Meriahnya Pertandingan Bubur Asyura

Pada 30 Jan. 2010, kami Balai Islam ASTAR telah menyertai Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 sempena Fiesta Hari Terbuka KK12. Seramai 14 pasukan daripada seluruh UM menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut berlangsung dengan suasana yang meriah lebih-lebih lagi ia bertemakan Bubur Asyura: 1Malaysia, yang secara tidak langsung mampu mengeratkan silaturahim antara warga UM amnya.

Tahniah kepada Kolej 10 yang menjadi juara. Insyallah tahun depan kita sertai lagi dengan resepi-resepi tersendiri. Moga-moga ia menjadi kenangan bersama, maklumlah... pertama kali memasak bubur asyura 1Malaysia :)

Terima kasih atas kunjungan yang tidak disangka2 oleh En Mat - Penyelia kami :) TQ

Disebalik tabir - sedang menghasilkan secret resepi...

Resepi 1Malaysia - terbaik dari ladang... hoho

Hadi - vokalis nasyid KK1, diberikan peluang untuk menyanyikan sebuah lagu
sebagai menghiburkan para peserta... :)

Inilah hasilnya.
Bubur Asyura Pertama Selamanya... Enak dimakan begitu sahaja
Terima kasih kepada semua yang terlibat

RUKHFIS '10 - KLCC :: Ukhwah Fillah Selamanya


Assalamualaikum...

Pada 17 Jan 2010 yang lepas, Balai Islam Astar telah menganjurkan Hari Interaksi - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya atau lebih dikenali sebagai RUKHFIS. Ia bertambah meriah apabila turut juga disertai oleh senior-senior yang merangkap fasilitator bagi program tersebut.


RUKHFIS pada kali ini bertambah menarik apabila ia diadakan dalam bentuk explorace bermula daripada UM, checkpoint di Stesen U. dan Pasar Seni, kemudiannya menuju ke KLCC. Pastinya, ia explorace yang mencabar dan menyeronokkan lebih-lebih lagi ia diadakan di sekitar pusat belih belah terkemuka negara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh yang telah menjayakan RUKHFIS '10 - KLCC. Semoga ukhwah akan terus terjalin. Ukhwah Fillah Selamanya...M_H

Jangan Jadi Seperti Lilin

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR

Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.

JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR

Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

Sumber: Saifulislam.com

Peristiwa Subuh - Raihan

PERISTIWA SUBUH - RAIHAN
********************************

Tabuh Berbunyi Gemparkan Alam Sunyi
Berkumandang Suara Azan
Mendayu Memecah Sepi
Selang Seli Sahutan Ayam

Tetapi Insan Kalau Pun Ada Hanya
Mata Yang Celik Dipejam Lagi
Hatinya Penuh Benci
Berdengkurlah Kembali
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Suara Insan Di Alam Mimpi

Ayuh Bangunlah
Tunaikan Perintah Allah
Sujud Mengharap KeampunanNya
Bersyukurlah Bangkitlah Segera
Moga Mendapat KeredhaanNya
Begitulah Peristiwa Di Subuh Hari
Setiap Pagi Setiap Hari

*********
DOWNLOAD

Jadilah seperti kunang-kunang

Balai Islam Sem2 0910 .::. Post mortem HIJRAH


Alhamdulillah... pada 12 Jan 2010, Balai Islam ASTAR (BI) telah mengadakan mesyuarat perancangan Sem 2 sesi 09/10 BI ASTAR. Mesyuarat yang dihadiri oleh barisan Majlis Tertinggi tersebut berjalan dengan lancar. Semoga BI untuk sem ini akan terus cemerlang menjalankan program-program berunsur ilmiah di samping menerapkan nilai-nilai Islam.



Wajah-wajah...

makan-makan selepas meeting...

pembentangan belanjawan... antara yang ditunggu-tunggu ;)

Laporan oleh Biro Pengisian, biro yang paling penting dalam BI



Pada 13 Jan pula, post mortem Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH 10) pula mengambil alih, mesyuarat post mortem yang diadakan hanya selepas 3 hari program berlangsung, berjalan dengan lancar. Berdasarkan pengamatan, pembentangan laporan daripada setiap biro juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun yang sebelumnya. Moga terus maju jaya untuk masa akan datang.

Terima Kasih kepada semua yang menjayakan HIJRAH 10 - Pengarah

Sebahagian daripada warga kerja HIJRAH 10

Belajar daripada kesalahan sendiri...
mengapa tidak kita belajar daripada kesalahan orang lain ???
M_H

Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam Astar

Alhamdulillah... sebentar tadi 11 Jan 2010, jam 10 malam, bertempat di Pegeon Hall, Balai Islam Astar mengadakan Sambutan Hari Lahir warga Balai Islam Astar yang lahir pada bulan 12 & 1 dan sekitarnya...

Dimulakan dengan
Izyan - TPP Pengisian, 18 Dis. / Awang - PP Pengisian, 26 Dis. / Seterusnya Azhari - PP Dana, 12 Jan./ Ain- AJK Pengisian, 16 Jan./ Syukri -AJK Domestik, 20 Jan./ dan K Wan - AJK Pengisian, 28 Jan. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas, diikuti dengan bacaan doa dan... makan...!

ha... sila2 tambah ape yang patut... nyum2....

opss... sory Asyraf... hehe... mkn... jgn tak mkn...


ape jua situasi, kalau bergambar mesti tunjuk 'peace' tak caye? tgk gmbr ni... ;)

K Wan kata... ape korang pandang2...? meh la kalu nak.. heheh, ade lagi sikit...

Birthday boy... Azhari (12 Jan) - paling kanan, tapi yg tgh tu plak yg over... hahah

hoho...setelah bertungkus lumus... inilah dia... terbaik dr ladang secret resepi...

Happy Birthday... from... Balai Islam ASTAR
puas mencari.. akhirnya jumpe juga kek... yg diimport khas dr PJ...

khusyuk mendengar Hasyim berceloteh...

Hadi yg obses dgn makanan, lebih2 lagi ia adalah Domino Pizza !!!


Terima Kasih kepada semua yang hadir...
nantikan yang seterusnya... ;)


.:: UKHWAH FILLAH SELAMANYA ::.

Simposium Maal Hijrah 1431... Melabuh Tirai

Alhamdulillah...Simposium Maal Hijrah 1431, yang berlangsung 8-10 Januari yang lepas telah pun melabuhkan tirainya. Sepanjang program tersebut berlangsung juga, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Moga bersama memperoleh manfaat. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Simposium Maal Hijrah 1431. Moga bertemu lagi... Insyallah....
Bertandang ceria ke Hijrah Cinta
Puisi Hijrah menggamit memori
Forum Perdana menjana minda
Moga pertemuan, tersemat di hati


Jualan dan Pameran Buku Telaga Biru...

Pameran Simposium Maal Hijrah 1431

Selepas menjayakan Pertandingan Puisi Hijrah... tahniah kepada pemenang

Disebalik tabir... pengurus buku-buku Telaga Biru ;)

Kenangan bersama Ustaz Hasrizal selepas menjayakan Hijrah Cinta


Persembahan Ukhwah Astar ketika Perasmian Penutup


Hijrah Cinta bersama Ustaz Hasrizal- Saifulislam.com


Forum Perdana - Wawasan Hijrah: Merintis Perubahan

mengimarahkan taman-taman syurga

Persiapan... terima kasih untuk set pentas yang menarik... ;)

TERIMA KASIH kepada semua warga kerja HIJRAH 10 drpd saya
Mohd Hasyim Bin Harun

moga Allah membalas jasa baik kalian...

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail

    Followers