Andai dirimu kesunyian..
Ketahuilah bahawa masih ada yang mengingatimu
Rakan-rakanmu sentiasa ada di sekelilingmu
Kawan-kawanmu sentiasa membahagiakanmu
Sahabat-sahabatmu sentiasa mendoakanmu
Walaupun adakalanya kau tidak sedari
Kerana itu lebih baik, mungkin...
Andai dirimu kesunyian..
Ketahuilah bahawa kau tidak kesunyian
Kerana kesunyian itu suatu permainan
Suatu ujian menguji ketabahan jua kesabaran
Mendidik diri agar lebih menghargai
Mendidik diri agar lebih memahami
Bermuhasabah, berfikir dan terus berfikir
Adakah dirimu benar-benar kesunyian ?
Dan kau merasakan dirimu benar-benar kesunyian
Maka, tertipulah diri !
Mana mungkin lidah sunyi tanpa berzikir
Mana mungkin jemari sunyi meratib tasbih
Mana mungkin mata sunyi melihat keindahan ciptaan
Mana mungkin telinga sunyi menyapa gemersik alam
Sunyikah dirimu ?
Andai dirimu kesunyian..
Ketahuilah, yang paling penting
Allah sentiasa bersamamu
Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar
Allah sentiasa bersama hambanya
Cuma.. hambaNya yang tidak menyedari
Bersyukurkah diri ini?
Andai dirimu kesunyian..
Ketahuilah, dengan mengingati Allah,
hati-hati akan menjadi tenang..
HasYimie..
8 Disember 2008
ditujukan untuk seseorg yg merasakan dirinya kesunyian....