Pada 16 Okt. yang lepas, secara rasminya, tampuk pimpinan Biro Dana & Kebajikan Balai Islam ASTAR bertukar tangan. Ahmad Azhari Bin Nordin pelajar tahun pertama, fakulti kejuruteraan telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai PP Dana & Kebajikan, menggantikkan Mohd Firdaus Bin Mokhtar. Tidak dapat memberikan komitmen yang sewajarnya, serta tidak mampu untuk membahagikan masa dengan betul menyebabkannya menarik diri.
Tahniah diucapkan kepada Azhari di atas perlantikan jawatan tersebut. Penglibatan dan komitmen yang amat menggalakkan daripadanya, merangkap PP Protokol, ketika projek TAMAN 08, menyebabkan di pihak MT Balai Islam berasa yakin akan komitmen yang akan diberikan. Diharap dibawah pimpinan yang baru, biro dana akan lebih aktif dan mampu menyumbang sesuatu untuk Balai Islam khususnya. Semoga semua biro dan warga Balai Islam ASTAR mampu menjalankan amanah yang telah diberikan dengan penuh dedikasi lagi profesional. Eminnn...
azhari cari duit byk2...utk balai islam ...nanti boleh buat mcm2 program...tak gitu...???
TAHNIAH !!!! azhari...
Harap jwtn ni diterima dgn penuh keikhlasan... krn kalu ikhlas baru akan wujud rasa komited. lgpun biro ni baru lagi... jd usahalah yer... krn sglanyer perlukan dana.. demi kebajikan ajk b.islam sendiri.. hehhehe :)
Semoga biro dana & kebajiakn mjd lebih mantap dan progresif+agresif.
SLMT BEKERJASAMA...PP n TPP + AJK DANA & KEBAJIKAN...
k.hasnah :)
teruskan usaha untuk memban2 dlam pencarian dana bg memban2 uasaha penyampaian agama Allah...InsyAllah klau dana ade lebih ckit blh la pelbagai perkara dlaksanakan dgn lebih baik lg seperti cermah, kem motivasi....xg 2..:)teruskan usaha anda.Allah sentiasa bersama hambanya yg terus memperjuangkn agamaNYA. :)
k.su