Sekali Air Bah...Belum Tentu Diri Berubah
Oleh: Mohd Hasyim Bin Harun
sempena SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1430
Oleh: Mohd Hasyim Bin Harun
sempena SIMPOSIUM MAAL HIJRAH 1430
Muharram 1430 Hijriah bakal menyingkap tirainya...membuka lembaran yang baru...buat insan yang benar2 menghargai erti hijrah... Alhamdulillah...sebentar tadi sy sempat membelek2 sebuah buku bertajuk Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah karangan Dato Dr. Fadhilah Khamsah yang saya kira amat bagus buku tersebut...sedikit perkongsian walaupun sebaris ayat...
kita sentiasa impikan untuk berubah daripada gemuk kepada kurus, ada pula yang kurus tetapi hendak gemuk, ada rendah hendak jadi tinggi, yang bodoh hendak jadi pandai, yg malas ingin beubah supaya lebih rajin. Masing2 inginkan perubahan... daripada sesuatu yang kurang baik kepada baik...daripada yang baik kepada yang lebih baik.
kita juga biasa dengar... sekali banjir bah...sekali pantai berubah, rakan2...pantai tak buat apa2 untuk berubah...tetapi air banjir yang merubahnya.... tetapi manusia, untuk berubah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengubah kita...usaha untuk berubah itu ialah atas usaha kita sendiri.... jika pantai...sekali air bah...sekali pantai berubah...manusia? Dah berkali2 air bah...belum tentu diri berubah...! Sahabat2 atau faktor persekitaran yang lain hanyalah boleh membantu anda...selebihnya, iaitu usaha...ialah di tangan anda sendiri... oleh itu sahabat2 sempena tahun baru Islam yang mulia yang bakal menjelma...ayuh...bina azam dan kuatkan azam kita unttuk melakukan perubahan...ayuh memimpin diri melakukan perubahan kepada yang lebih baik...
Firman Allah dlm surah Ar-Ra'd ayat 11:
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
Post a Comment