SHAP 08...Berlangsung Dengan Jayanya

Bismillah...

Alhamdulillah...tatkala malaikat Izrail menjenguk kita sebanyak 70 kali setiap hari...kita masih diberi kesempatan untuk menulis dan membaca coretan ringkas ini...

Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 08) telah berlangsung sebentar tadi dengan jayanya...melihat kepada jumlah jemaah yang hadir baik muslimin mahu pun muslimat, serta pengisian tazkirah maghrib yg mantap dan menarik....saya kira...SHAP 08, boleh dikategorikan sebagai berjaya...namun...apabila melihat drpd perspektif lain...itu di luar jangkaan dan pengetahuan saya....apa pun tahniah diucapkan kepada semua pihak yg telah menjayakan SHAP 08...

Seperti biasa, sedikit ulasan drpd biro publisiti...ala2 wartawan la katekan... majlis bermula dengan solat maghrib pada jam 6.59...kemudian diikuti oleh tazkirah maghrib...solat isyak...salat hajat dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan...tapi sebenarnya berat jugak hehehe

Kuliah maghrib disampaikan oleh Ustaz Ismail yg diimport khas dari KK12... kuliah bermula pada jam 7.36 dan berakhir pada jam 8.12 mlm...merujuk kepada buku Bimbingan Al Mukmin... beliau seperti biasa mengucapkan tahniah dan syukur kepada Allah kerana kita antara yg terpilih untuk berada di dalam majlis ilmu yg diibaratkan umpama taman2 syurga...beliau juga mengingatkan mengenai ganjaran orang yang solat berjemaah...

tazkirahnya banyak menyentuh mengenai ilmu pengetahuan...dan apabila berbicara mengenai ilmu, kita tidak dapat lari daripada berbicara mengenai tanggunggjawab....tanggungjawab kita sebagai muslim...untuk menuntut ilmu...kerana menuntut ilmu merupakan perintah AllaH...dan apabila kita berilmu...kita mesti menyampaikannya kepada orang lain...sebagaimana sabda nabi SAW...sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat...

beliau seterusnya...memetik sepotong hadis yg mana kandungan hadis tersebut mengatakan bahawa...barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu...maka Allah akan mudahkan jalan menuju ke syurga Allah yg kekal...Beliau juga mengingatkan...adat menuntut ilmu...ialah rajin bertanya...dengan bertanya kita akan tahu...kalau tak tanye...???? ehm...jwb sendiri

ilmu juga mesti digunakan untuk mentadbir dunia...untuk membetulkan yg batil...bukannya untuk duit semata2...di ambang peperiksaan ini juga...kita diingatkan bhw menuntut ilmu bukan kerana peperiksaan...tetapi kerana Allah...kerana ingin mendapatkan ilmu...agar menjadi pedoman dan petunjuk ke jalan yg benar...

dalam hadis yang lain turut mengatakan bahawa menuntut ilmu itu wajib bagi orang muslim...dan ingatlah bhw keluar menuntut ilmu..mempelajari satu bab... lebih baik drpd solat 1000 rakaat...

di samping jenaka yg diselitkan...Ustaz Ismail juga turut mengatakan bahawa hati umpama pesakit...pesakit...jika tidak diberikan ubat...tidak bermaya...dan jika Allah ingin mematikannya, maka ia akan mati.... begitu jugalah dengan hati...apabila tidak diberikan ubat...tidak diberikan santapan rohani...hati kita akan gelap dan mati...dan antara tanda2 mati hati ialah tidak rasa bersalah melakukan kesalahan...

Seterusnya...diteruskan dgn solat isyak dan diikuti dgn solat hajat...sedikit maklum balas... diharap pihak pengisian dapat memaklumkan kpd jemaah flow majlis kpd jemaah dengan lebih jelas kerana terutamanya ketika selepas solat isyak...imam terus solat hajat...ada antara jemaah yg tertanye2 dan ada yg lagi tak seronok di dgr...kpd jemaah yg lambat solat isyak...tidak dpt takbir pertama bersama2 dgn imam...mereka tidak dpt untuk solat hajat bersama2... namun sebagai peringatan solat hajat pun boleh dilakukan sendirian ...dan mungkin lebih khusyuk...hehehe...ye ke?

majlis diakhiri dengan jamuan...mee goreng yang agak pedas hehehe...dan fresh oren...eh salah...dan air sirap selasih...semua jemaah makan dengan selera...dan begitu bergaya heheheh

ape pun...tahniah diucapkan kepada semua yg menjayakan... dan berpegang kepada moga hari ini lebih baik drpd semalam...moga Balai Islam ASTAR akan terus mantap pada masa akan datang...di kesempatan ini juga...diucapkan...Selamat Berjuang..moga berjaya dalam peperiksaan...berjaya di dunia...mumtaz di akhirat sana...


*p/s: suka sebab tgk ramai kwn2 yg dtg...

Sampaikan salam pada semua
Sebarkan Islam pada dunia

Coretan Tinta,
HasYimie..

SHAP '08

Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 08)

Solat Hajat Ambang Peperiksaan
*SHAP 08*


* 30 Oktober 08 * Khamis *
* solat hajat * tazkirah maghrib *
*all are welcome * jamuan ringan disediakan *

...bersamalah kita memohon
keampunan dan keredhaan Allah...

...Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya...

Berdoalah kepadaKu...nescaya akan Aku perkenankan




Mengapa Aku Di Sini..?

Salam ukhwah untuk semua..
Izinkan aku mulakan bicara..
Sebagai tatapan kita bersama..

Hari ini...
Di hening pagi yang dingin..
Aku bangkit seperti yang lain..
Bersedia untuk agenda harian..
Menghirup segar kenikmatan Tuhan..
Sehari lagi usia dipanjangkan..
Cukupkah rasa syukurku dilafazkan?
Kadangkala aku hairan..

Mengapa aku di sini ?
Mengembara di bumi Allah..
Dari Asia ke Selatan Hemisfera..
Mengikut urutan duniawi..
Ke sana ke mari memburu ilmu..
Mencari apa yang dicari..

Jika tidak di sini…
Di mana aku ?
Menjadi Sang Camarkah aku?
Beterbangan riang mencari rezeki..
Untuk suapan si anak isteri..
Ikan dilautkah aku?
Berzikir sentiasa mengingati Ilahi..

Namun aku tetap di sini…
Merangkap khalifah di bumi nyata..
Tertunaikah amanahku?
Redhakah Allah padaku?
Apa ikhtiarku?
Nerakakah?..Syurgakah?
Mampukah aku mengubah nasibku?

Ya Allah Tuhanku Yang Maha Esa..
Beribu soalan didasarkan hikmah..
Kupanjatkan segala kesyukuran..

Berdirinya aku di sini..
Atas nama keislaman..
Dengan wadah yang mulia..
Menjadi pemantau kepada semua..
Amal maaruf nahi munkar..
Kebaikan di dunia..kebaikan diakhirat..
Segala pujian untuk-Mu Tuhan..
Atas segala Rahmat dan Rahim – Mu..

Ditakdirkan aku di sini..
Bukan sekadar mainan sahaja..
Bukan setakat pelajar yang buta..
Belajar tanpa aplikasinya..

Aku di sini..
Sebagai pelajar yang menimba ilmu..
Sebagai pelajar Melayu..
Sebagai pelajar Islam..
Selantang mana aku berjuang menegakkan hak..
Mempertahankan maruah bangsa dan keadilan..

Selantang itulah..
Aku mempertaruhkan jiwa..
Demi memartabatkan agama..

Tuhanku..
Semangat berkobar dengan api perjuangan..
Namun dengan izin-Mu Rabbi..
Hakikat diri tetap kukoreksi..

Ditakdirkan aku di sini…
Tetap sebagai hamba-Mu..
Yang lemah, dhaif, tiada kuasa..
Beramal demi keredhaan-Mu..
Bukakanlah Ya Allah hatiku ini..
Agar sentiasa sedar diri..
Apalah yang ada padaku..?
Jika tiada rahmatMu…

CORETAN HATI MUJAHID SUFI 2...


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh..

Mana Kawan-kawan Kita Yang lain ???

Assalamualaikum....

alhamdulillah...jemari ini masih diberi kudart untuk terus bermain2 di keyboard yg dipenuhi dgn pelbagai jenis aksara....

di kesibukan ini, sy mengambil sedikit masa untuk terus menulis atas kesedaran sebagai seorg rakan kepada rakan2 yg lain...yg perlu sentiasa diingatkan...agar tidak terus lalai....

alhamdulillah, sy diberi kesempatan dan menjadi antara yg dipilih oleh Allah untuk menghadiri kuliah maghrib sebentar tadi...disampaikan oleh saudara Zul...berkisar mengenai takwa dan memakan masa selama 43 minit...

melihat kepada jumlah yg hadir...terdetik di hati saya....mana kwn2 yg lain ? mengapa mereka tidak bersama kita ? berada di dalam taman2 syurga... sewaktu di sekolah dulu...ustaz saya selalu mengingatkan bhw, majlis ilmu itu umpama taman2 syurga...dipayungi oleh malaikat...dan sentiasa mendapat rahmat...

memang diakui ramai yg balik rumah...cuti panjang katekan...tapi...yang tak balik rumah...yang ada di kolej ? mana perginya mereka ? tatkala ustaz zul membicarakan tentang maksud takwa...terdetik lagi d hati ini...mungkinkah salah kita, kerana tidak mengajak mereka....untuk turun ke surau bersama2 solat berjemaah dan mendengar tazkirah...? lantas ketika itu juga...aku segera menaip msg...memaklumkan kpd beberapa org shbtku mengenai kuliah tersebut... tambahan lagi apabila ustaz zul mengatakn...tatkala sebelah kaki kita sudah melangkh masuk ke syurga....tidak mustahil kiranya ada d antara saudara kita yg menarik kaki tersebut...menghalang kita daripada memasuki syurga...kenapa ???

kerana kita mementingkan diri sendiri ? hai shbt...kenapa kau tak ajak aku ke surau bersama2? mengapa kau tak ajak aku ke kuliah2, dn majlis ilmu ? mengapa kau tidak menghalangku drpd melakukan perkr mungkar ? mengapa...? dan pada ketika itu...sudah terlambat utk kita sedar...

kadang2, sy kesian tgk kwn2 yg berpeleseran tidak tentu arah...solatnye ntah ke mana, dgn pergaulannya, percakapannya, pakaiannya....sekurangnya.... saya bersyukur...masih dikurniakan shbt, abg dn kakak yg byk membantu membetulkan diri ini...yg byk memberi semangt...

dan berpegang kpd...sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat...molek lah kiranya apa yg kita dpt drpd kuliah mgrb atau apa2 majlis ilmu yg lain kita sampaikan kpd rkn2 yg tidak berkesempatan untuk mengahadiri majlis ilmu tersebut...moga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah...Eminnnn...

*minta perbetulkan sekiranya terdapat kesilapan...

sampaikan salam pada semua
sebarkan islam pada dunia

coretan tinta,
hasyimie...

4 Perkara Sebelum Tidur...

4 Perkara Sebelum Tidur
( Tafsir Haqqi )


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :


Sebelum khatam Al Qur'an,
Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
Sebelum para muslim meredhai kamu,
Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut?"


Rasul tersenyum dan bersabda: "Jika engkau hendak tidur bacalah:
Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

KITA KAWAN BAIK KAN ???


Berbicara mengenai kawan baik…
sebenarnya


Bukan senang nak cari kawan yang baik
Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik
Untuk jadi kawan yang baik kita mesti
bersangka baik kepada kawan baik kita
Kita mestilah sanggup mengutamakan kawan baik kita
Kawan yang baik tak pernah mengumpat
di belakang kawan yang baik
Kawan yg baik tak pernah cemburu
dengan kejayaan kawan baiknya


Sebaliknya kawan yang baiklah yg paling banyak
membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan
Kawan yg baik tak pernah mempengaruhi
kawan baiknya untuk membuat perkara
yang buruk dan sia-sia


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati
kawan baiknya untuk membuat kebaikan
Kawan yang baik juga ialah orang yang pertama yang
akan dicari apabila tiba masa sedih dan gembira
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa
Kawan yang baik tak pernah memaksa
kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik


Kawan yang baik tak pernah cemburu jika
kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik
kerana kawan baik tahu apa yang
paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yg baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagian
kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya.


Kita adalah kawan yg baik jika kita faham bahawa
kawan baik kita bukanlah seorang yg sempurna.
Kita adalah kawan baik jika kita menjadi
kawan yg baik kepada kawan baik kita.
Kita bukan lah kawan yg baik jika kita
tak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yg baik akan sentiasa
menghargai kawan baiknya .


Kita bukanlah kawan yg baik jika kita x memberitahu
perkara yg baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yg baik akan selalu menyampaikan
perkara yg baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan yg baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi
seorang kawan yg baik…kepada kawan baik kita


Kita kawan baik kan ? ehm…ye ke?


ditujukan khas kepada:
seseorang daripada seseorang


Aktiviti Pengisian Surau 08/09

AGM KURJAS '08

Annual General Meeting of KURJAS '08
Kursus Jenazah & Amali Sembelihan


"Ilmu Suatu Keperluan, Kematian Suatu Kepastian"

Tarikh: 22 Oktober 2008
Hari: Rabu
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Blok A
Pakaian: Baju Melayu/Baju Kurung

*SILA HADIR TEPAT PADA MASANYA, SEBARANG KELEWATAN AMAT DIKESALI
...TERIMA KASIH...

Analisis Kehadiran RUKHFIS '08

Jumlah warga Balai Islam = 45 orang
Iaitu terdiri daripada MT = 4 orang
PP & TPP = 10 orang
AJK = 31 orang


Jumlah kehadiran = 29 orang
Tidak hadir = 16 orang
Peratus kehadiran = 64.44%
Peratus yang tidak hadir = 35.56%


Pecahan kehadiran


Kehadiran MT, PP & TPP = 11 orang
Jumlah MT, PP & TPP = 14 orang
Peratus kehadiran = 79%


Kehadiran AJK = 18 orang
Jumlah AJK = 31 orang
Peratus kehadiran = 58%


Kehadiran mengikut biro


Biro Publisiti = 3 orang
Biro Dana = 4 orang
Biro Pengurusan Surau = 5 orang
Biro Pengisian = 6 orang
Biro Domestik = 7 orang
MT = 4 orang
Jumlah = 29 orang


Jemputan khas = 8 orang


Jumlah keseluruhan yang menghadiri RUKHFIS

= 37 orang


Apa yang kita lihat melalui keseluruhan analisis kehadiran yang yang telah dibuat, pada pendapat saya, jumlah warga Balai Islam yang menghadiri RUKHFIS 08 kurang memuaskan, iaitu hanya 64.44% sahaja. Saya kira, jika peratus kehadirannya 80 %, mungkin RUKHFIS 08 akan menjadi lebih meriah dan menarik kerana penglibatan oleh hampir seluruh warga Balai Islam.

Objektif utama program juga akan lebih berjaya disampaikan kepada keseluruhan warga Balai Islam. Namun, berpegang kepada, sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat, eloklah kiranya, apa yang kita dapat daripada RUKHFIS 08, kita sampai-sampaikan kepada rakan-rakan yang tidak dapat menghadiri program tersebut. Sekian...

...RUKHFIS CERIA...BALAI ISLAM GEMBIRA...

Bismillah...Assalamualaikum...Salam sejahtera ke seantero dunia.

Coretan pada kali ini mungkin lebih santai, menggunakan bahasa harian dan bahasa percakapan. Mudah-mudahan kita akan lebih selesa membacanya, dan akan menimbulkan rasa seronok untuk terus membacanya sehingga habis...dan coretan ni agak panjang...3 hari 2 malam baru habis taip, macam buat novel rasenye..


RUKHFIS ‘08
Rehlah Ukhwah Fillah Abadan-Abada
20 Oktober 2008, Tasik Taman Jaya


Ehem2...terbatuk sikit sebelum mula menaip. Jarum jam menunjukkan pukul 6.30pg. oh...RUKHFIS 08 menanti, jam 7.30 kami mula berkumpul di DTC eh salah...kami berkumpul di DTP untuk menikmati santapan pagi yg enak lazat berkrim... Dijadualkan jam 7.30 pagi kami, para peserta mesti telah berkumpul di tasik varsiti, tetapi biasalah kan, cakap melayu, koba kul 10.00, kul 10.30 belum tentu muncul...


Pada jam 8pg, kami akhirnya berjaya menjelma di tasik varsiti setelah penat Saudara Fayyad menunggu selama ntah berapa puluh jam tak taulah... n untuk makluman RUKHFIS 08 dikendalikan oleh biro pengisian Balai Islam. Juga turut dihadiri senior2 Balai Islam dan jemputan khas yg lain. Sesi doa + briefing ringkas antara peserta...dan tidak ketinggalan, kami, setiap kumpulan diberikan sebiji kepala, kepala ??? eh salah, sebiji kelapa dan 7 helai beras yang telah diiktiraf dan diangkat martabatnya sebagai barang amanah hahahah...


Signifikan di sebaliknya, berbicara mengenai amanah, seperti yang termaktub dalam AQ 2:30, kita, manusia diciptakan, diamanahkan sebagai khalifah, untuk mentadbir muka bumi ini, tetapi malangnya, jelas, tangan2 kita inilah yang telah melakukan kerosakan di muka bumi Allah ini (surah Ar-Rum:41) sememangnya amanah merupakan perkara yang paling berat sehingga gunung ganag pun tidak sanggup untuk memikulnya...Imam Ghazali juga pernah bertanya kepada anak muridnya, apakah benda yang paling berat ? Jawapannya bukan batu, gunung, rumah...tetapi amanah lah yg paling berat...oleh itu elooklah kita renung2kan...bagaimana kita melaksanakan amanah tersebut ??? dan apa pula yang kita telah lakukan jika diamanahkan sesuatu perkara ?


Sekitar jam 8.15, setiap kumpulan dilepaskan satu persatu, (dilepaskan???, macam sebelum ni terkurung lah pulak...) kami menuju ke Masjid Ar-Rahman, sebagai check point pertama. Setelah berjalan terhuyung hayang, (sebab masih ngantuk, selalu Ahad, kul 12 t/hari baru bangun) kami berjaya juga sampai. Tetapi, sebaik sahaja sampai, kami dikejutkan dengan kehadiran ‘kembar’ Naqiu, yang bernama Luqman, panggil, Abg Man... kehadiran kembar tersebut menyebabkan ada peserta yang hampir pengsan dan pitam... tak taulah ape sebabnya... (terkejut kot)


Setelah berta’aruf iaitu asas kepada persaudaraan dalam Islam, dan berkenalan dengan Abg Man dengan lebih lanjut dan terperinci, kami ditugaskan untuk menunaikan solat dhuha yang mana solat dhuha mempunyai banyak kelebihan...(rujuk “tatkala mentari tersenyum”) Selesai solat dengan penuh kekusyukan (ada yang sampai menangis2 tau, 2 jam kemudian baru berenti) kami diberikan sepotong ayat AQ untuk dihafal...ayat mengenai kematian...


Sedikit ulasan, chek point ini lebih kepada bahagian kerohanian. Bermula dengan solat dhuha sehinggalah kepada ayat hafazan. Sememangnya hati2 ini memerlukan santapan rohani bagi memutihkan dan membersihkan hati2 ini yang kotor dgn perkara2 maksiat yang mungkin kita tidak sedari. Oleh itu, penyucian jiwa perlu dilakukan setiap hari, bukannya setiap bulan atau ppun tahun. Dan ayat yang diberikan, mengingatkan kita mengenai kematian, iaitu setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan orang yang mengingati mati adalah orang paling bijak...Dan ingatlah kita hanya tahu tarikh dilahirkan... tetapi tarikh dimatikan kita tak tahu...kalau lah kita tahu...


Seterusnya, kami menghayun langkah bersatu hati...(satu hati ???...macam tajuk lagu...) menuju ke stesen universiti, kami ditugaskan untuk mengedarkan risalah yang berkaitan ukhwah kepada orang ramai...tapi tak ramai sangat pun hahaha... 5 org je...mcm2 gelagat org kami jumpa time nak bagi risalah tu...ade yg ambik tp byk tanye, ade yg tak ambik pun...bukannya kene bayar pun...suruh ambik, bace pun tak nak...ehm...


Objektif chek point ini lebih kepada dakwah. Bagaimana kita hendak berdakwah, menyebarkan risalah Islam kepada masyarakat sekeliling yang pelbagai ragamnya. Mengajak kita untuk berdakwah secara berhikmah, sebagaimana yang Rasulullah amalkan. Di akhir zaman ini juga, kita lihat maksiat semakin berleluasa, menjadi perkara biasa, sememangnya mereka memerlukan bimbingan kita... terdetikkah di hati kita, mereka begitu kerana kita tidak membimbing mereka ??? Adakah salah kita sebenarnya ? Fikirkan...


Seterusnya kami diberikan destinasi rahsia yang bukan lagi rahsia iaitu, Taman Jaya. Berbekalkan wang sara diri 70 sen, (tu pun jumpe tepi jalan) Kami menaiki LRT menuju ke Taman Jaya. Peliknya, takde driver plak, terpakse la sorang hamba Allah ni pi pandu bende alah tu... tgh odw, rosak plak, beramai2 lah kami angkat bawak pi Taman Jaya huhuhu( osah tipu.....bace je tau, jgn percaye) setelah memakan masa selama 2 hari 6 malam (sebab tren tadi kan rosak), akhirnya kami sampai juga di Taman Jaya, Amcorp Mall tersergam indah, dihiasi dengan tasiknya yang begitu mempersonakan dan mengasyikkan menyebabkan ada peserta yang bercadang untuk terus menetap di tgh2 tasik tersebut...lawaknye...


Che’ poent yg seterusnya, di hadapan stesen Taman Jaya, kami ditugaskan untuk menyusun coki,(ade sesape ke yg tak tau coki tu binatang ape ??? coki mcm sejenis rumpai laut, enak dimakan begitu sahaja, hahaha...) coki tersebut telah disusun menyerupai bentuk rama2 (tapi tak mcm2 rama2 pun...tak taulah nak ckap mcm apa, macam coki lah...) kami disuruh untuk menukar arah terbang rama2 tu ke arah lain dgn hanya menggerakkan 3 helai coki...tapi kami rase sume group tak berjaye... Menyebabkan denda menanti kami...oleh itu, sebagai tanda penghargaan, kami diberikan arang, bukan untuk dimakan, ytapi kami disuruh untuk menconteng arang tersebut ke muka sahabat yang lain...


Kami pun dengan hati yang lara terpaksa lah memekapkan muke kawan kami tu... maka bertambah ‘cerah’ lah muke die...hahahahaa... dan kami dibantu oleh jurusolek profesional import khas dari Somalia, setelah menconteng arang ke muka (mcm peribahasa lah pulak) kami bergerak menuju ke tasik Taman Jaya... perghhh lawa giler... kami sempat bergambar di tengah2 jalan raye....nasib baik tak penyek kene langgar.....


Disebaliknya, kami berpendapat, perlunya strategi untuk melakukan sesuatu perkara. Dan strategi tersebut boleh dipelbagaikan caranya agar menjadi lebih kreatif. Juga mengajak kita berfikir di luar kotak... Kita lihat, umat Islam zaman sekarang terlalu cetek, jumud pemikirannya sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan buruk. Pemikiran dan ideologi mereka gagal membawa mereka untuk berfikir dengan lebih futuristik menyebabkan mereka tersungkur sebelum sempat memperjuangkan Islam. Musuh2 Islam di luar sana telah merancang pelbagai strategi menghancurkan Islam, tetapi kita ??? sibuk dengan PS 2, bola, hiburan dan pelbagai aktiviti sosial di luar syariat yang lain...


Sampai di tasik, kami pun diminta untuk memberitau apa yang kami dapat sepanjang perjalanan ke tasik...macam2 kami bagi tau...time tu.... program dikendalikan oleh Saudara Zul yg diimport khas dari mane ntah, tak taulah...heheh (jgn marah ye) time tgh sibuk mengumpat...eh salah taip...time tgh sibuk bercerita tu...tetibe adelah satu group ni, barang amanah diorg kene rampas hahaha, padan muke... berlaku lah jap sesi memujuk+kaunseling+hangin je... mintak maap lah ye kalu terkasar bahasa time tu...emosional sikit.


Kemudian, kami dikumpulkan di suatu tempat dan di bahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan yang cepat marah, pendiam, berahsia, suke mengumpat ? (ehm...ade ke kumpulan tu?) dan byk lagi...Kami diminta utk bertaaruf dan menyuarakan sifat masing2 huhuhu...ade yg menangis tau time menceritakan rahsia die...


Kemudian, time matahati...eh time matahari mula nak memancar2kan sinarnya...time tu kul 11pg, ade sedikit pengisian berbentuk tazkirah drpd Akhi Nik, smart tau, pakai bj batik wane biru...sape tgk pasti terpikat huhuhu..(yg muslimat lah...laki kot2 ade yg terpikat tak tau lah che nak habaq pa)


Memulakan tazkirah dgn sesi taaruf, special sikit taaruf ni,, ade ke die suruh kite berpantun lah bersyair lah... tapi ade jugak yg nak berdebat...hahaha (sape lah tu ye...) memang menarik taaruf lagu tu, macam2 jenis pantun ade, yg bersyair sambil menangis2 pun ade, banjir lah kejap Taman Jaya tu...


Tazkirah yang disampaikan memang cukup menarik dan padat dengan pengisian untuk santapan rohani...time tu memang ade yg dah lapar jasmani dah...huhuhu (dah nak kul 12 lah katekan) tazkirahnya menyentuh mengenai kematian, amanah, tanggungjawab, dan kepimpinan...dan semua itu dikaitkan dengan Balai Islam itu sendiri. Bagaimana untuk kita mengaplikasikannya di dalam Balai Islam.


Tertarik dengan statement, “ kita ibarat mata2 rantai perjuangan” (sape tak ingat ayat ni mesti tido, tak pun berangan) Kita nilah, pemuda pemudi yg memperjuangkan Islam, sebagai rantai yang bukannya terputus2...tapi bersatu n bercantum antara satu dgn yg lain untuk bangun menyemarakkan dan menjulang Islam di seluruh dunia, di muka bumi Allah ini. N dah namanya rantai, mestilah kuat, dan teguh...


Kemudian, saya kira, mesti ramai yg tertarik dgn kisah sang kancil dgn buaya, ala time tadika dulu mesti pernah dgr...tak tau lah pulak kot2 ade yg terus amik SPM.. kisahnya...Sang kancil merayap2 di tepi tasik dan ternampak jambu yang sgt sedap (agaknye lah) ok terus kpd point...penat dah menaip ni... Kancil tu nak lah makan jambu tu, tapi malangnya jambu kat seberang tasik...nak pi ke seberang plak takde jambatan, titi, Titanic or rakit...kancil pun pi dekat tepi tasik n minum air... tetibe...


Ngap...buaya yang comel lg cute menggigit kaki kancil...than kancil kate tu “woi boyo, tu bukan kaki aku lah...tu kan ranting kayu, ko ni tak tau ke nak beza kaki dgn ranting huhuhu sungguh memalukan” sang kancil pun berkata... n sampai lah habis citer...nak tulis balik...panjang berjela2 pulak (maybe bole sampai 100 ela,, mcm tajuk film cinta 100 ela, ala yang film tak leh di pulish tu lah)


Apa yang kita dapat, pengajaran daripada cerita itu, ada byk tau, antaranya... ia berkaitan dengan sifat pemimpin itu sendiri, kebijaksaan untuk berfikir walaupun time tu tgh kritikal, kebijaksanaann menggunakan peluang yg ada, sanggup menghadapi risiko walau pun tak pasti berjaya atau tak, mempunyai matlamat yang jelas. Dan apa yg paling penting ingin disampaikan oleh Akhi Nik ialah faktor persekitaran, iaitu bagaimana seorang pemimpin itu perlu menyesuaikan keadaan persekitaran dengan apa yang sedang dihadapinya.


Dalam Balai Islam sendiri contohnya, persekitaran ASTAR setengahnya muslin dan setengahnya bukan muslim, ditadbir pula oleh bukan muslim...melihat kepada keadaan dan persekitaran ini, bagaimana kita hendak menyelesaikannya.... di sinilah kebijaksanaan, kredebiliti, matlamat dan byk faktor lain perlu diadun bersama agar misi dan visi berjaya di capai (harap maksud dpt difahami, nak tulis elok2 tak berkesempatan). Dan jangan lupa kepimpinan berlandaskan Islam juga perlu diaplikasikan bersama agar gerak kerja yang dijalankan sentiasa mendapat keberkatan Allah.


Sekitar jam 12.15, modul seterunya menanti, time tu dah ade yg nak pengsan sebab lapar hhehe...kami dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugasan seperti menyenaraikan tokoh2 Islam, sifat2 mahmudah, ubat hati dan peperangan dalam Islam... byk tau input yg kami dapat, n jari ni dah penat menaip huhuh, nak ulas satu2 tak larat lah...namun semua diharap dapat memahami dgn jelas dan mampu utk mengamalkannya dalam kehidupan seharian...agar muslim yg dijana pada hari ini, mampu menggemilngkan Islam....bukannya menghancurkan Islam..


(time den menaip ni, byk lah pulak msg, kacau tul lah) Modul yg seterusnya, saye kire yg paling menarik, kami disuruh tutup mata kawan menggunakan kain yang dah memang kami bw dr kolej. Than kain tu letak kat depan, n ntah kat mana2 la... than suruh diorg yg dah ditutup mata tu, berada dalam kegelapan huhuhu, suruh cari kain tu, ade yg tak jumpe pun ade tau...cian die...nasib takde yg terlajak jatuh dalam tasik huhuhu... yg muslimat lagi dasyat, ade ke die letak kain tu kat pokok2, kelam kabut lah diorang mencari2 kat celah2 pokok tu, naseb bek tak mampos pokok tu, (sebab terbau kain tu...gurau je)


Justifikasi di sebaliknya, analogi kan seperti telur ayam... ade lapisan kulit keras di luarnya...dan tak pernah dalam sejarah maalysia atau dunia. Kita pi pecahkan kulit tu...utk tolong anak ayam tu keluar.... Anak ayam tu perlu memecahkan sendiri kulit telur tu... n cube kite kaitkan dgn modul tadi...dan rasenyer... maybe kalian boleh refresh semula, Saudara Zul pun telah memberi tahu objektifnya...


Seterusnya, tibalah di waktu yang paling di tunggu2 iaitu waktu ....waktu ape ??? kuat sikit ??? ha... betol waktu makan...makan mie, sedap tau,, dari KK 12 rasenye...kami pun makan dgn sopan dan santunnya, ala2 wanita n jejaka melayu terakhir... time tu jam menunjukkan kul 1.30 ptg..(kot) dan program RUKHFIS 08 diakhiri dgn sedikit ulasan daripada moderator dan bacaan doa sebagai lebih memberkati majlis, kerana apa yang kita rancang, mungkin ada cacat celanya, yang kita tak nampak....


Secara keseluruhannya, bercakap dari sudut sebagai peserta, kami berpendapat, masa memainkan peranan yg penting, kerana di awal program lagi, kita telah pun tidak menepati masa. Dan komen n cadangan lain drpd peserta termasuklah...program seumpama ni bagus untuk erat ukhwah n persahabatan n diharap akan terus diadakan pada masa akan datang. Kami juga berasa seronok n ceria dan mengharapkan penyertaan yg lebih ramai drpd warga Balai Islam. Ada juga yg berpendapat, tahun ini, pelaksanaannya agak lembut, jika dibandingkan dgn thn lepas yang lebih tegas dan keras... ada juga yg menyentuh mengenai semangat berpasukan, berorganisasi. Dan ada juga yang mencadangkan kuliah2 ilmu juga boleh diadakan dgn cara yg sama, cara yg santai, tak semestinya hanya di surau atau di UM, tapi boleh juga di luar seperti di tasik atau mana2 yg sesuai.


Dan (byknyer dan) yang terakhir, cadangan, lebih elok dan menceriakan jika diselitkan dgn aktiviti sukaneka seperti cari gula2 dlm tepun, tiup belon sampai pecah, buat org mumia, or ape2 yg menarik. Saya kira itu akan lebih menceriakan dan menggembirakan...n kalau xplorace buat bentuk mcm perlumbaan (ala mcm kat tv lah) mesti lagi best, so takdelah diorg berjalan mcm nak pi shoping...mesti lagi best kan... tak gitu ??? n sebelum bersurai kami diberikan bookmark khas drpd biro publisiti... (lawa ke...? cacat sikit kot, komen sikit


Ni words yg ke 2150, huh..ape pun..program ni memang menarik dan best...serta membuka minda kita sebagai pemuda pemudi Islam. Menjelaskan lagi apa tujuan dan matlamat kita yg sebenarnya... selain dapat mengeratkan ukhwah, ia juga melatih sifat kepimpinan dalam diri masing2... semoga RUKHFIS 09 akan lebih berjaya dan mantap... Sekian...salah silap, bhs or salah ulas, harap perbetulkan...


Sampaikan salam pada semua

Sebarkan Islam pada dunia


Coretan Tinta

HasYimie..



Sinar Baru Untuk Biro Dana & Kebajikan

Ahmad Azhari Bin Nordin
Fakulti Kejuruteraan, Tahun 1


Pada 16 Okt. yang lepas, secara rasminya, tampuk pimpinan Biro Dana & Kebajikan Balai Islam ASTAR bertukar tangan. Ahmad Azhari Bin Nordin pelajar tahun pertama, fakulti kejuruteraan telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai PP Dana & Kebajikan, menggantikkan Mohd Firdaus Bin Mokhtar. Tidak dapat memberikan komitmen yang sewajarnya, serta tidak mampu untuk membahagikan masa dengan betul menyebabkannya menarik diri.


Tahniah diucapkan kepada Azhari di atas perlantikan jawatan tersebut. Penglibatan dan komitmen yang amat menggalakkan daripadanya, merangkap PP Protokol, ketika projek TAMAN 08, menyebabkan di pihak MT Balai Islam berasa yakin akan komitmen yang akan diberikan. Diharap dibawah pimpinan yang baru, biro dana akan lebih aktif dan mampu menyumbang sesuatu untuk Balai Islam khususnya. Semoga semua biro dan warga Balai Islam ASTAR mampu menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh dedikasi lagi profesional. Eminnn...

Tatkala Mentari Pagi Tersenyum..

Assalamualaikum...salam sejahtera, salam ukhwah, salam mahabbah...


Alhamdulillah, DHUHA 08: Sinar Di Ufuk Timur (siri 1/4) baru sahaja selesai melabuhkan tirainya. Sedikit coretan buat sahabat2 yang tidak berkesempatan menghadiri program tersebut.


Untuk makluman, DHUHA 08 merupakan salah satu aktiviti di bawah biro pengisian surau yang diketuai oleh saudara Fayyad serta dibantu oleh beberapa ajk yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada jam 8.30 pg. Kemudian diikuti dengan solat sunat dhuha 15 minit kemudiannya. Pada awalnya, jumlah muslimin dan muslimat agak kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, majlis tetap diteruskan juga.


Seterusnya, saudara Azam, yang merangkap pengerusi majlis pada program tersebut mempersilakan saudara Zul untuk menyampaikan tazkirah sempena DHUHA 08. Tazkirah disampaikan dengan begitu menarik. Jumlah hadirin bertambah sedikit demi sedikit. Tazkirah yang disampaikan turut menyentuh kelebihan2 solat dhuha. Diselangi dengan sedikit jenaka, beliau turut menyatakan bahawa pada awal pagi, pintu rezeki dibuka oleh Allah. Oleh itu, amat malanglah sekiranya waktu pagi kita dihabiskan dengan tidur. Golongan yang menunaikan solat sunat dhuha juga akan merasai kelainan pada hari tersebut, dimana pintu rezekinya dibuka luas dan akan lebih tenang untuk menghadapi keseluruhan hari tersebut.


Keagungan Asmaul Husna juga turut diperdengarkan sebagai menghayati dan mengamalkan keagungan nama2 Allah. Beliau juga turut menjelaskan maksud tersirat dan tersurat disebalik nama2 Allah. Di awal tazkirahnya juga, beliau turut mengatakan bahawa kita, iaitu golongan yang dapat menghadiri DHUHA 08 pada hari ini merupakan golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk bersama2 berada di dalam majlis ilmu yang mana diibaratkan seperti taman2 syurga.


Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan sekitar jam 10 pg. Moga DHUHA 08 yang akan datang (siri 2) mampu menarik lebih ramai warga muslimin dan muslimat ASTAR untuk bersama2 mengimarahkan lagi program tersebut.


Di pihak publisiti, kami memohon maaf sekiranya gagal untuk mempublisitikan DHUHA 08 dengan sewajarnya. Dengan tempoh sesingkat lebih kurang 4 hari, mungkin agak keberatan bagi kami untuk mendesign poster, dan menjalankan kerja2 publisiti yang lain. Mungkin, diharap di bahagian pengisian, dapat memaklumkan lebih awal kepada publisiti sekiranya ada aktiviti2 yang akan dijalankan agar kami dapat mempublisitikan program tersebut dengan sebaiknya...


Apa pun, DHUHA 08 siri 1 telah pun berakhir dengan agak jayanya. Diharap pada masa akan datang kita bersama2 dapat mengimarahkan lagi DHUHA 08, agar aktiviti tersebut lebih meriah dan mendapat sambutan. Moga Balai Islam ASTAR akan terus gah menjulang Islam sebagai cara hidupku...Eminnn


Sampaikan salam pada semua

Sebarkan Islam pada dunia...


Titisan Tinta,

Hasyimie..

Dhuha 08: Sinar Di Ufuk Timur

CORETAN HATI MUJAHID SUFI 1...




Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatkuTuhan...

Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari
Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu

Kekal tiada sudahnya...
Tuhan, ku harapkanKepada-Mu,
keampunanKeredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati

Bahagia kekal abadi

Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi...

Meriahnya Jamuan Hari Raya Balai Islam ASTAR

Alhamdulillah, di pagi yang indah tanggal 12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429 H, bertempat di Padang Tasik Varsiti, Balai Islam ASTAR telah berjaya menganjurkan majlis Jamuan Hari Raya Balai Islam ASTAR, yang buat julung kalinya diadakan.


Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran En Mat bersama isteri dan anaknya. Jamuan ringkas tetapi mantap tersebut turut dihadiri oleh AJK Balai Islam dan beberapa tetamu jemputan yang lain.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Saudara Pengerusi, Kemudian diikuti oleh En. Mat. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terkejut dan teruja kerana dimaklumkan agak lambat dan secara mengejut. Beliau turut melahirkan rasa bangga dan syukur kerana Balai Islam sesi kali ini lebih mantap dan bersifat terbuka jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Beliau berharap agar tradisi tersebut dapat diteruskan agar Balai Islam ASTAR terus berjaya menjulang Islam di ASTAR khususnya.


Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa pagi dan doa makan oleh Saudara Mohd Hasyim. Aturcara berikutnya ialah jamuan. Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menarik dan enak-enak belaka. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis kuih raya turut dihidangkan. Berlatarkan lagu raya yang menemani kami sepanjang jamuan, membuatkan suasana raya lebih dirasai, ditambah pula dengan gelak tawa dan suasana tasik yang begitu mendamaikan.


Seterusnya, sebaik sahaja selesai makan, majlis diambil alih oleh Kak Hasnah dan Kak Suhaila, untuk menjalankann aktiviti yang seterusnya. Untuk pengetahuan, jamuan raya tersebut bukan sahaja jamuan, tetapi turut diisi dengan beberapa jenis permainan yang kami kira mampu mengeratkan ukhwah dalam kalangan kami. Antara permainannnya ialah, bangunan ukhwah, kenali sahabat dan satu lagi permainan yang mengajak kita berfikir di luar kotak.


Secara ringkasnya, kami kira, permainan tersebut berjaya mencapaii objektif utamanya iaitu untuk mengeratkan lagi ukhwah yang memang sudah sedia terjalin dalam kalangan ahli Balai Islam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga, dilihat mampu menjadi medium untuk menjalin silaturahim, selain mengajak kita berfikir dengan lebih jauh. Sememangnya, program seumpama itu, mampu mencetuskan suasana riang, harmoni dan ukhwah dalam kalangan kami yang menyertai permainan tersebut.


Majlis diakhiri dengan penerangan objektif permainan daripada Saudara Pengerusi. Pemenang bagi setiap permainan juga turut diumumkan. Di kesempatan itu juga, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menghadiri dan memberi sokongan kepada majlis tersebut. Beliau juga turut mengalukan kehadiran sahabat-sahabat ke program Hari Interaksi Balai Islam, Rehlah Ukhwah Fillah Abadan-Abada, RUKHFIS 08 yang akan berlangsung pada minggu depan.


Sebelum pulang, kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Kami bersiap dan berkemas untuk pulang ke kolej dalam keadaan yang gembira. Semoga program seumpama itu dijalankan lagi pada masa akan datang. Dan yang paling penting, moga ukhwah dalam kalangan kita mampu dijalinkan dan dieratkan lagi melalui program-program seumpama itu. Sekian, salam ukhwah fillah...


Oleh: HasYimie...

Jamuan Hari Raya Balai Islam ASTAR

Jamuan Hari Raya Balai Islam ASTAR

Tarikh: 12 okt. 2008
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pagi (berkumpul di surau)
Tempat: Tasik Varsiti

semua warga Balai Islam Astar
dialu-alukan untuk menghadiri jamuan tersebut

Mesyuarat Balai Islam ASTAR

MESYUARAT BALAI ISLAM ASTAR

Masa :9.00 malam
Hari :Rabu
Tarikh :8 Oktober 2008
Tempat :Surau ASTAR
Kehadiran : MT, PP & TPP

Kehadiran diwajibkan, sila tepati masa...Terima kasih

BALAI ISLAM ASTAR
Islam Cara Hidupku

Akan Datang

RUKHFIS 08/09 Rehlah Ukhuwwah Fillah Abadan Abada

19 0ktober 2008

SIMPOSIUM Simposium Maal Hijrah (Muharram 1430)

9-11 Januari 2009

KURJAS 09 Kursus Jenazah Dan Amali Sembelihan

21-22 Februari 2009

Islam Dicabar Umat Dihina

1. Menghapuskan sistem pemerintahan Islam iaitu Sistem Khalifah Islam.

Selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniah, mereka berusaha agar kerajaan Islam yang lain tidak muncul. Dengan itu, perjanjian dibuat dengan Turki sebelum mereka berundur dari Turki yang antara lain meletakkan syarat bahawa sistem pemerintakan Khalifah Islam hendaklah dihapuskan, menghapuskan sebarang usaha untuk mewujudkannya kembali. Turki mestilah menggantikan perlembaggan Islam dengan perlembangaan lain.


2. Menghapuskan Al-Quran.

Musush Islam dapat merasakan Al-Quran merupakan sumber kekuatan Islam. Selagi ada Al-Quran pada mereka, Islam akan kembali gemilang. Dengan itu, mereka berusaha menghapuskan Al-Quran dan menjauhkan Al-Quran daripada orang Islam. Perdana Menteri Britain, iaitu Gladstone pernah berkata, “selama mana Al-Quran itu berada di tangan orang Islam, selam itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur Tengah.” Selagi orang Islam membaca, menghayati, mengamal ajaran Al-Quran, maka selama itu musuh islam tidak akan dapat merosakkan Islam.


3. Merosakkan akhlak dan pemikiran orang Islam.

Musuh Islam melihat akhlak dan pemikiran secara Islam perlu diruntuhkan sebagai jalan meruntuhkan Islam. Ketua gerakan misionari Kristian, Samuel Zwimmer dalam konvensyen di Baitul Maqdis pernah berkata, “Satu perkara penting bagi petugas misionari ialah bukan mengkristiankan orang Islam...Apa yang penting ialah mengeluarkan orang Islam dari Islam supaya menjadi manusia yang tidak ada hubungan dengan Allah. Dari tu, mereka tidak ada hubungan dengan akhlak yang mana ia menjadi tunjang dalam kehidupan mereka.”


4.Meragukan orang Islam mengenai agama Islam.

Musuh Islam cuba sedaya upaya mungkin untuk menafikan bahawa Islam adalah agama yang sempurna. Mereka menimbulkan hujah-hujah yang menyebabkan timbul keraguan mengenai Islam dala kalangan orang yang kurang atau pun tidak berilmu, seperti meragukan hadis, ayat Al-Quran, meragukan ijmak ulama, dan menafsirkan AL-Quran menurut kefahaman mereka sendiri.


5. Merosakkan wanita dan menggalakkan pergaulan bebas.

Musuh Islam ktahu bahawa menerusi nafsu yang ada pada setiap manusia, mereka boleh dirosakkan. Dengan itu mereka menggunakan wanita untuk merosakkan Islam khususnya golongan belia. Merak mengasaskan pergaulan bebas, tarian dan nyanyian yang melalaikan, memperkenalkan budaya baru yang mengamalkan kebebasan dan seks, kebebasan berpakaian yang melanggar batasan agama. Semua ini dibawa kepada umat Islam sebagai budaya abru yang kononnya mengikut zaman yang serba moden. Anak muda Islam menerimanya, dan yang rosak ialah Islam, yang berjaya ialah musuh Islam !


Demikianlah antara strategi musuh Islam merosakkan Islam. Renungilah huraian ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saudara. Cuba kaitkan huraian ini kepada pelbagai peristiwa dan kejadian yang melanda umat Islam sekarang. Ayuh bangkit menyedarkan diri kita bahawa selama ini umat Islam telah diprogramkan untuk menuju kemusnahan oleh musuh Islam sendiri. Fikir-fikirkan...

Alangkah Susahnya Menjaga Hati..!

Alangkah payahnya menjaga hati

Sekalipun berhati-hati

Bila orang puji membangga diri

Apabila dikeji aduh sakitnya hati

Kalau buat kebaikan pula

Hati ini mendesak ingin bercerita

Jika tidak dicerita hati rasa tersiksa

Di sini ada glamour di sini ada nama

Oh ! ruginya jika tidak diceritakan

Bila berceramah orang mengangguk-angguk

Boleh tahan juga aku ni, bisiknya

Kalau melihat orang lain ada kelebihan

Aduh! Macam makan buah pahit rasanya

Hati kecut sampai ke muka

Apabila melihat kawan-kawan ada kelemahan

Hati mendesak d\hendak mengata dan menghina

Aduh! Susahnya menjaga hati

Di manakah keikhlasan?

Sedangkan hati adalah tempat pandangan tuhan

Jika dijaga malaikat mengisi hidayah

Jika tidak, syaitan mengisi kekufuran

Rakan dan taulan...

Jagalah hati, jangan kau kotori

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail

    Followers