Musim panas belum berakhir. Kita mengeluh kerana daripada waktu tengah hari hingga petang, panahan cahaya matahari bagaikan membakar kulit. Dengan hanya mengambil masa 8 saat untuk sampai ke Bumi, haba yang dihasilkan sudah cukup untuk membuat kita berasa panas da penat. Walaupun matahari letaknya kira-kira 62 500 000 km dari Bumi, tetapi haba yang terhasil daripada adunan 62.5 % hidrogen dan 28 % helium terasa begitu menyeksakan. Kita mengeluh, kita tidak mahu dibakar matahari.
Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap. Kita memandang ke langit, kelihatan awan hitam berarak, hujan mula turun, dan guruh serta kilat memancar silih berganti. Kita ketakutan kerana kilat yang memanahkan 100 juta hingga 1 bilion voltan elektrik itu boleh membunuh kita, anak, isteri, sahabat, serta saudara mara kita yang lain. Kita mengeluh, kita tidak mahu mati di panah petir, kita marah lagi kepada alam yang serba indah ini....
Tetapi...ingatlah, kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Allah datangkan pula guruh serta kilat. Ketika itulah kita menangis dan mencari di mana matahari...rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita pelangi...yang indah..
Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan
dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang
beraneka macam jenisnya. dan di antara gunung-gunung itu ada
garis-garis putih dan merah yang beraneka macam
warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.(35:27)
dari langit lalu kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang
beraneka macam jenisnya. dan di antara gunung-gunung itu ada
garis-garis putih dan merah yang beraneka macam
warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.(35:27)
Post a Comment