Tatkala Mentari Pagi Tersenyum..

Assalamualaikum...salam sejahtera, salam ukhwah, salam mahabbah...


Alhamdulillah, DHUHA 08: Sinar Di Ufuk Timur (siri 1/4) baru sahaja selesai melabuhkan tirainya. Sedikit coretan buat sahabat2 yang tidak berkesempatan menghadiri program tersebut.


Untuk makluman, DHUHA 08 merupakan salah satu aktiviti di bawah biro pengisian surau yang diketuai oleh saudara Fayyad serta dibantu oleh beberapa ajk yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Mathurat pada jam 8.30 pg. Kemudian diikuti dengan solat sunat dhuha 15 minit kemudiannya. Pada awalnya, jumlah muslimin dan muslimat agak kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, majlis tetap diteruskan juga.


Seterusnya, saudara Azam, yang merangkap pengerusi majlis pada program tersebut mempersilakan saudara Zul untuk menyampaikan tazkirah sempena DHUHA 08. Tazkirah disampaikan dengan begitu menarik. Jumlah hadirin bertambah sedikit demi sedikit. Tazkirah yang disampaikan turut menyentuh kelebihan2 solat dhuha. Diselangi dengan sedikit jenaka, beliau turut menyatakan bahawa pada awal pagi, pintu rezeki dibuka oleh Allah. Oleh itu, amat malanglah sekiranya waktu pagi kita dihabiskan dengan tidur. Golongan yang menunaikan solat sunat dhuha juga akan merasai kelainan pada hari tersebut, dimana pintu rezekinya dibuka luas dan akan lebih tenang untuk menghadapi keseluruhan hari tersebut.


Keagungan Asmaul Husna juga turut diperdengarkan sebagai menghayati dan mengamalkan keagungan nama2 Allah. Beliau juga turut menjelaskan maksud tersirat dan tersurat disebalik nama2 Allah. Di awal tazkirahnya juga, beliau turut mengatakan bahawa kita, iaitu golongan yang dapat menghadiri DHUHA 08 pada hari ini merupakan golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk bersama2 berada di dalam majlis ilmu yang mana diibaratkan seperti taman2 syurga.


Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan sekitar jam 10 pg. Moga DHUHA 08 yang akan datang (siri 2) mampu menarik lebih ramai warga muslimin dan muslimat ASTAR untuk bersama2 mengimarahkan lagi program tersebut.


Di pihak publisiti, kami memohon maaf sekiranya gagal untuk mempublisitikan DHUHA 08 dengan sewajarnya. Dengan tempoh sesingkat lebih kurang 4 hari, mungkin agak keberatan bagi kami untuk mendesign poster, dan menjalankan kerja2 publisiti yang lain. Mungkin, diharap di bahagian pengisian, dapat memaklumkan lebih awal kepada publisiti sekiranya ada aktiviti2 yang akan dijalankan agar kami dapat mempublisitikan program tersebut dengan sebaiknya...


Apa pun, DHUHA 08 siri 1 telah pun berakhir dengan agak jayanya. Diharap pada masa akan datang kita bersama2 dapat mengimarahkan lagi DHUHA 08, agar aktiviti tersebut lebih meriah dan mendapat sambutan. Moga Balai Islam ASTAR akan terus gah menjulang Islam sebagai cara hidupku...Eminnn


Sampaikan salam pada semua

Sebarkan Islam pada dunia...


Titisan Tinta,

Hasyimie..

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    assalamualaikum hasyimie..
    akak mengambil sedikit ruang ingin memberi pandangan. yang salah siila betulkan.

    Publisiti boleh menambah metod penyebaran aktiviti. bkn sahaja melalui notis. akak ingin cadangkan :-

    1-SMS-hantar kpd stp mt, pp, tpp dan seterusnya AJK untuk fwd kpd 5 org rakan terdekat mahupun jauh.
    selain itu, minta juga pp jemput ajk masing2 dan dptkan respon mrk utk hadir. yelah, kalau bkn ajk siapa lagi kan yg nak dtg program BI ni

    2-Pengumuman
    buat announcement pagi tu sebelum program. penting nie...

    3-time breakfeast sebelum bermula dhuha...edarkan fliers di DTP.yg menarik, cantik, tertarik..letak je kat stp meja...pasti ada yg membaca...

    ok, all the best


  2. Anonymous Says:

    salam..cadangan yang menarik dan bernas...terima kasih...n akan dipertimbangkan...

    tapi wat anoucment pagi tak dibenarkan...

    and edar fliers or handbills time breakfst tu memang bagus...akan dilaksanakan serta merta pada dhuha siri 2....

    terima kasih...


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers