"Janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat"
Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mestila di hukum dengan 100 kali sebatan., sebagaimana Allah firmakan dalam surah An Nur, ayat ke 2 yang bermaksut:
"Perempuan perempuan dan laki laki yang berzina hendaklah keduanya di dera( sebat ) dengan masing masing 100 deraan ( sebatan ) "
Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembap ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan dangkalnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.
Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaaan di akhirat lebih dasyat dari 100 sebatan.
Rasullah SAW ketika Israk dan Mihraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh , meminta agar mereka dijauhkan dari penzina tersebut.
Rasullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
" Takutlan kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina diberikan 6 macam bala dan seksaan. Tiga bala sewaktu di dunia
Allah mengurangkan rezekinya
Hilang keberkatan hidupnya
Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat,menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas untuk menutup peluang berbuat zina atau bisikan syaitan yang mendorong kearah perbuatan terkutuk itu. Sabda Rasullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrany;
Jauhila kamu bersunyi sunyi dengan perempuan. Demi Allah , tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masukla syaitan diantara keduanya dan bersentuhan seorang lelaki akanbabi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang todak halal baginya.
Akhirkata, firman Allah SWT dalam Al-Quran :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. An Nur 30 - 31
Post a Comment