...................................................Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam ........................................................... barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti bangunan ......................................................................... yang tersusun kukuh.............. AsSoff:4
Sekuntum Rosela Pelipur Lara, merupakan catatan renungan Iman Samudra selama berada di Nusakambangan. Ditulis dalam keterbatasan di balik jeruji besi namun tanpa kehilangan elan vital sebagai pejuang. Sebuah furqon [pembeda] antara yang haq dan yang Bathil, diungkap dengan tuntas. Buku ini lebih tepat dikatakan sebagai buku pedoman, terlahir sebagai bagian perjuangan terakhir sang mujahid.
Kematianya bukan kemuncak kehidupan . Meyahut panggilan illahi dengan senyuaman yang tidak putus walau roh berpisah dari badan.Risiko para mujahid sangat tinggi dan ianya puncak perjuangan.
Tapi keyakinan telah mengatasi segalanya .Syahid itu tidak mati atau tidak berhenti dan ianya akan berlansung hingga kiamat.
Pilihan untuk syahid adalah angan semua umat Islam, tapi untuk melaksanakan bukanlah seperti satu acara lumba lari kerana pecutan orang untuk menamatkan seluruh denyut nadinya dengan sasaran syahid adalah mudah tapi kekuatan untuk pertarungan itu sukarkerana antara nikmat dunia yg jadi penghalang utama dengan kesanggupan untuk kita zuhud , sanggup berjuang demi agama dan sanggup lakukan apa sahaja serta menerima hukuman adalah halangan yang sangat besar hingga membuat umat Islam rasa tersangat sukar serta sering mundur.
Ramai yang tersungkur hanya kerana tersepak batu dunia sahaja dan rasa ngilu di kakinya membuat diabosan dan muak dengan laungan berjuang ke jalan Allah, lagi senang mati kerana makan atau kerana harta.
Di manakah tempatmu rosella ? sudah tamatkah perjuanganmu? tidak! insayallah akan banyak lagi rosella itu buat wangian di syurga.
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. P okok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKA HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
"...Aku (Imam Syafie) mengadu kepada Waki' (gurunya) mengenai buruknya hafalanku..... Maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat.. dan memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya... dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat.."
Sempena demam peperiksaan yang telah pun tiba, dan menjelang exam yang hampir tiba... Selamat berjaya diucapkan kepada semua... moga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat...
Dalam menggapai redhaNya, untuk mencapai kejayaan itu bukanlah dengan hanya membaca buku sehingga lewat malam, namun santapan kepada rohani juga perlu diberi perhatian yang paling utama. Apalah gunanya kejayaan yang entah dimana keberkataan dan keredhaan daripada Allah. Apalah guna kecemerlangan jika akhlak kita tidak secemerlang keputusan peperiksaan kita.
Bersama kita mengambil kesempatan ini, untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah. Ingat, insan yang berjaya dan cemerlang itu bukanlah lahir daripada dalam bilik kuliah mahupun dewan peperiksaan... tetapi insan yang cemerlang dan berjaya... lahir di tengah2 masyarakat yang pelbagai ragamnya...
Dan yang paling penting, harus direnungi bersama, sedar atau tidak, di musim peperiksaan ini, kita boleh dan sanggup berjaga malam sehingga adakalanya tidak tidur malam semata2 mahu mengulangkaji pelajaran... namun... sanggupkah kita dan berapa ramai antara kita yang boleh dan sanggup berjaga malam semata2 mahu bermunajat kepada Allah ???
Salam Imtihan...
Bi Taufiq Wan Najah......Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum ,
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya... Surah Ar-Ra'd
mengira keping-keping rasa...
membaca nukilan luahan jiwa...
menghayati baris dan bait puisi
karya hati lara ini ?
Adakah ayat-ayatku terlalu mendalam ?
hingga kau terus tenggelam
aku rasa...
bahasaku begitu ringkas
untuk kau fahami....
Mungkinkah kata-kataku
menggapai tinggi harapannya...
hingga kau hanya mendongak
tanpa kau mampu menggenggamnya
aku rasa...
gerak lompatku biasa saja
untuk kau ikuti...
Tapi...
kenapa........?
Segalanya bagai tidak sehaluan
gerakmu tidak seperti tarianku
gemersik suaramu tidak selari lontaran vokalku
alunan irama darimu
tidak seharmoni dengan gubahan melodi dariku
Mungkin
kita ditakdirkan
untuk tidak sebulat suara
tidak bersatu kata
Tapi...
mengapa aku mampu
untuk menghayati
apa tersurat dijiwamu
tiap makna tersirat
di sebalik wajahmu....?
Di mana silapnya?
kaukah yang tidak mahir
dalam mentafsir
atau aku yag terlalu
rumit untuk kau tafsir...
Kuliah Ilmu Balai Islam ASTAR kembali lagi... hasil cetusan idea menarik daripada Saudara Ahmad Nur Fayyad... kali ini ia tampil dengan nafas dan nama baru yang lebih segar iaitu... Kuliah Ilmu Muda Mudi Boleh Agaknya Lama-Lama Sikit (KIMBALLS). Berikut merupakan senarai nama pentazkirah yang akan menyampaikan tazkirah...
Untuk makluman, KIMBALLS merupakan rentetan daripada kuliah ilmu yang sebelum ini pernah diadakan iaitu KULSUM (Kuliah Sepuluh Minit) dan KISMIS (Kuliah Sepuluh Minit InsyaAllah Settle). Ia juga sebenarnya diadakan khusus ketika minggu peperiksaan. Moga2 ia mampu menjadi santapan rohani dalam pada kita mengejar kejayaan di dunia, mudah-mudahan memperoleh juga kejayaan di akhirat...
Semoga dengan majlis ilmu seumpama ini akan lebih mendekatkan kita kepada Allah dalam usaha untuk mencapai redhaNya. Sempena dengan KIMBALLS ini juga, marilah kita bersama-sama mengimarahkan lagi surau ASTAR, moga2 ia akan membawa manfaat dan kebaikan kepada semua...
Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan. Dia memperkaya mereka yang menerimanya, tanpa melaratkan mereka yang memberinya. Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya. Tak seorangpun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya. Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan. Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan. Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.
Malam Apresiasi Balai Islam ASTAR 09/10 15 Mac 2010 Pengisian Khas Forum Perdana ''Percaya Untuk Berjaya'' 11 Mac 2010 Lawatan Amal Bersama Biro Penyayang ke PERNIM 7 Mac 2010
Tazkirah Perdana Maulidur Rasul 25 Februari 2010
Kempen Anda Bijak Jauhi Zina 8-10 Februari 2010
Pertandingan Bubur Asyura Balai Islam KK12 30 Januari 2010 Hari Interaksi BI - Rehlah Ukhwah Fillah Selamanya (RUKHFIS 10) 17 Januari 2010
Sambutan Hari Lahir Warga Balai Islam 11 Januari 2010 Simposium Maal Hijrah 1431 (HIJRAH '10) 7,9 & 10 Januari 2010
Solat Hajat Ambang Peperiksaan (SHAP 09) 29 Oktober 2009