Badan Sihat Otak Cergas
Oleh: Yuana 17 Dis. 2008
Selama seminggu saya menanggung sakit di bahagian kiri dada. Ia kerap berlaku selepas sahaja saya makan. Kadang-kadang berlarutan apabila perut saya lapar.
Bukannya tidak boleh segera ke klinik. Boleh saja jika alasan Klinik Pelajar UM jauh dari kolej saya tolak ke tepi. Walaupun memang jauh. Jika berjalan kaki mahu memakan masa hampir 45 minit. Lebih-lebih lagi ketiadaan masa menyekat hasrat saya untuk ke klinik. Mungkin ada benarnya, pelajar fakulti pergigian paling sibuk dengan kuliah. Kelas kami bermula jam 8 pagi. Jam 12 atau 1 ptg barulah berakhir untuk sesi pagi. Kemudian bersambung jam 2 ptg dan berakhir 5 petang. Begitulah kebiasaannya.
Sebenarnya, saya menanti selama seminggu untuk sakit itu hilang dengan sendirinya. Saya berpendirian jika sakit itu berpanjangan, barulah saya ke klinik.
Inilah sikap saya dan kebanyakan orang di luar sana(saya rasa). Sikap saya ini mendapat teguran daripada seorang pensyarah yang mengajar subjek Pergigian Masyarakat. Subjek ini menyentuh perkaitan antara Pegawai pergigian aka Doktor Gigi, pesakit, masyarakat dan kesihatan pergigian. Memang selalunya apabila seseorang merasa sakit, keputusan untuk menunggu sehingga sakit itu sembuh sering menjadi pilihan utama sebelum bertindak mendapatkan rawatan di hospital. Ialah, sudah terhantuk baru terngadah. Adakah anda bersetuju dengan saya?
Perkara ini menjadi pengajaran kepada saya. Apabila berasa sakit(selain demam atau selsema yang berpanjangan), kita perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan penyakit itu bertambah kompleks dan mewujudkan komplikasi.
Contohnya dalam bidang pergigian. Apabila gigi mulai rasa sensitif, kemungkinan gigi itu mengalami karies yang awal. Karies adalah keadaan struktur gigi yang rapuh akibat pengumpulan bakteria jahat kesan penjagaan gigi yang tidak efektif. Karies pada tahap ini masih boleh diselamatkan jika pesakit mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik pergigian. Jika tidak, gigi itu akan berlubang. Apabila makan, makanan akan mengisi ruang gigi yang berlubang seterusnya membentuk lubang yang lebih besar tanpa kawalan dan rawatan. Malah akan lebih teruk lagi, gigi itu boleh menjadi tidak berfungsi. Mati. Pernah dengar istilah gigi mati? Maknanya, kemungkinan besar gigi itu terpaksa dicabut jika ‘root canal treatment’ tidak dapat dilakukan. Dengan ini saya yakin kita lebih jelas berkenaan implikasi yang akan berlaku jika kita tidak mendapatkan rawatan segera. Maka, jangan berlengah lagi jika anda mengesan sebarang kesakitan pada gigi.
Kesihatan yang baik sangat penting untuk memastikan perjalanan hidup kita sehari-harian berjalan dengan lancar. Terutamanya semasa beribadah. Cuba bayangkan jika gigi anda sakit, adakah anda mampu khusyuk dalam sembahyang? Jelaslah bagaimana pengaruh kesihatan penting dalam hidup kita.
Jadi, marilah kita sama-sama ambil endah tentang keadaan tubuh kita. Adakah kita cepat berasa lemah, selalu malas, selalu mengantuk? Jika ya, bermulalah dengan gaya hidup yang sihat. Luangkanlah sedikit masa untuk bersenam. Jangan lupa untuk menggosok gigi dan amalkan flos setiap hari. ( Rujuk internet berkenaan flossing )
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARIPADA SAYA.INSYAALLAH, SAMA-SAMA KITA AMBIL LANGKAH PERTAMA UNTUK MENJADI LEBIH SIHAT!
samelah kite...saye kalau demam, memang saye takkan pi klinik atau mkn ubat...sy asume yg lame2 demam tu akan elok sendiri...huhuhu ubat tak sedap lah...heheh
demam dan selsema berlaku krn sistem imun badan kita lemah.
jadi ubat yg terbaik banyakkan mnm air dan berehat dgn tidor yg cukup.
stress juga adalah penyebab demam dan selsema. peningkatan student deman,selsema ketika exam nak dekat mmg benar. jadi, belajarlah kawal stress.
saya sendiri pun mmg anti-panadol. ubat mmg boleh buat kita sht dgn izin Allah, ttp ubat sendiri sebenarnya memberi side effects.
namun, dlm situasi yg mmg memerlukan ubat spt selepas accident, luka yg besar dan sbgnya, jgnlah pulak byk kerenah.
tubuh badan adalah amanah Allah SWT. amanahNya kita kena jaga dgn baik. sebab...Allah akan tanya bagaimana kita jaga dan manfaatkan sgl anugerah ini...
ehm...betul2