Seorang lelaki duduk di depan garaj keretanya apabila hujan mula turun. Semakin lama, semakin lebat, air terus melimpah dan terjadilah banjir kilat. Air terus naik hingga sampai ke garaj tempat lelaki itu berada.
Sejam kemudian, sebuah bot penyelamat datang. Pasukan penyelamat itu bertanya, “encik nak bantuan tak?” “tak perlu, tuhan akan melindungi saya,” jawab lelaki itu sambil berdiri di dalam air yang sudah berada pada pras lututnya. Hujan terus lebat, dua jam selepas itu, ketika lelaki itu sedang berdiri di atas beranda, datang sebuah lagi bot penyelamat. “encik nak bnatuan tak?” tanya anggota penyelamat itu. “tak perlu. Tuhan akan melindungi dan menyelamatkan aku” jawab lelaki berkenaan dengan angkuhnya.
Hujan terus turun mencurah-curah. Tiga jam berlalu, ketika lelaki itu berdiri di atas bumbung rumahnya, sebuah helikopter datang dengan membawa sepasukan penyelamat. “mari kami selamatkan encik, banjir makin teruk, nanti encik lemas!” jerit pasukan penyelamat dari dalam helikopter. Lelaki itu tetap menolak, tak apa, tuhan akan lindungi aku!”
Empat jam kemudian, air naik lagi dengan diiringi ribut dan petir. Akhirnya rumah lelaki itu runtuh dan hanyut dalam banjir. Lelaki itu terkapai-kapai, dan ketika itu, lelaki itu sempat memarahi tuhan. “ tuhan, aku sayangkan Engkau, tapi, Engkau tidak selamatkan aku???
Tiba-tiba dia terdengar satu suara, “bukankah tadi tuhanmu telah hantarkan pasukan penyelamat, dua bot, serta sebuah helikopter untuk menyelamatkan kau?”
p/s: adakalanya... kita sering tertanya-tanya dsan mencari-cari pertolongan Allah, tetapi kita tidak sedar, sebenarnya rahmat dan pertolongan Allah itu ada dimana-mana...cuma kita yang tak perasan...
Post a Comment