Ada Apa Dengan A

PUTRAJAYA, 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil. Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang). Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM. Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.


Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian tahun sebelumnya.


Begitulah resam tahunan dunia akademik di Malaysia. Saban tahun pencapaian pelajar yang mengikuti peperiksaan SPM begitu membanggakan sekali secara keseluruhan. Secara rincian, tidak pula dilaporkan dengan jelas. Begitu juga dengan skim pemarkahan yang tidak didedahkan kepada umum, apakah standardnya masih ditakuk lama atau diubah demi kepentingan semasa ???


Meskipun tidak dinafikan, ada rasa bangga dalam kalangan mereka yang berjaya, namun hakikatnya, yang seharusnya menjadi persoalan utama bukanlah masalah kebanggaan. Apakah pencapaian yang baik dalam akademik ini akan menjamin kesejahteraan hidup? Mampukah lepasan SPM yang cemerlang berhadapan dengan krisis ekonomi, sosial dan politik mutakhir ini yang semakin menekan kehidupan?


Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi fokus dalam membincangkan pencapaian para pelajar. Apakah sistem pendidikan selama ini telah berjaya membentuk syakhsiyyah (keperibadian) yang mapan, fleksibel dan berdaya maju dalam menghadapi cabaran hidup? Apakah sistem pendidikan hari ini benar-benar telah melahirkan para pemuda yang berdisiplin, istiqomah dalam kebaikan dan ketaqwaan dan beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman?


Hakikatnya, ramai yang pasti setuju bahawa jawapan yang jelas kepada persoalan ini adalah, 'nampaknya tidak'... Kadar pengangguran tetap meningkat akibat peluang pekerjaan yang semakin menipis. Krisis ekonomi yang tak kunjung reda akibat penerapan dasar pasaran terbuka ekonomi Kapitalisme terus mencengkam kesempitan hidup dalam memenuhi keperluan primer mahupun sekunder. Kebejatan moral masyarakat terus memuncak – masalah disiplin pelajar yang tak pernah reda, rasuah, seks bebas, isu gender dan isu perkauman terus muncul di tengah-tengah masyarakat.


Bahkan banyak lagi masalah, cabaran dan tekanan yang terus menerus bermunculan di dalam masyarakat hari ini. Oleh itu, apakah wajar bagi kita untuk mendabik dada dengan pencapaian akademik yang nampaknya masih tidak mampu memberi sumbangan yang jelas dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan ini?


Pelajar sepatutnya dididik dengan didikan yang sempurna. Mereka perlu didedahkan dengan realiti kehidupan agar setiap permasalahan diselesaikan tanpa memperpanjangkan atau menangguhkannya. Sistem pendidikan perlu diasaskan kepada suatu kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) yang mampu menyelesaikan masalah hidup serta memberikan hasil yang cemerlang dan memuaskan hati. Nyata sekali asas pendidikan yang diamalkan sekarang bukanlah diasaskan kepada kepimpinan berfikir yang cemerlang tetapi sekadar cebisan ilmu dan bukan bentuk tsaqafah (pembudayaan) yang boleh menyiapkan umat menghadapi kehidupan yang penuh cabaran. Lebih buruk lagi, pendidikan diperdagangkan pula untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.


Sistem pendidikan yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang masih kurang mampu membawa kecemerlangan hidup sepertimana era kekhilafahan sepanjang 13 abad sejak Nabi SAW mendirikannya di Madinah. Sistem hari ini nyata, masih gagal membentuk syakhsiyyah Islamiyyah yang mampan, fleksibel lagi berdaya maju untuk menghadapi cabaran hidup yang sebenar-benarnya. Sudah tiba masanya umat Islam (khasnya) sedar dan kembali kepada sistem pendidikan Islam yang berteraskan aqidah Islam agar generasi mendatang dibentuk dengan syakhsiyyah yang cemerlang dan gemilang – sepertimana syakhsiyyah yang dibentuk ketika Islam masih lagi menjadi titik rujukan penyelesaian segenap masalah manusia.

0 Responses

    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers