Pilihanraya Kampus: Macam-Macam Ada
Assalamualaikum...setelah beberapa ketika tidak menulis di blog yang tercinta ini... akhirnya kesempetan di beri jua oleh Allah untuk terus menulis kerana yakin dan percaya, mata pena itu lebih tajan daripada mata pedang !
Seperti yang sedia maklum, Uni. Malaya, varsiti tercinta ini sedang dilanda bahang yang teramat sangat. Bukan disebabkan masalah ekosistem dan suhu global yang tidak menentu, tetapi disebabkan Pilihanraya Umum sesi 2008/2oo9.
Umum mengetahui, terdapat dua kumpulan besar yang bertanding bagi merebut kerusi. Tidak lain dan tidak bukan, Penggerak Mahasiswa dengan UM is ONE nya dan Pro-Mahasiswa yang hadir dengan gelombang oren memperjuangkan Hope & Change.
Pelbagai isu telah dimainkan oleh kedua-dua belah pihak. Daripada isu rasuah, ugutan, halangan berkempen dan mencapai tahap kritikal saya kira apabila haiwan bernama Babi turut terlibat sama apabila Masjid APIUM digemparkan dengan tetamu tidak diundang iaitu kepala khinzir yang dilapikkan di atas bendera PAS. Isu politik bertukar arah kepada isu sensitiviti agama dan perkauman apabila ia melibatkan haiwan tersebut dan dijumpai pula di dalam masjid ! Maka benarlah, di akhir zaman isu agama dipandang remeh dan enteng.
Adakah mahasiswa Uni. Perdana yang dikatakan melahirkan pemimpin sejak 1905 masih berada di zaman kebrobrokan dan ketandusan pemikiran ? Jika tidak, mengapa sehingga isu-isu yang melampaui ketamadunan dan menghakis pemikiran kritis mahasiswa dipropagandakan ? sungguh memalukan apabila dunia luar menyaksikan betapa dahsyat dan 'bersih'nya pilihanraya pada kali ini.
Di varsiti yang paling 'panas' setiap kali PRK berlangsung juga, seperti biasa perang poster dan sepanduk tidak kurang hebatnya. Di lokasi-lokasi strategik dan 'panas' poster dan sepanduk calon-calon dilihat tergantung megah menanti masa untuk meraih undi. Jadi...apalagi warga UM, jom keluar mengundi pada hari Isnin ini, 19 Januari 2009 bertempat di kolej kediaman masing-masing. Undi anda menentukan kepimpinan UM pada masa akan datang.
Ingat...undi anda amat bermakna... Jom mengundi...
Coretan Tinta,
HasYimie..
*biarkan aku berbicara

Post a Comment