“Wah,hebat lah…”
“You are the best. Congratulations”.
“Tahniah lah dapat highest mark. Kongsi lah rahsia kejayaan”.
~ Bertalu-talu pujian yang menerjah masuk ke gegendang telinga. Sehingga kembang kuncup lah hidung dan segala yang lainnya. Hati pun mula berbunga-bunga dengan mekarnya tanpa menyedari diri sedang di jangkiti virus yang maha dasyat. Diri terus di tenggelami dengan kata-kata yang mempersona serta mengasyikkan. Sehingga timbul rasa bahawa diri ini lah yang terbaik dan diri ini lah yang lebih arif berbanding yang lain. Sering kali diri di uji dengan situasi sebegini dan sering jua diri ini tersungkur, rebah dan tewas berhadapan dengannya~
Pernah tak rasa situasi macam ni? Pujian demi pujian di terima. Sampai tak tahu dah nak respond macam mana. Senyum pun dah lain je. Awal2 tu still maintain level of humbleness.Tapi bila dah berbakul2x pujian yang diterima, rasa bongkak, ujub dan takabbur mula menjelma. Bohong lah kalau benci di puji. Paling tidak pun pasti terlintas di hati,
Maaf. Bukanlah tujuan entri ini untuk mengata sesiapa pun. Cuma sekadar bingkisan buat renungan semua.
“Perasaan ujub ibarat pencukur yang mencukur rambut, ia akan mencukur amal kebaikanmu”.
Na’uzubillah…
Tersisa lagi kah amal kebaikan kita selepas habis di cukur ujub?
Sahabat serta diri yang di kasihi,
Orang yang bangga diri atau suka di puji ini mudah sekali untuk terkena penyakit hati.Begitu buruk dan serius nya penyakit hati ini sehingga di dalam kitab Al-Arba’in fi Usul Ad-Din, Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa Rasul pernah bersabda,
“Jika seseorang berjalan kepada orang lain membawa sebilah pisau tajam,maka iu lebih baik daripada dia memuji seseorang di depan hidung orang tersebut.”
Dalam bahasa mudahnya, lebih baik ancaman pisau itu daripada memuji seseorang kerana terdapat hadith di mana seorang pernah memuji sahabatnya di hadapan Rasul sehingga baginda bersabda,
“Celaka kamu.Kamu telah memotong leher sahabat kamu”Sampai begitu sekali sabda Rasul junjungan kita.
Ketahuilah wahai teman, hal ini kerana hati menggerakkan segala tindakan. Hati yang sejahtera akan mendorong seluruh anggota melakukan kebaikan. Akan tetapi hati yang rosak akan mendorong kita melakukan yang sebaliknya. Sesungguhnya segala perlakuan jahat dan mungkar itu pada hakikatnya adalah jelmaan dari hati yang fasad. Justeru itulah Rasul mencela mereka yang gemar memuji dan suka pada pujian kerana pujian mampu merosakkan serta mematikan hati seorang mukmin.
Hakikatnya, pujian adalah ungkapan yang agung dan hanya layak di tujukan kepada Yang Maha Kuasa. Semua ayat tentang pujian dalam Al-Quran semata-mata di tujukan untuk Allah kerana sesungguhnya manusia terlalu kerdil untuk memiliki darjat untuk di puji.
‘Ya Allah, ampunilah aku atas apa yang dia tidak ketahui dan jangan Engkau siksa aku atas apa yang mereka katakan,serta jadikanlah aku lebih baik dari yang mereka kira’
Sedarlah, andai ada pujian insan buatmu, hal itu terjadi kerana Allah masih sudi dan bermurah hati untuk menutup keaiban kita.
Renungkanlah sya’ir Arab yang berbunyi,
“Janganlah kamu berjalan atas mukabumi melainkan dengan tunduk tawadhu’.Berapa ramaikah di bawah mukabumi ini kaum dan mereka itu lebih hebat dari kamu” (tapi telah hancur ditelan bumi)
Mahukah kita tergolong di dalam golongan tersebut? Fikir-fikirkan lah…
nice article.
Tidak salah untuk memuji seseorang yg berjaya mencapai sesuatu. tapi biarlah dgn niat yg jelas. BUKAN TERSEMBUNYI atau tanpa tujuan. ada banyak sebab kenapa kita dipuji :)
boleh jadi:-
1-kena puji, baru disayangi
2-kena puji, baru dpt 'saguhati'
3-kena puji, nak cakap apa lagi, dia memang patut dipuji
4-kena puji, biar dia rasa hebat, macam hebat sangat
5-kena puji, buat dia rasa bagus dan tinggi diri, nanti dia malu sendiri.
Bukanlah begitu, tapi itu memang berlaku. Bukankah lebih baik jika kita memuji dia KERANA ALLAH?
bagaimana tu?
siapa nak tolong jawab ni? :)
artikel ni memang menarik...bukan saya yang tulis tau...tau sy copy dr sumber yg lain...trime kasih kpd sesiapa yg menulis mengani artikel tersebut...rugi sape tak bace artikel ni tau...
sememangnye kite suke memuji dan pd pendapat kite sendiri...ala...pujian bukan salah pun...bende tu baik...
tapi kita tak sedar...pujian itu sebenarnya senjata untk membunuh org yg kita puji...fikirkan
memuji pun ada seni...janganlah sampai pujian kita membunuh dia...
contoh-
"Tahniah...awak beruntung dilahirkan kreatif...semua yg awak lukis memang cantik...besarnya anugerah Allah pada awak...tapi saya teringin nak tengok awak buat tulisan khat ke...boleh kita tampal kat surau...mesti lagi menarik"
-pujian yg mendorong dia untuk dekat dgn Allah-
"Tahniah kerana cemerlang exam. pandailah awak, macammana hati awak boleh terang mudah nak terima ilmu? kongsi skit amalan2 awak?"
ataupun boleh try macam ni..
"TAHNIAH! buat lagi hebat tau! Buktikan org Islam pun boleh cemerlang!"
erm...susah juga kan nak puji supaya tak membunuh...
erhmmm...betul jugak...sebenarnya pujian pun byak jenis... ada pujian yg membunuh ada pujian yg membina... tetapi sedar atau tak kebanyakkan kita memuji dlm kategori pujian membunuh... mcm kak kate...susah jugak nak memuji supaya tak membunuh..huhuhu same2 lah kita muhasabh diri...
nak tambah skit..
baru dpt 1 idea baru setelah pulang dari mukhaiyyam beberapa hari yg lalu..
assalamualaikum.
perasan tak kita sibuk bercakap soal jenis pujian yg membina atau membunuh tanpa kita sedari ada sesuatu yg lebih penting dr itu.
kita selalu bercakap soal bagaimana org akan menerima tetapi kita jarang utk melihat bagaimana diri kita sendiri menerima.
adalah lebih baik kiranya jika kita YG MEMULAKAN. kita BERMULA. stp kali kita menerima pujian, kita praktik untuk tidak bongkak, tidak bangga diri sehingga membuatkan pujian itu membunuh diri kita.
cth, saya pernah dipuji dan respon saya-
"aish, jgn puji lebih-lebih. hancur saya"
at least kita megingatkan diri kita sendiri.
jadi..., sama2 kita muhasabah diri ketika menerima nikmat pujian dan kejayaan..
wallahualam