KITA BERSUKA BERPESTA, MEREKA TERSEKSA MENDERITA
Assalamualaikum, di hari penghulu segala hari yang mulia ini, Jumaat, tatkala menyelak secara maya akbar2 tempatan, sebagai manusia yang masih mempunyai sifat berperikemanusiaan, sudah pasti hati ini akan hancur lebur dan luntur apabila di dada akbar2 utama menyajikan berita2 yang sungguh memilukan hati kita sebagai umat Islam. mana tidaknya, tatkala ada sebahagian daripada kita yang menyambut tahun baru di masjid2 dengan bacaan doa dan Yasin, remaja2 di luar sana menyambutnya dengan pesta. pesta bukan sebarang pesta, tetapi pesta seks serta arak ! Allahu akbar !!!
Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, turut melaporkan, daripada 26 orang yang di tahan, seorang daripada merupakan pelakon, dan seorang lagi merupakan penyampai berita di sebuah stesen tv swasta. Turut dilaporkan juga, seorang pelajar daripada institut pengajian tinggi swasta di ibu negara turut terlibat sebagai pembekal dadah. Tidak cukup dengan seks, mereka berpesta dengan pula syabu, estacy, kokain dan metamin. Itu hanyalah sebahagian kecil maksiat yang dilaporkan pada malam sambutan tahun baru tersebut, bagaimana pula maksiat2 dan pesta2 yang tidak diketahui oleh kita? sudah tentu tidak dapat digambarkan oleh pemikiran kita. maka, benarlah dunia menuju ke arah kehancuran !
Sedang kita berlumuran dengan maksiat, saudara kita di Gaza sana menyambut tahun baru dengan percikan bunga api. bunga api? tidak mungkin, saudara Islam kita di sana menyambutnya dengan percikan bom, darah dan tangisan ! bahkan lebih teruk daripada itu ! ALLAHU AKBAR !!! Palestin sebenarnya, dijanjikan status negara berdaulat menjelang akhir 2008, malangnya janji tinggal janji. Malah realiti yang dialami begitu buruk apabila tanah suci ini diserang rejim Zionis tiga hari sebelum tirai 2008 dilabuhkan seolah-olah menggambarkan tiada harapan bagi rakyat Palestin. Kehancuran berlaku di Gaza akibat tindakan ganas Israel dan rakyat Gaza menjadi mangsa dan menderita disebabkan tindakan tidak berperikemanusiaan ini.
Tahun 2008 yang baru lalu menandakan 60 tahun pencerobohan Israel di Palestin. Israel menggunakan darah rakyat Palestin sebagai alat untuk berkempen bagi memilih Perdana Menteri baru, menerusi pilihan raya pada Februari ini. Sudah lebih setahun Gaza diceroboh. Tiada air, bahan bakar, mahupun perubatan dan rakyat tidak bebas keluar masuk dengan tiba-tiba.Sudah lama mereka merayu bagi kebebasan lebih 1.5 juta rakyat Palestin di Wilayah Gaza. Mereka merayu simpati daripada masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah yang sewajarnya terhadap pencerobohan ini, tetapi sebaliknya apa yang pemimpin dunia lain lakukan ? hanya sekadar mengutuk, mengutuk dan terus mengutuk ! Apa tindakannya ? Anda tahu jawapannya !

Post a Comment