Sunyi Alam Dikala Malam

Berlabuh sudah tirai malam diiringi titis-titis embun yang disulami sinaran kelam sang rembulan... Suatu jangka waktu yang gelap hanya bertemankan sedikit cahaya suram pelita-pelita malam... Kini, terbit fajar pagi yang mungkin membawa sang suria yang terik, cahayanya menerangi tapi adakalanya menyilaukan tiap pandangan mata...

Bagi tunas-tunas yang baru, suatu kelebihan buat mereka, bisa menjadi segar dan terus berkembang menjadi pepohon menghijau rimbun...tapi, untuk si pungguk, sinar terang suria suatu halangan untuknya terus bebas bergerak.

Siang tak selalunya panas, ada waktunya datang kepulan-kepulan awan hitam menjadikan mendung di tengahari... dan lebih kelam lagi ribut melanda menyusul sesekali...benih yang baru cuba bercambah terhalang dan kerna ribut terus musnah tanpa sempat melihat drama kehidupan...

Kesian sang bunga...yang baru hendak kembang mekar dengan warnanya, namun hilang seri kelopaknya lalu menguncup mengharap ada sinar yang bakal kembali di esok hari untuknya mekar sekali lagi...Saat itu jua, muncul sang ular walaupun hujan turun, kerna baginya hujan itu suatu kelebihan waima bukan bagi yang lain, kerana disaat itu ada banyak sumber untuknya mengisi kelaparan untuk terus hidup...

Semuanya terus berlalu, hingga reda hujan ribut lalu suatu suasana nyaman dan tenang menjadikan penghuni-penghuni alam mula keluar, bangkit semula, mencuba nasib walaupun setelah sekian waktunya hanya menunggu hujan berlalu pergi...


Saat ini, tumbuh pula cendawan-cendawan baru, berputik memenuhi sekalian ruang yang dituju, berbekalkan kelembapan yang sedia ada yang memang untuknya. Tumbuhlah!!! Gunakan kelebihan yang ada untuk terus membesar sebelum nanti suatu saat kau akan kehabisannya, Sementara itu, ia terus hidup menyebarkan butir-butir kehidupan baru agar cendawan lain bisa tumbuh... Sang unggas pula, berkicau kembali,bertebaran mencari rezeki, setelah ia tak mampu terbang tika hujan tadi, bukan ia tak mahu terbang tapi ada keterbatasan diri, namun setelah cuba menyelamatkan diri, hingga saat dan waktu yang sesuai ia keluar semula mendapatkan apa yang dihajati...

Air-air hujan yang masih jatuh dari celah-celah rimbunan dedaun dan yang terkumpul menjadi sumber penghidupan buat semua yang menghuni di sekeliling... 12.31 am
0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers