Aku (Imam Syafie) mengadu kepada Waki' (gurunya) mengenai buruknya hafalanku. Maka dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat, dan memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan maksiat.."
Program Kuliah Ilmu Sepuluh Minit Insyallah Settle atau lebih dikenali dengan KISMIS 09 yang diatur khas oleh Biro Pengisian dan Pengimarahan Balai Islam Astar merupakan program khas sempena study week dan exam week. Ia sememangnya lebih kepada penyampaian tazkirah ringkas daripada pimpinan BI, para ajk dan beberapa orang warga Astar yang lain.
KISMIS 09 membuka tirainya pada 27 Okt. 09 dengan sedikit pengisian ilmu yang disampaikan oleh Hasyim. Perkongsiannya lebih kepada cara mencapai kejayaan dalam konteks individu muslim. Antaranya termasuklah membetulkan niat, istiqamah, sabar, menyebarkan ilmu, memuliakan guru, hubungan dengan Allah dan manusia serta bijak memilih rakan. Turut dikongsi bersama ialah akhlak penuntut ilmu seperti, merasakan tanggungjawab menuntut ilmu, tawaduk, beramal dan menyampaikan ilmu. Kisah kesungguhan Imam Syafie dan Abdullah Bin Abbas dalam menuntut ilmu juga turut diselitkan bersama. (more-mukmin cemerlang)
Diakhir tazkirahnya, sahabat-sahabat jemaah yang ada ditanya apakah yang dapat digambarkan jika diberikan sebuah mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut... Menutup tazkirahnya, dikhabarkan bahawa, ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu, menuntut ilmu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang ada itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut.
KISMIS 09 seterusnya disampaikan oleh Luqman Hakim, merangkap PP Publisiti dan Informasi. Lebih kepada perkongsian mengenai kisah-kisah para sahabat mengenai ilmu dan solat yang menjadi asas kepada individu muslim.
Manakala, PP Pengurusan Surau iaitu Syahir pula menyampaikan mengenai lebih kepada faktor kejayaan individu muslim. Antaranya ialah solat, hubungan dengan Allah dan makhlukNya, dan selawat. Umum mengetahui bahawa solat merupakan tiang agama, dengan solat jugalah mampu mencegah kita daripada perbuatan mungkar sebagaimana yang termaktub dalam Surah Al-Ankabut. Perlu diketahui juga, apabila kita menjaga hubungan dengan penduduk di muka bumi Allah, nescaya kita akan dikasihi oleh penduduk langit dan yang paling penting hubungan kita dengan Allah lah yang paling utama yang perlu dijaga dengan sebaiknya. (more-solat)
Keesokannya, Nazzem (ajk pengisian) pula mengisi slot KISMIS dengan membawa para jemaah untuk mengingat kembali peristiwa Al-Aqsa. Turut diingatkan bahawa, Al-Aqsa merupakan isu sejagat yang harus diketahui, diambil kisah dan difahami apakah yang berlaku sebenarnya. Ia bukanlah satu rentetan peristiwa yang bermusim, hangat diperkatakan apabila musuh Islam datang menyerang, senyap dan sunyi apabila semuanya selesai secara mata kasarnya. Ironinya, itulah yang berlaku sekarang.
Isu sejagat, isu sedunia ini... yang mencabuli negara dan saudara-saudara Islam kita sendiri seolah-olah dipandang sebelah mata oleh semua pihak. Lantas, dimanakah kesedaran kita? Boikot? Berperang? Kempen? Atau sekadar berdoa ?
Ahmad Azhari merangkap PP Dana dan Kebajikan pula menyampaikan tazkirah bertajuk ujian Allah adalah tanda kasihnya. Sebagai hambaNya yang memang diciptakan untuk beribadat kepadaNya, harus difahami bahawa segala apa yang berlaku kepada diri kita datangnya daripada Allah dan segala apa yang kita lakukan juga adalah dengan niat kerana Allah. Sabda Rasulullah SAW... Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, Allah akan mengujinya dengan kesusahan... Riwayat Al Bukhari.
Turut disampaikan juga mengenai mengapa kita diuji? Perkara pertama yang perlu difahami ialah setiap ujian itu adalah rahsia Allah, samada hendak menguji iman kita, semakin bertambah atau berkurang. 4 perkara utama mengapa kita diuji antaranya termasuklah, untuk menunjukkan tahap keimanan kita, untuk meningkatkan kedudukan di sisi Allah, ajaran terus daripada Allah, dan juga sebagai mesej dan peringatan kepada manusia. Apabila kita diuji, kita sebenarnya semakin mengenali diri kita, dan apabila kita mengenali diri kita, nescaya kita akan mengenal Allah. (more-mengenal Allah)
KISMIS diteruskan dengan penyampaian daripada Ahmad Fadhlul Hadi yang merupakan PP Domestik dan Teknikal.
Suhail Anwar pula selaku Pengerusi BI menyampaikan mengenai syukur. Antara syukur dengan kufur, mungkin ramai yang tidak kisah dengannya. Syukur...apalah sangat, jika tidak bersyukur pun, Allah masih memberi. Tetapi, apakah makna pemberian Allah jika tidak langsung terselit rasa syukur di hati kita? Dapatkah kita jamin bahawa pemberian Allah itu diiringi dengan keredhaannya? Beranikah kita untuk menyatakan pemberian Allah itu sebagai tanda kasihnya? Jika melafaz Alhamdulillah pun sukar sekali, mungkinkah kita hamba bersyukur? atau kufur nikmatNya? (more-syukur)
Diakhir tazkirahnya, membawakan semula kisah bagaimana Imam Syafie bertanya 6 soalan kepada muridnya. Iaitu, apakah yang paling dekat dengan kita, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan serta paling tajam. (more-6 soalan)
Seterusnya, KISMIS menjemput khas warga Astar yang lebih mesra dikenali sebagai Achik. Merupakan pelajar tahun pertama daripada jurusan Kaunseling. Berbicara mengenai syukur... banyak kisah menarik dan yang dikongsi bersama... Yang ditegaskan adalah, apa pun yang menimpa kita kita perlulah bersyukur, mengucapkan Alhamdulillah... kerana apa yang berlaku itu, merupakan ketentuan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian Allah itu juga merupakan rahsia Allah, maka bersyukurlah kita sementara menanti hikmah disebaliknya.
Bersama mengimarahkan majlis ilmu, majlis ilmu umpama taman-taman syurga. Sampai dan sebar-sebarkan walau sepotong ayat...Insyaallah...
Sekian, lintas langsung daripada KISMIS 09 - M.H.

Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya, sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga"
[H.R Tirmidzi]

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Surah Ibrahim: 4
Diakhir tazkirahnya, membawakan semula kisah bagaimana Imam Syafie bertanya 6 soalan kepada muridnya. Iaitu, apakah yang paling dekat dengan kita, paling jauh, paling besar, paling berat, paling ringan serta paling tajam. (more-6 soalan)
Seterusnya, KISMIS menjemput khas warga Astar yang lebih mesra dikenali sebagai Achik. Merupakan pelajar tahun pertama daripada jurusan Kaunseling. Berbicara mengenai syukur... banyak kisah menarik dan yang dikongsi bersama... Yang ditegaskan adalah, apa pun yang menimpa kita kita perlulah bersyukur, mengucapkan Alhamdulillah... kerana apa yang berlaku itu, merupakan ketentuan Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian Allah itu juga merupakan rahsia Allah, maka bersyukurlah kita sementara menanti hikmah disebaliknya.
"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."KISMIS yang seterusnya menantikan penyampaian dan tazkirah-tazkirah daripada generasi-generasi tahun pertama yang bakal menjadi pelapis ke arah memakmurkan Islam di Astar ini terutamanya seterusnya ke seluruh masyarakat sejagat.

Post a Comment