Pada pagi itu, seperti mana pagi2 yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum", seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...", kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu. "Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat! serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuhu. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku
segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh...", seruku,"...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?". "InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamulaikum",seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.
Adakah esok aku masih berpeluangSubuh masih datang menjengukku?
selamat pagi subuh..!
kalau dah baca tapi tak phm...sila baca semula elok2 yer... maybe posting ni agak sukar utk difahami, tapi kalau dah faham mesti seronok... selamat pagi subuh ni mengajak kita byk berfikit... maksud tak terus samapi tapi perlu di cari... tersirat lah kirenyer...
terima kasih krn sudi baca dan selamat bermuhasabah...
berapa byk agaknya ucapan salam subuh yang kita tak jawab? ehm...
untuk posting ni ade 1 lagu raihan yg sesuai sgt... iaitu peristiwa subuh nanti saya post kan lirik lagunyer...
sian ak tgk blog ni,mcm syok sendiri la plak..xde org kasi komen,diri sendiri hantar komen..kpd hasyimie,jange maroh..teruskan 'usaha engkau..emmmm..
kpd anonympus yg tak sudi letak namenyer... walaupun takde org komen tapi sekurang2nyer orang bace... n sape kate takde org komen...ade je org komen... n lagi satu komen saye tu lebih kpd penerangan untuk posting tu...ape pun...tq kerana sudi baca dan sudi komen walaupun katenyer takde org komen, tapi dah terbukti ade jer org komen...hahahah