Kisah Dua Sahabat


Pada suatu hari, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung halaman bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan kehidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika sampai di sebuah persimpangan.


Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju untuk memilih persimpangan yang di sebelah kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat baiknya itu tergamak berbuat demikian. Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika.


Dia mengambil sebatang kayu lalu memandang ke tanah. “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU” tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri. Mereka terus sahaja berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai ke sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu yang besar. Dua sahaabat itu lantas minum air di sungai tersebut, dan kemudian mandi untuk menyegarkan badan. Tiba-tiba, sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan oleh arus sungai yang deras.


Hampir sahaja sahabat itu lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahaabt yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya. Di atas tebing yang berbatu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus itu mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian, dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENNYELAMATKAN AKU”.


Sahabatnya terpinga-pinga dan hairan. Dia bertanya, “selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku menyelamatkan kau daripada lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?” Jawab sahabat yang bertubuh kecil...,


“apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia di atas pasir, supaya ia akan terkambus dan hilang apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan pun tidak mampu memadamkannya.”




0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers