Damai Alam Diselubungi Suram

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan

manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)

perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Ar-Rum:41



Beberapa ekor ibu monyet dan anak-anaknya berkeliaran tidak menentu di tengah jalan beberapa buah banglo di kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu. Sang ibu mengejar anak-anaknya ke sana ke mari dengan teriakan yang hanya dimengerti oleh anak dan ibu monyet itu. Namun anak-anak monyet itu berkejar-kejaran dengan riuhnya.

Warga hutan itu sudah kehilangan tempat tinggal sejak pepohon di kawasan hutan yang didiaminya turun temurun itu ditebang dan tanahnya diratakan oleh manusia untuk projek perumahan mewah. Di hujung banglo-banglo itu apartmen mewah dan rumh teres.

Dahulunya tempat ini ialah sebuah kawasan hutan yang tidak berapa tebal, tetapi sangat meneduhkan. Di pinggirnya ada sebatang anak sungai kecil yang sangat jernih airnya dengan ikan kecil berenang bebas ke sana ke mari. Warga monyet menjadikan tempat ini makan minum.

Sesekali, bagi mereka yang tahu, ada juga orang yang datang berpiknik bersama keluarga, membawa makanan. Namun tempat ini untuk masa yang demikian lama, menjadi perkampungan monyet dan hidupan yang lain. Malah ada orang menjumpai ular sawa yang besar.

Di siang hari, burung-burung riuh rendah beterbangan bebas. Paginya sang ibu beterbangan mencari makan dan petangnya pulang membawa makan di paruh untuk habuan anaknya. Demikian hubungan kasih sayang para unggas dan monyet-monyet di situ.

Namun kini semuanya telah musnah, suasana sama sekali berubah. Beberapa tahun lalu hutan kecil itu digondolkan, dengan trakter dan buldozer, lori-lori pengangkut kayu keluar masuk di jalan berlumpur.

Kebisingan tidak terperikan lagi dengan bunyi mesin pemotong pokok besar dan kecil, menenggelamkan bunyi warga monyet yang berkeliaran, menjerit kerana kehilangan tempat tinggalnya.

Inilah derita warga hutan di situ apabila hutan tersebut diteroka untuk jadi kawasan perumahan mewah, menjadi rebutan para elit mendiaminya kerana pandangan di bawah bukit itu, dengan gemerlapan lampu-lampur kota besar dan bangunannya demikian indah dan menarik.

Tidak siapapun yang mendengarkan jeritan warga hutan itu dan jadilah haiwan ini, serta anak sungai yang jerih airnya, korban suatu pembangunan yang ama sekali tidak bersifat kemanusiaan.

Inilah suatu gambaran betapa tidak ramahnya manusia kepada lingkungan alam sekitar. Sedangkan banyak kali Allah s.w.t. mengingatkan manusia menerusi Al-Quran mengenai kejadian alam ciptaan-Nya dan perlunya manusia memelihara alam itu - langit, bumi, bukit bukau, gunung ganang, lautan, sungai, pepohonan dan segalanya.

Sehinggakan di dalam peperangan sekalipun, Rasulullah s.a.w. pun mengingatkan mereka yang berperang supaya janngan memusnahkan pepohon, jangan membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita.

Mesej Al-Quran dan hadis sangat banyak yang mengingatkan manusia supaya memelihara alam sekitar, malah undang-undang juga sudah digubal supaya memeliharanya. Namun manusia, makhluk yang dilengkapkan dengan akal fikiran serta perasaan, masih tidak pedulikan semua itu.

Setiap hari manusia menebang pohon di hutan, menceroboh kawasan tadahan, memusnah dan mengotorkan sungai, sementara kegiatan industri pula menghembuskan asap kotor mengandungi racun dari kilang mereka. Semuanya ini disedut oleh manusia melalui helaan nafas mereka. Pelbagai penyakit pun menyerang manusia.

Di mana-manapun baik di negara Asia, Afrika, mahupuh di negara Barat, alam sekitar sedang dimusnah oleh manusia secara sistematis.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyebutkan dalam bukunya "Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam" atau "Islam Agama Ramah Lingkungan (Alam Sekitar)" menyebutkan bahawa Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang.

Di samping itu, katanya, Islam juga meningkatkan pertumbuhan dan memelihara keindahannya. Selain itu, Islam juga, kata Yusuf Al-Qaradawi, menentang sekeras-sekerasnya setiap bentuk dan tindakan memusnahkan alam sekitar, mahupun menghancurkan segala elemennya dengan mengkategirikan tindakan itu amat dilarang, yang akan memperoleh hukuman berat daripada Allah s.w.t.

Setiap perbuatan memusnahkan alam sekitar itu, katanya perlu dihentikan segera, baik dengan menggunakan tangan serta hati. Bermakna ia mencegah kemungkaran.

Menurutnya, di antara bentuk pemusnahan alam sekitar yang sangat dilarang oleh syariat Islam ialah dalam bentuk tindakan kekerasan atau memusnahkan makhluk Allah s.w.t. terutama yang menyangkut spesies binatang di dalam hutan, seperti monyert, burung-burung dan sebagainya, bahkan haiwan liar seperti harimau, singa, gajah, beruang dan sebagainya.

Beliau menyebutksn mengenai hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bagaimana seorang perempuan yang telah mengurung seekor kucing hingga mati kelaparan. "Seorang perempuan masuk neraka," sabda Nabi s.a.w., "kerana telah mengikat seekor kucing tanpa memberinya makan atau membebaskannya di atas bumi mencari makanan."

Yang dimaksudkan "makanan di atas bumi" adalah segala jenis serengga, ulat, tikut dan segala makhluk perosak, Perempuan itu, baginya, memang layak masuk neraka kerana demikian kejam hatinya dan pudarnya kasih saying terhadap makhluk yang lemah itu.

Bayangkan di sini bagaimana monyet dan anak-anaknya bertebaran apabila hutan dengan segala pohon dan buahnya yang selama ini menjadi tanpat tempat tinggalnya dimusnahkan hanya untuk sebuah pembangunan yang tidak terkawal.
0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers