Assalamualaikum w.b.t. Bercakap mengenai ibnu Harakah ini atau ahli gerakan Islam ini,kita tidak akan dapat lari dalam menyebut sekali perkataan SIBUK.Ya,SIBUK.Setiap daripada kita yang terlibat dengan gerakan Islam pasti akan sentiasa kesibukan.Kesibukan dengan tugas-tugas dakwah yang tiada penghujungnya. Inilah hakikat akan dunia dakwah.Tugas dakwah tidak akan berakhir sahabat-sahabat,tapi,ganjarannya,sangatlah lumayan.Melebihi apa yang ada di dunia ini.Yaitu tempat yang kekal selamanya,tiada kefanaan,iaitu Jannah(syurga).
Tetapi malangnya sahabat sekalian,apabila kita diasak dengan kesibukan kerja-kerja dakwah yang kita katakan 'lillahitaala',sering kali kita lupa mengenai hubungan kita dengan 'bos' yang kita sungguh sibuk bekerja untuknya.Ya,pelik bukan.Kita bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban masa dan apa saja untuk kerja yang kita lakukan untuk 'bos' kita tu,tapi,pada masa yang sama kita melupakannya!..Pelikkan?Inilah realitinya...seringkali kita lupa mengenai hubungan kita dgn Khaliq kita,tetapi kita bekerja bersungguh-sungguh untuknya..Sering kali kita mengabaikan 'habluminallah' kita.
Apabila kita terlalu sibuk untuk kerja-kerja dakwah,maka ibadah khusus kita dgn Allah S.W.T pun makin kurang.Solat pun tidak lagi diawal waktu,Al-Quran hannya dibaca seminggu sekali,Qiamullai apatah lagi.Sebab itu seringkali kita melihat ibnu Harakah yang kecundang di jalan dakwah.Ada yang 'Futur'(lemah) malah ada yang menarik diri dari jalan dakwah.persoalannya,MENGAPA?
Jawapannya adalah kerana 'bateri' kita telah habis.Ya,bateri.Bateri yang dimaksudkan ialah kekuatan dalaman yang ada pada setiap pejuang Islam itu sendiri.apabila kita sudah tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk membuat kerja-kerja dakwah untuk Islam lagi,maka secara automatiknya,semangat kita akan luntuk dan paradigma kita terhadap hidup dan perjuangan pun mula berubah.Daripada paradigma berpaksikan akhirat kepada paradigma berpaksikan dunia.Maka,apabila itu berlaku,kita tidak lagi memandang indah kerja-kerja dakwah yang kita lakukan ini.Maka dengan sendirinya,kita akan makin 'hilang' dari jalan dakwah itu sendiri.
Maka salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memperkasakan qiamullail tu sendiri.Qiamullail(Bangun malam) mampu menjana kekuatan dalaman seorang pejuang Islam.Qiamullail, yg mana Allah S.W.T telah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat pada waktu awal perkembangan Islam untuk qiamullail beribadat pada Allah S.W.T selama 1 TAHUN.Ya 1 TAHUN untuk tiap-tiap malam untuk beribadah pada Allah S.W.T.Nampak memeritkan sahabat-sahabat,tetapi demi Islam dan keimanan mereka pada Allah S.W.T,mereka sanggup melakukanny dan hasilnya sangat hebat.Kesan dari Qiamullail yang istiqamah selama satu tahun itu,Rasulullah dan para sahabat dapat menahan segala mehnah,ujian dan cabaran dalam memperjuangkan Islam selama 23 tahun riwayat perjuangan Rasulullah S.A.W.Kekuatan dalaman dan keimanan mereka begitu tinggi hingga walaupun diseksa dengan pelbagai seksa yang menggerikan,diuji malah ada yang terkorban sepanjang ujian tersebut,mereka tetap teguh memperjuangkan Islam walau apapun onak dan duri yang melanda.Sungguh tinggi Iman dan Kekuatan dalaman mereka.
Jadi sahabat-sahabat sekalian,untuk meningkatkan keimanan dan menjana kekuatan dalaman kita sebagai ibnu harakah,hendaklah kita selalu menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.Salah satu caranya ialah dengan qiamullail selalu.Semoga dengan ini,kita akan sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan Islam demi cinta kita pada-Nya....wallahua'lam
Post a Comment