Exam Oh Exam...! Ehm...



Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.


Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah gerun ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.


Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijan
gkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran.



Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.


Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

"Lulusan syurga atau pun buangan neraka"


*drpd iluvislam.com

0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers