Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji bagi Allah,Tuhan sekelian alam,Yang telah memberikan kita peluang untuk bernafas, untuk berbakti sebagai hamba-Nya, Selawat dan salam ke atas Junjungan Rasul tercinta, Nabi kita Muhammad S.A.W yang telah berjuang menyebarkan cahaya Islam keseluruh alam sehingga kita merasa nikmatnya iman sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah,sedar ataupun tidak,kita telah pun menghampiri penghujung Ramadhan,bulan yang penuh barakah ini, bulan yang di dalamnya terkandung didalamnya malam yang lebih baik dari seribu malam, iaitu malam Lailatulqadr. sedar tak sedar juga, kita telah melewati fasa rahmat dan maghfirah di dalam bulan yang mulia ini. Maka, sekarang kita sedang melalu fasa terakhir di dalam bulan Ramadhan ini,iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Di dalam sisa-sisa waktu yang singkat ini, ayuhlah wahai pemuda dan pemudi Islam,kita penuhkan sepuluh malam yang terakhir ini dengan ibadah kepada Allah S.W.T. Moga-moga,tercapai impian kita untuk menjadikan bulan Ramadhan kali ini,sebagai akademi tarbiyah bagi kita.Moga selepas ini ,apabila kita keluar dari 'akademi' ini,kita akan menjadi hamba-Nya yang lebih bertaqwa,InsyaAllah.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu anha: "Rasulullah S.A.W. bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadhan), hal yang tidak baginda lakukan pada bulan lainnya." Berdasarkan hadis ini, Rasulullah S.A.W. ternyata berusaha bersungguh-sungguh bagi melipatgandakan amalannya melebihi amalan baginda pada bulan-bulan yang lain. Antara amalan-amalan yang baginda lakukan pada hari-hari terakhir Ramadan ini ialah berqiyamullail, i’tikaf, mengakhirkan berbuka sehingga waktu sahur, serta banyak lagi amalan yang lain.
Apabila kita membicarakan mengenai sepuluh malam terakhir ini, maka kita juga tidak lekang dengan sibuknya untuk menyediakan kelangkapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ini. Di dalam kesibukan persiapan itu,Janganlah kita terlalu asyik sehingga terlupa untuk beribadah kepada-Nya,Sehingga kita lupa, tujuan sebenar sambutan aidulfitri itu ialah sambutan 'kembali ke fitrah',dimana kita berjaya menjadi diri yang lebih baik,suci dari dosa dan noda,hasil dari pertarbiyahan yang berkesan di dalam bulan Ramadhan ini.
Suka juga untuk saya ingatkan,di dalam kesibukan beraya ini,janganlah kita lupa tugas kita selaku mahasiswa.Hendaklah kita memperuntukkan sedikit masa di di dalam cuti raya ini untuk mengulangkaji pelajaran.Ingatlah wahai sahabat,kita tinggal tidak sampai sebulan untuk bertarung di dalam medan peperiksaan selepas sambutan aidulfitri ini.
Akhir kata,saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf zahir dan batin.Berhati-hatilah di jalan raya semasa pulang ke kampung.Janganlah kita jadikan musim perayaan kali ini sebagai gelanggang tragedi akibat kemalangan jalan raya.Sambutlah salam lebaran dari kami Balai Islam ASTAR kepada seluruh umat Islam seluruh dunia serta wakrga muslimin kolej kediaman pertama,Universiti Malaya secara khususnya.
Sekian,wassalam.
Muhammad Naqiuddin Bin Mohd Said,
Pengerusi Balai Islam,
Kolej kediaman pertama(ASTAR),
Universiti Malaya,
Sesi 2008 /2009.
Post a Comment