Berfikirlah Positif, Negatif Pasti Menangis

Think Positif, Negatif Pasti Menangis

Cerita I

Seorang anak kecil kurang lebih berumur 4 tahun sedang bermain, berlari-lari di atas jalan yang berbatu-batu kecil.

Ibunya kemudian menjerit, "Adik, jangan lari! Nanti jatuh!"

Anak itu masih berlari-lari.

Cerita II

Seorang sahabat berkata kepada hamba, "Kalau aku kaya aku nak beli itu ini."

Sahabat hamba masih belum kaya (walaupun susah bertahun-tahun bekerja).

Cerita III

Pagi ini pagi yang indah. Tidak terlalu panas, tidak pula terlalu dingin. Katak Hijau Pucuk Pisang ingin ke kelas, dengan hati girang dan berbunga-bunga. Sedang dalam perjalanan ke kelas, Katak bertembung dengan Burung Belatuk Paruh Besar.

Burung Belatuk: Eh, Katak, kenapa muka kau pucat? Kau sakit?

Katak: Eh, aku sihat. Tak sakit.

Katak meneruskan perjalanan. Ketika sampai di pintu kelasnya, Katak terserempak pula dengan Kuda Belang Ekor Kontot. Katak tersenyum.

Kuda Belang: Katak, kenapa kau nampak lesu? Kau demam?

Katak: Tak, aku macam biasa.

Katak terus masuk ke dalam kelas dan mengeluarkan buku-bukunya dan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya.

Sesudah tamat pelajaran pagi itu, Katak mengemaskan buku-bukunya dengan hati senang. Dia berkobar-kobar untuk menyambung kelasnya petang itu pula. Tiba-tiba, rakan sekelasnya si Arnab Mata Merah menghampirinya dan berkata, "Katak, kau okey? Kau tak sihatkah? Demam?"

Katak mula pelik dengan reaksi rakan-rakannya. Katak terus keluar dan berniat untuk terus pulang. Dalam perjalanannya, Katak bertemu pula dengan Kekura Comot.

Kekura Comot: Hai Katak! Eh kenapa pucat? Kau sakit? Kau baliklah berehat.

Katak berasa pelik dan akhirnya pulang ke rumahnya dengan rasa lesu, memakan dua biji Panadol lalu tidur.

Cerita IV

"Aku rasa susahlah nak buat ni." Zainal Abidin berkata kepada Zainal Arifin.

"Macam susah, aku tak tahu, tapi aku nak cuba." Zainal Arifin pula berkata.

"Ah, susahlah. Susah! Aku rasa susah. Tak perlu buatlah!" Zainal Abidin menyambung.

Mereka sama-sama tidak membuat pekerjaan itu.

Cerita V

"Aku rasa nak demamlah..." (Lalu baring dan berselimut)

Cerita VI

Hamba mandi pada pukul 5.00 pagi. Rumah hamba tidak ada water heater. Dalam hati meronta-ronta, "Sejuk giler air ni... Brrrrrrrr..." (sambil menggigil-gigil)

MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN?

Cerita I

Ibunya boleh berkata, "Adik, jalan!"

Cerita II

"Nanti aku kaya aku nak beli itu ini." Ini satu ayat cita-cita dan doa. Penggunaan kata kalau hanya angan-angan. Kalau, boleh jadi satu perkataan negatif.

Cerita III

Katak tidak sakit, tetapi kenapa Katak pulang ke rumah dan makan Panadol, kemudian tidur?

Cerita IV

Susah, memang susah, kalau kita anggap susah. "Senang, aku boleh buat!"

Cerita V

Tukar ayat, "Aku sihat!" (Bangun dan terus beraktiviti, mandi, buat air milo panas, etc)

Cerita VI

Tukar ayat lagi, "Wah segarnya air ni! Panas!" (senyum lebar-lebar)

Maka,

hamba cuma mahu sampaikan, betapa pentingnya semangat positif, kata-kata positif, reaksi positif dan segala bagai yang positif.

Cuba lakukan kisah Katak kepada seorang rakan kamu. Rancang bersama 4-5 orang sahabat lagi untuk melakukan perkara yang sama. Setiap kali berjumpa dengan seorang rakan kamu itu, katakan yang mukanya pucat, badannya nampak lesu, nampak tak bermaya dan sogokkan dengan kata-kata negatif dan sakit. Tengok tidak berapa lama selepas itu sahabat itu mungkin akan terus jatuh sakit. Hamba kata mungkin, bagi yang menjaga psikologi diri sendiri, pasti tidak akan terpedaya. Tetapi, sebagai manusia biasa, pasti kita akan terasa memang ada yang tidak kena dengan diri kita bila rakan-rakan mengatakan perkara yang serupa. Lalu, kita anggap diri kita memang sakit, memang nak demam dan sebagainya dan membuat tindakan yang sama seperti manusia yang memang sakit.

Penggunaan kata jangan, tidak, bukan, semuanya perkataan-perkataan negatif. Ya, tolong jangan jadi lurus bendul. Penggunaan perkataan-perkataan ini bergantung kepada mesej yang ingin disampaikan dan pembinaan ayatnya.

Sekiranya anak kecil yang sedang berlari disuruh jangan berlari, yang hanya didengarinya hanyalah 'berlari' bukan 'jangan'. Maka anak itu akan tetap berlari. Mungkin dia akan berhenti berlari jika benar-benar mendengar cakap ibunya. Tetapi hasilnya akan menjadi lebih cepat dan mudah bila menyuruhnya berjalan ketika dia sedang berlari. Kerana tidak ada perkataan jangan dan berlari.

Seperti juga ketika kita terasa seperti mahu demam. Jika kita berkata "aku rasa nak demam", maka senanglah kita demam. Kita mendidik diri kita untuk menerima fakta yang kita demam. Sebaliknya berlaku jika kita menggunakan ayat yang positif.

Bukan: Aku nak demam atau Aku tak sakit.

Tetapi: Aku sihat! (dengan keyakinaan dan doa)

Jika kita menghadapi satu pekerjaan yang susah, kemudian kita berkata pekerjaan itu memang susah, atau disogok rakan yang mengatakan itu memang susah. Maka kita memperbodohkan diri sendiri. Kita belum mencuba. Orang lain telah mencuba tetapi gagal, tidak bermakna kita juga akan gagal. Seharusnya kita memandang segala perkara yang belum terjadi secara positif.

Di dalam cerita hamba mandi di subuh hari, memang air itu sejuk. Sangat sejuk. Tetapi hamba patut mengatakan yang air itu panas. Ya, tolong jangan terima bulat-bulat kata hamba. Yang sejuk tetap sejuk tetapi hamba tidak perlu memikirkan tentang sejuk. Sebaliknya menganggap air itu panas. Hamba tidak akan merasa air itu panas (sebab ia memang tak panas) tetapi hamba akan merasa air itu tidak sejuk. Kamu faham? Tolong fahamkan. Malah, hamba menganggap ia sebagai sesuatu yang menyegarkan. Jadi, sejuk bukan satu bebanan bila mandi seawal itu.

Kalau aku sudah kaya dengan Nanti aku sudah kaya adalah berbeza. Hamba tidak suka kalau. Kerana kalau itu sekadar angan-angan kita. Sekadar kemahuan yang mungkin kita tidak berusaha melakukannya. Apabila berkata nanti, itu tandanya kita akan menjadi, kita sedang dalam usaha, kita sedang berdoa dan bekerja untuk mendapatkannya.

Seperti juga berkata kalau boleh. Itu negatif.

Mengapa tidak, mesti boleh?

Sebenarnya hamba benci dikelilingi manusia-manusia yang asyik memberi aura negatif kepada hamba. Ya, memang kita merancang Tuhan yang menentukan. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan hasilnya.

Hamba cukup marah manusia yang sentiasa memandang perkara dari sudut negatif. Baginya tidak boleh, susah, mustahil dan sebagainya.

Kata orang berkulit putih, "Looking at the glass half empty, not half full."

Cuba ambil satu kertas putih dan lukiskan satu titik hitam di tengah-tengah kertas itu. Kemudian tanya beberapa sahabat kamu. Pasti yang mereka nampak adalah titik itu, yang hanya kecil dan bulat. Tetapi bukan kertas putih yang masih banyak ruang putihnya. Benar atau tidak?

POSITIF.

Penting! Nampak remeh. Nampak kecil. Tetapi boleh mengubah hidup kita.

Baik, kita mulakan hari ini.

Hamba tidak mahu jadi malas.

Ah, silap!

Hamba rajin! (dan senyum lebar-lebar, semanis yang mungkin)
0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers