Apa Yang Ada Jarang Disyukuri...



Aku berteleku menongkat dagu di muka jendela, menghadap sawah yang terbentang luas di depan mata. Aku halakan pandangan ke arah anak-anak padi yang bercambah, menjulaikan dedaunnya mencecah air. Setelah itu, aku dongakkan muka ke langit, nun sekawan burung sedang menyambar belalang di udara.


Tetapi entah mengapa semua pandangan itu tidak membawa apa makna lagi. Saya rasa saya manusia paling tidak berguna di dunia ini. Kemudian, aku lebih tertarik melihat pergerakan sang kerengga yang sedang berbaris-baris di muka jendela. Aku tertanya-tanya, mengapa kerengga yang kecil ini mampu berjalan, tetapi aku tidak?


Tiba-tiba perasaan marah terus menguasai diri. Saya marah kepada tuhan yang menjadikan saya begini. Tuhan zalim! Mengapa kerengga yang tak berguna itu mampu berjalan, tidak cacat, sedangkan aku kudung sebelah kaki?


Kalau tuhan Maha Adil, kenapa aku jadi begini? Mengapa?


Perasaan geram terus menggelegak. Saya terdengar arahan-arahan supaya musnahkan kerengga itu. Bunuh semuanya! Cabut kakinya! Kalau tuhan boleh ambil kaki aku, aku pun boleh patah-patahkan kaki kerengga itu.


Tanpa berlengah, seekor demi seekor, kerengga itu aku tenyeh dengan hujung jari. Sambil tenyeh, aku ketawa terbahak-bahak. Hahahaha...padan muka kau. Aku tidak peduli lagi. Yang penting kerengga itu mesti dihapuskan.


Sewakktu cuba memusnahkan saki baki yang ada, tiba-tiba aku terdengar ada satu suara bisikan, “Jangan!” suara bergetar di dalam diri memberi amaran. “Jangan buat macam tu!”


Aku tersedar, niat itu segera aku padamkan.


Tuhan tidak adil!! Dan kau juga kerengga, tidak tahu makan keadilan.


Kau takkan tahu bagaimana gilanya aku berjalan keluar dari bilik bedah dengan hanya sebelah kaki.


Saya terus ketawa dan kali ini, kerengga yang tidak bersalah itu terus menjadi mangsa. Aku cabut lagi kakinya. Setelah itu, aku balingkan kerengga iitu ke tanah. Biar ia tergolek, biarkan. Kalau kau sakit, aku lagi sakit ! kalau kau rasa aku tidak adil, tuhan itu lebih tidak adil kepada diriku...FAHAM !!!


Kerengga...kau tu hanya kerengga, serangga, tiada akal dan tiada kehidupan.tapi aku manusia. Ada akal, ada kehidupan.


Sebentar aku ketawa, kemudian aku menangis. Di saat yang lain, aku memarahi tuhan, dan di saat yang berikutnya, aku benci dengan kehidupan yang aku lalui ini.


Kehidupan ini aku rasakan begitu jijik. Diri aku ini pula aku rasakan begitu hina. Aku menjadi seperti orang gila, sehinggalah pada suatu hari, aku dibawa oleh keluarga ke sebuah pusat pembuatan kaki palsu untuk menempah kaki kanan aku.


Sewaktu bertopang menuju ke kedai itu, tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kakinya, sedang mengesot di atas simen. Aku pandang lelaki itu, dan dia membalas dengan senyuman. Senyumannya ikhlas. Wajahnya yang tenang itu menggambarkan lelaki tersebut begitu gembira dan redha dengan keadaannya walaupun terpaksa mengesot.


Ya Allah!!! Apa yang telah aku lakukan selama ini? Di saat itu saya merasakan begitu sebak. Air mata saya berlinangan. Benarkah tuhan tidak pernah adil pada aku? Tuhankah yang zalim? Atau aku yang kejam?


Malam itu, aku kembali mengucap panjang dan memohon ampun. Peristiwa pada hari itu telah mengubah seluruh kehidupanku untuk lebih bersyukur atas apa yang ada. Aku menginsafi bahawa sebagai hambaNya yang kerdil, Allah telah mengatur segala-galanya sejak lahir hingga ke liang lahad. Ya Rabbi!! Engkau Tuhan Maha Agung..!


...Apa yang ada jarang disyukuri...

...Apa yang tiada sering dirisaukan...
...Nikmat yang dikecap...
...Baru kan terasa bila hilang...
...Apa yang diburu timbul rasa jemu...
...Bila sudah di dalam genggaman...

0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers