Keseimbangan roh dan fizikal


Mengenal Kekuatan dan Kelemahan Manusia

Oleh SMAHADZIR

Dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat).

Kerapkali kekuatan seseorang itu dikaitkan dengan saiz dan bentuk tubuh badannya. Dari penilaian di atas, maka satu tanggapan dapat dibuat bahawa seseorang yang berbadan besar dan tegap mempunyai keistimewaan yang lebih jika dibandingkan dengan diri sendiri.

Ada pula yang melihat kekuatan seseorang individu dari segi bangsa dan warna kulit. Sesuatu bangsa itu dianggap mempunyai keistimewaan yang tertentu berbanding dengan bangsa yang lain. Apabila kita melihat seorang yang berketurunan dari negara Barat, kita beranggapan ia lebih istimewa daripada kita.

Sebenarnya tangapan kita adalah salah. Kekuatan dan kelemahan diri bukannya terletak pada aspek fizikal sahaja tetapi terletak pada mental dan spiritual.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ´Tidak dihitung kaya dan kuat serta yang banyak harta, melainkan kekayaan dan kekuatan itu ialah yang kaya jiwanya...”

Terdapat banyak pepatah, bidalan dan cerita rakyat yang dianggap dongeng mempunyai nilai moral yang tinggi. Sejauh manakah cerita arnab dan kura-kura yang boleh dikatakan telah dibaca oleh setiap individu sejak kecil lagi, begitu juga dengan perumpamaan seperti ´kecil jangan disangkakan anak, besar jangan disangkakan bapak´, dan ´sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit´, dapat dijadikan satu ikhtibar untuk dicontohi sewaktu kita melakukan muhasabah diri terutamanya dalam tugas kita sehari-harian.

Kesan daripada cerita dan pepatah Melayu itu dapat dijadikan satu refleksi terhadap kehidupan kita sehari-harian bahawa: Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kita harus menerima hakikat bahawa setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan. Kedua-duanya wujud dalam diri setiap manusia - tidak mengira bangsa serta asal keturunannya.

Kekuatan dan kelemahan bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga mental dan spiritual. Kekuatan fizikal adalah lahir daripada kekuatan mental dan spiritual (rohani, kejiwaan, keimanan). Seseorang itu tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwanya tidak digabung dan dimantapkan.

Kata-kata seperti ´bekerja dengan sepenuh jiwa dan raga´ membuktikan kepentingan kekuatan spiritual dalam kehiduapan manusia. Usah dipersia-siakan kekuatan yang ada pada diri kita.

Kekuatan merupakan keistimewaan, kebolehan atau potensi yang ada pada diri kita. Ia harus dicungkil serta digunakan ke arah yang berupaya membawa kebaikan kepada diri, keluarga, bangsa, agama, masyarakat dan juga negara. Usah biarkan kelemahan membawa kekecewaan pada diri kita.

Apa yang perlu dilakukan ialah setiap kelemahan haruslah dijadikan sebagai suatu panduan ke arah memperbaikinya. Dalam proses memperbaiki, kita tidak dapat lepas daripada cabaran sebelum menemui kejayaan.

Kebanyakan kejayaan yang kita tempuhi adalah hasil daripada kelemahan yang telah kita lalui dan diperbaiki. Kejayaan akan tercapai melalui perancangan yang rapi yang harus dilaksanakan. Kejayaan tidak boleh dicapai dengan sekelip mata tanpa adanya perancangan. Tidak siapa pun yang ´merancang untuk gagal tetapi ramai yang gagal merancang.´

Dari huraian di atas, maka kita haruslah membuat satu tanggapan bahawa setiap kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita ini haruslah dilihat secara positif. Kekuatan dan kelemahan adalah merupakan sumber kemantapan ke arah kecemerlangan diri.

Kekuatan fizikal sahaja tidak menjamin membawa kejayaan bagi seseorang individu. Dua aspek lagi iaitu mental dan spiritual harus digabungkan ke arah mewujudkan insan yang seimbang lahir dan batin.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers