tempatan, promosi produk, promosi program, fotografi, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Pendek katanya, fungsi blog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut.

Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenlai sebagai blogger.

Ramai yang telah menyedari blog adalah satu media perhubungan yang berpengaruh dan menjadi alat penyebaran maklumat yang tidak mudah disekat ketika ini.

Laman blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang tanpa ada batasan. Kini laman blog menjadi medan penulisan ramai rakyat Malaysia untuk pelbagai tujuan seperti yang telah dinyatakan.

Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri utama kebanyakan blog dan merupakan kaedah berinteraksi secara mudah antara blogger dengan pembaca.

Penceramah bebas, Aasmadi Abdul Rahman berkata, sungguhpun terdapat pandangan yang mengatakan bahawa laman blog adalah medan untuk menabur fitnah, namun kita tidak boleh menyalahkan blog, yang salah adalah penulis blog tersebut, kerana menyalahgunakannnya.

Jika dilihat dalam perspektif sudut pandangan Islam pula, terutamanya apabila memegang amanah kita adalah dai'e, Menurutnya, kewujudan blog jika dilihat daripada sudut yang positif merupakan rahmat kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah.

Firman Allah yang bermaksud: “dan hendaklah ada di antara kamu menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” Al Imran:104

Dengan kewujudan blog, ia menjadi satu alternatif kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan. Ini yang dikatakan sebagai rahmat kepada umat Islam.

Jika melihat kepada sejarah perkembangan dakwah Islam, kita akan dapati terdapat kaedah yang berbeza mengikut keadaan.

Di peringkat awal kemunculan Islam, Rasulullah menggunakan kaedah dakwah secara rahsia. Apabila umat Islam sudah mempunyai kekuatan, maka dakwah dilakukan secara terangan.

Sebaliknya zaman ini, walaupun Islam telah dikenali, tetapi masih ramai yang tidak memahami secara tepat. Justeru, menggunakan blog sebagai usaha untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Sewajarnya pencinta-pencinta Islam khususnya dalam kalangan ahli akademik atau golongan yang dikenali sebagai ulama, belajar untuk memanfaatkan penggunaan blog ini bagi mengembangkan Islam atau pun menyampaikan kefahaman sebenar tentang keindahan Islam.

Tuntutan menggunakan kaedah penulisan dalam berdakwah berdasarkan firman Allah yang bermaksud, “ demi pena dan apa yang mereka tulis” Al-Qalam:1, Allah bersumpah dengan penciptaan pena lalu, diperintahkan untuk menulis hingga hari kiamat.

Walaupun blog tidak perlu kepada penggunaan pena, tetapi ia tetap berasaskan kepada konsep penulisan. Justeru, penulisan blog juga tidak salah jika dikatakan sebagai salah satu medium penyebaran dakwah di zaman yang serba moden ini.

Apa yang perlu dipastikan ketika menggunakan blog adalah menjaga etika penulisan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang tidak dipastikan kesahihannya. Selagi isu tersebut disokong oleh hujah Al Quran, sunnah mahupun pendapat ulama, maka tidak salah para pendakwah atau penulis blog mengutarakan pandangan mereka melalui blog.

Dengan niat yang betul ketika menggunakan blog untuk melakukan dakwah tentang kesucian Islam pasti kita akan dapat mengecapi keberkatan di dalam kehidupan harian. Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan, pasti dilihat oleh Allah walaupun hanya sebesar zarah.

3 Responses
  1. MomTom Says:

    blog sememangnya adalah medium yang sangat menarik untuk berdakwah
    begitu juga penggunaan laman web sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter...
    Jika pada suatu hari nanti, di kalangan kita mampu untuk memegang teraju media arus perdana, diharapkan dapat menggunakan media tersebut untuk top up pahala


  2. HasYimie.. Says:

    betul2... blog dan media yang seumpama ini sememangnya mampu menarik minat masyarakat terutamanya remaja lebih2 lagi di zaman IT ni...

    begitu juga dgn radio n televisyen... tetapi malangnya, 2 media utama tersebut pada hari ini dilihat lebih cenderung untuk menyemarakkan budaya hedonisme yakni hiburan2 yang melampau atau kata lainnya terlalu berlebih2an dlm bab hiburan berbanding dgn penerapan ilmu... jika ada pun hanyalah sedikit shj jika hndk dibandingkan dgn program hiburan...

    jadi... nantikan artikel seterusnya... budaya ilmu vs budaya hiburan... tahniah hiburan, anda juaranya !!!



    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers