sempena Perasmian Penutup Simposium Maal Hijrah 1431
Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga kerja Simposium Maal Hijrah 1431 atau HIJRAH 10, terutamanya kepada penyelia penasihat kami, En Mat Zaid Bin Hussein yang banyak membantu menjayakan program ini.
Umum mengetahui bahawa, sepanjang HIJRAH 10 berlangsung, beberapa program telah dijalankan, iaitu Forum Perdana Wawasan Hijrah, sebagai pembuka tirai, Seminar Wacana Minda Remaja: Hijrah Cinta, Pameran Hijrah dan Jualan buku, serta Pertandingan Puisi Hijrah.
Dalam usaha untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan penghayatan Islam dalam merintis arus perubahan ke satu tahap yang lebih baik, Simposium Maal Hijrah 1431 hadir dengan tema, Merintis Perubahan, Nadi Intelektual Islam Sejagat, dilihat, lebih komited untuk menyajikan program berbentuk budaya ilmu. Hal ini kerana, jika kita lihat pada hari ini, budaya hedonisma, atau hiburan yang melampau dan melanggar batas syariat telah mula menular di sekililing kita, terutama kepada golongan remaja, atau lebih tepat kepada diri kita sendiri, yang bergelar mahasiswa.
Segelintir daripada kita pada hari ini, tidak melihat majlis-majlis ilmu itu sebagai hiburan, Minda kita didoktrin, dan disempitkan apabila kita beranggapan hiburan mestilah seperti rancangan nyanyian realiti tv. Sedangkan, jika difahami dengan sebenar-benarnya, beriadah bersama rakan atau keluarga itu juga hiburan, majlis ilmu seperti ceramah, dan tazkirah itu juga sebenarnya hiburan. Ternyata, kita yang salah memilih hiburan, yakni, hiburan yang lebih dituntut di sisi Islam, dan sebaik-baik hiburan itu ialah zikir mengingati Allah.
Diakhirnya, suka untuk saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Hijrah 10 ini. Moga-moga kita dapat belajar dan memperoleh manfaat sepanjang pertemuan kita di Hijrah 10 ini.
Sekian, Terima kasih.
Post a Comment