salam ukhwah, salam mahabbah
Telah lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Baiklah, biar saya mulakan begini. Seperti yang kita sedia maklum, projek ke-3 Balai Islam ASTAR untuk sesi 2008/2009 iaitu Kursus Jenazah & Amali Sembelihan (KURJAS 09) akan berlangsung tidak lama lagi. Dengan berbaki lebih kurang 6 hari sahaja lagi, sudah pasti persiapan terakhir dan terbaik sedang dilakukan.
Dikesempatan ini juga, saya berharap dan memohon agar semua warga KURJAS 09 dapat menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh. Elakkan rasa tertekan, tenang-tenangkan pemikiran kalian. Senyum selalu, moga tugasan kalian dapat dilaksanakan dengan lancar. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda. Kesimpulan awalnya, sebagai pemimpin yang masih memerlukan tunjuk ajar daripada semua pihak, saya berharap agar kalian dapat memberikan kerjasama kepada saya.
Diri ini sedar, mengetuai sesuatu organisasi, sebagai pemimpin atau ketua, diri ini mestilah lebih kuat dan tabah berbanding yang lain. Analoginya mudah, bayangkan sebuah keretapi yang sedang menaiki bukit, kepala keretapi yang berada di bahagian paling hadapan haruslah lebih kuat dan tinggi kuasanya. Bertujuan untuk menarik gerabak-gerabak yang berada di belakangnya. Jika kepala keretapi tersebut tidak kuat dan tidak cukup kuasanya, sudah pasti ketika menaiki bukit tersebut, kesemua gerabak akan meluncur dan tergelincir turun semula, akibat kepala keretapi yang tidak kuat.
Apa yang nyata, saya masih lagi memerlukan sokongan kalian. Kerana diri ini bukanlah kepala keretapi yang mampu menarik gerabak yang begitu banyak. Namun, mujurlah, saya masih ada sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Tanpa kalian, tidak tahulah di mana kata hati ini hendak diluahkan. Berpesan kepada diri sendiri juga, ingatlah, Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih. Betulkan niat masing-masing. Nescaya pertolongan Allah itu ada di mana-mana. Di akhirnya, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kalian, ada orang kata, jika semuanya sempurna, kita tidak dapat belajar daripada kesilapan.
Memang saya setuju, kesilapan mengajar erti kehidupan, namun, jika kesilapan itu boleh dielakkan, adalah lebih baik, ia dielakkan agar kita dapat memberikan yang terbaik. Menuntut kesempurnaan itu memang sesuatu yang agak mustahil, tetapi cukuplah jika kita memberikan yang terbaik. Eminn..
Thank you for the effort in organizing KURJAS 09. I registered to participate, just wondering about the 'amali sembelihan'. Will participants get to try on live animals or watch demo? I heard from experienced villagers about some technique making sure the animal's blood doesn't spurt too much. Being raised in the city, I have never tried it. Looking forward to the porgram!
kepada MK:
terima kasih kerana berminat dan mungkin rasa teruja untuk menyertai amali sembelihan. Peserta insyallah akan merasai sendiri pengalaman menyembelih ayam... tapi tak semua akan merasai menyembelih, coz peserta lebih kurang 150 semua, ayam nyer 50 ekor , so 1 ayam untuk 3 peserta, so maybe sorang akan sembelih, sorang akan pegang kaki, sorang pegang leher ayam,.... hehe.. lebih kurangnyer macam tu lah.... yang penting semua org nanti akan dijemput untuk makan ayam2 yang dah disembelih tu pada sebelah malamnya.... ni bukan sekadar demo yer... about some tecnq to make sure d animls blood doest spurt 2 much... i dont know bout dat... tak pasti lah pulak kalau ketika kursus tu nanti akan diajar... same2 kita nantikannyer yer...