MPA 2: Panas ! Panas...? Sejuklah...

Alhamdulillah... setelah beberapa ketika tidak menaip di blog kesayangan ini, dapat juga saya menaip, menulis, untuk meluahkan yang terbuku di hati ini, teruja rasanya....


Malam Penganugerahan Astar (MPA 2) telah berlangsung dengan (agak) jayanya pada 7 Mac 09 yang lepas bertempat di Crown Prince Mutiara Hotel KL. Apa yang ingin saya ceritakan di sini, di samping terdapat beberapa masalah teknikal yang saya rasa tak sepatutnya berlaku terutamanya di majlis-majlis yang besar ini, saya juga, atau lebih tepatnya kita semua pasti dapat melihat pelbagai lagi masalah ‘teknikal’ yang hasil daripada servey yang saya lakukan, masalah tersebut memang berlaku setiap tahun, cumanya pada tahun ini, ia berlaku dengan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Mencatatkan peningkatan nampaknya.


Pertamanya, seperti yang sedia maklum, kita lihat apa yang menyebabkan petang yang hujan renyai-renyai itu menjadi panas waima ia sepatutnya sejuk. Saya sebenarnya agak terkejut tetapi langsung tidak terpesona walau sedikit pun apabila menyaksikan pakaian (pakaian ? yeke) yang dipakai oleh mereka, untuk menghadiri majlis makan malam tersebut. Seolah-olah sedang berlaku pertunjukan fesyen, sebenarnya saya pun tak pasti pertunjukan fesyen atau pertunjukan aurat. Mudahnya saya katakan, MPA: Malam Penganugerahan ASTAR? atau Malam Pertunjukan AURAT?


Hadis Rasulullah SAW:

"Dua golongan ahli neraka yang aku belum melihat iaitu.... dan golongan wanita yang memakai pakaian, tetapi telanjang dan meliuk-liuk tubuhnya, mereka ini seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat baunya sekalipun bau syurga itu dari perjalanan yang sekian-sekian..."


Mungkin rasanya, poster mengenai etika berpakaian yang tertampal di kawasan kolej kita ni perlu dibuat dengan lebih besar, supaya mereka lebih nampak (walaupun sebenarnya dah nampak). Tidak perlu diceritakan bagaimana pakaian mereka, kerana masing-masing pasti akan melihat, walaupun cuba mengelak. Maka ternyatalah, mereka berpakaian, tetapi seolah-olah mereka tidak berpakaian. Mengapa? Kerana mereka mendedahkan apa-apa yang perlu ditutup. Tidak kisah bangsa apa, Melayu, Cina, India, semuanya sama sahaja. Sehingga saya pun tak tau nak membezakan yang mana satu kaum yang sebangsa dan seagama dengan saya.


Lagaknya seperti sedang menghadapi musim panas. Ye lah, mereka mengenakan pakaian yang seringkas dan sesingkat mungkin. Panas katanya... Mungkin pada tahun hadapan, daripada tema topeng, apa kata kita beralih kepada tema musim sejuk pula. Siapa tahu? Dengan tema ini, ‘pakaian’ mereka akan lebih menyerupai pakaian? Etika berpakaian menjelang kehangatan MPA 2 juga ada ditampal oleh Balai Islam, ditampal disebelah list nama pelajar yang akan menyertai MPA 2. Buat-buat tak perasan lah... (kata mereka)


"sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik"


Ehm... Selain isu pakaian yang kita dah terbiasa, tiap kali majlis makan malam menjelma, saya juga tidak berapa berkenan dengan beberapa perkara yang lain. Pemberian dedikasi berbentuk bunga ros pada pendapat saya bukanlah satu perkara yang bijak. Katanya mahasiswa, kenalah lebih intelek. Pada hemat saya, pemberian bunga ros, akan lebih kepada seolah-olah untuk mengeratkan lagi jalinan dan hubungan yang nyata-nyata tidak sah. Sudah tentu bunga ros itu akan diberikan lelaki kepada perempuan, dan perempuan kepada lelaki. Jadi... maknanya ?


Sama jer dengan sambutan hari kekasih, macam nak mengaburi mata kita, cuma tarikhnya lain bukan 14 Feb. Jadi, kepada pihak yang berkenaan, tahun depan, kalau nak dapat ‘pahala’ menjadi pengantara untuk memberikan bunga ros kepada pasangan belangkas, ops salah... kepada pasangan kekasih yang sedang bercinta, tahun depan mungkin boleh lagi dilaksanakan pemberian dedikasi berbentuk bunga ros. Maklumlah setiap tahun, pasangan kekasih di kolej kita ni semakin meningkat nampaknya. Macam dah tak cukup ruang untuk mereka berdua-duaan (bukan berdua, tapi sebenarnya bertiga), sehingga dengan mudah kita boleh nampak mereka di mana-mana.


...dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan sejahat-jahat jalan (terkutuk)... Al-Isra:32


Terselak buku panduan kolej pertama, pada perkara J. 3. Berbunyi... penghuni tidak dibenarkan duduk berdua-duaan di sekitar kolej yang boleh mendatangkan curiga dan syak wasangka. Dah ada tindakan diambil ? Mungkin perbuatan mereka masih tak cukup mencurigakan... nak tunggu sampai bila? Makin teruk dah ni, takkan nak terjumpa seorang bayi yang comel kat mana-mana kawasan kolej (tandas terutamanya) baru kita nak bertindak?


Manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. - Prof. Dr. yusof Al-Qhardawi


Seterusnya, mengenai pengacara yang menari-nari di atas pentas, tak perlu saya ceritakan, memang tak sedap mata memandang, sempat juga nak berkepit tangan. Apa kes? Sebelum beralih ke isu-isu yang lebih sejuk, elok saya tanya dan ingatkan... harapnya Maghrib kalian pada malam tersebut dapat disempurnakan, jangan kerana takut terlewat masuk, sibuk bergambar, dan nak jaga rambut dan make up daripada terkena air, kita biarkan sahaja solat Maghrib itu berlalu begiru sahaja. Begitu juga dengan solat isyak, macam mana? Solat tak? Maklumlah, setelah kepanatan, balik pun dah pukul 12 malam lebih, takut2 ada yang terlupa...


Keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Kepada pihak yang terlibat, mungkin tahun depan biarlah MPA berlangsung dengan penuh berprestij dan gilang-gemilang, jangan dipanaskan dewan yang sejuk itu !!! Diakhirnya, saya memohon maaf sekiranya ada yang terasa, dah terang tak perlu bersuluh, kita kena kata dan tegur, walaupun dengan hanya mampu menulis. Sekurangnya, kita punya usaha dan inisiatif, daripada mereka yang tidak melakukan apa-apa. Biar usaha itu kecil, tapi besar di sisi Allah.


Segala nasihat dan teguran itu, untuk diri saya sendiri yang pertamanya, kemudian kepada kalian. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...Eminn...


HasYimie...

*biarkan aku berbicara

www.akusebuahkisah.blogspot.com

18 Responses
  1. Anonymous Says:

    hye there.... ur entry, perghh!! bes gler.. i excited gler bace... though, i xpandai nak perli2 and buat bracket and inverted commas and so forth...

    anyway, nie mesti ur first tyme g dinner ea??
    yeah you!!!
    i'm so proud..
    *clap clap clap*
    i xtwu plak dinner kne tutup segala cuz all these while, bnde tue bkn normal ker?..
    xtwu la klu i yang abnormal...
    opsss...

    y psal dressing code tue, i xtwu UM da besa sampai ke Crown Prince..
    ingat dressing code tue, juz within the campus...
    fakulti ape ek kat sane?...
    xtwu jurisdiction sampai ke hotel tue..
    I know, i know!
    why dont we, expand the dressing code to entire malaysia kan??
    kan? kan?
    yelah, i pk kan u.. x de la mate u sakit nanti...

    i wonder if rose is forever associated with valentine...
    cuz, i think, the committee have no slight intention utk same kan dgn valentine..
    dont assume dear...
    i mean, juz because a guy kasik a rose kat pompuan, msti all about valentine..
    aish, cam xberkembang jek ur view...

    MC aritue, instead of Mamma Mia,better makhluk Tuhan Paling Sexy kan?
    da alang2...

    xtwu la cz i bukan ade jawatan tinggi2 nak comment2..
    papejelah...
    jom pegi dinner API...
    mesti u suke kan?...
    nape xpindah kolej2 sane ea?...
    papai~~~


  2. Anonymous Says:

    PERTAMANYA.... terima kasih membaca entry saya, dan 'terima kasih' kerana komen, menambahkan darjah kepanasannya...
    bab perli memperli, bracket , inverted commas tu memang antara kelebihan saya hehehe....

    utk pengetahuan, ni bukan dinner kali pertama, kedua, ketiga atau keempat saya, tapi lebih dr tu dah... dats y la saye tulis mcm tu, sebab dinner ni lah yang paling sopan, eh salah yang paling teruk pakaiannya...

    tulah sy kate, diorg dah tau bende kene tutup semua, tapi diorg buat2 tak tau bende2 tu sume kene tutup, buktinyer u baru je tanyer, hahah
    while, bende tu sebenarnya tak normal instead of bende tu normal, bukak sana, bukak sini, fesyen rabak n terkoyak tu sebenarnya tak normal, yang buatnya jadi normal diri kita sendiri la, bile ramai org dah pakai 'pakaian' yang mcm tu, ala2 tadika, so org ingat... ala normal lah... sekarang bukan mcm dulu... nak tutup2 selubung2... kolot lah wei... tu kate diorg... fhm kan... yg penting dalam Islam dah pun ade etika berpakaian, mengapa perlu kita ikut2 org n ikut budaya bukan Islam? jawab....

    bagi saya org yg pakai bj ala2 tadika n terkoyak tu memang abnormal, org yg normal tak pakai pakaian mcm tu.... so... u ni kategori ape agaknye? normal atau abnormal?
    opss.....

    than.. pasal dressing code... i sebenarnya tak kisah sgt mata i sakit, (sebenarnya memang sakit) tapi i risau saudara2 seagama i yg lain tu... mesti sakit kan kene api? tak takut ker? takut kan...?

    dressing code tu rasenyer kalau nak diaplikasikan kat luar negara malaysia ni pun ape salahnya.... sedangkan kat dlm um ni pun student tak ikut... inikan pulak kat luar, lagi lah....
    yg penting, diorg sume tau mcm mane etika berpakaian, cume buat2 tak tau... kesian sy tgk diorg tu.... ape nak jadi...

    pasal rose plak..
    i tak kate pun commitee nak samekan dgn valintine, n i tak kate pun... bg bunge ros, mesti all about valentin...
    tapi yg harus diketahui,,,... tiap kali valentin... org bagi ape? bunge ros lah kan... takdenyer pasangan belangkas tu nak bg al-quran ke? tasbih ker? huhu...

    bukanlah maksudnya otak i tak berkembang, tapi dah nyata... takkan nak kuncupkankan plak otak ni heheh...

    n than pasal mc... makhluk tuhan paling sexy ape bendenyer? dgr citer, ade yg tudungnyer ter'hilang'...

    takde jwtn tinggi pun... nak komen bole je... ape salahnya... dah bende salah, kene lah tegur... walaupun dgn hanya mampu menulis....

    dinner kat API? tak kisahlah dinner api ke? ais ke? tapi kalau dah 'pakaian'nya rabak n koyak sana sini... same jer.... suke ape bendenyer... manusia2 normal takkan suke tgk bende2 mcm tu. .... kalau manusia yang abnormal... diorg memang suker...(kot)

    kat 1st ni pun dah best... tak perlu lah pindah ke sana... i pun tak pasti... 'sana' tu sane mane ea?

    ok
    wslm...

    dipersilakan komen balas seterusnya...
    :)


  3. Anonymous Says:

    owh.. i'm honored Hashim, the Kurjas's Project Manager went through all the trouble to respond.. Tq darling.. *kiss ur cheeks*

    Nvrtheless, i have no interest to dwell even further in pointless dispute. U know what they said, gado2 dgn org2 ignorant nieh, mmg x guna pown.. Instead of barking without any valid foundation to support any claims, i shall take a different approach...
    ^_^

    "utk pengetahuan, ni bukan dinner kali pertama, kedua, ketiga atau keempat saya, tapi lebih dr tu dah"
    well, i'm glad too know but sweetie, i must say u startled me.. kalu da slalu pegi, then ape y x biase nyer?.. pretty ladies in glamorous dresses.. hunky guys in their suits.. eye candies everywhere.

    nak dedah or x, that is their prerogative... i daresay, diowang are well aware of hukum and what not.. permit me to quote ur well weaved remarks.

    "Tidak kisah bangsa apa, Melayu, Cina, India, semuanya sama sahaja."
    excuse me?.. like seriously, what were you thinking?... owh wait, u dont think. awwwww, that figures.. sheesh man... i x la ebat sgt agama but as far as i know, Hukum Hudud pown juz apply kt Moslem. So, if our respected and dear Chinese and Indian colleagues chose to wear such dress, what authority do you have to forbid them??...

    If u were to raise the defence that it conflicts with the UM dressing code, then let me ask u a very simple question.. Crown Prince Hotel tue, within UM ker?.. Paham x?.. Crown Prince tue, fakulti ker? Kolej ker? pejabat ker?... pk sendiri..

    If so, klu budak2 nieh kat luar UM pown, kne ikot as lined by the UM la?... Haish....

    Anyway, masalah tknikal tue, Hashim, u've been in that position before. So nape, dengan bongkaknyer nak menjatuhkan orang laen?... Klu btol la nak kritik membina, that is not the way.. Tue cara org dengki, xpuas aty and nak jatuhkan jek... Through my very own experince, KURJAS pown xde la sempurna sgt. Dgr cite sampai Cik Mat menjerit what uguys did wrong. I as audience pown boleh perasan...
    So, if u really nak tolong, then kasik ar in a better way... nak i quote gak??.

    "ia berlaku dengan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Mencatatkan peningkatan nampaknya. "
    is that really necessary?? u dont have the goddamn idea betape susahnye nak wat program tue... bukan wat AIA jek...

    if u hebat sgt, then try apply jadik projek manager for next year's MPA... if, u made it through laa the interview...

    if i offended u, in any way, then please, please accept my sincere apology.. no worries, u have another 3 years to mould urself into a better person... especially when u decided to give out such remarks...

    toddles~~


  4. Anonymous Says:

    di ptg jumaat yg mulia ni, elok kiranya saya mulakan nya dgn suhu yg sejuk jer, memandangkan hari pun hujan renyai2... tak perlu nak dipanaskan hari yg sejuk ni sebagaimana 'panasnya' crown plaza beberapa hari yg lepas...

    memang betul, gaduh dgn org yang ntah ape2 ni menyebabkan kita pun jadi ntah ape2...

    pertamanya saya mintk maaf, kerana anda mungkin mengenali saya, tapi saya tak pasti mengenali anda atau pun tidak... sekiranya kenal, jgnlah bende berleretan... tapi selagi anda tak mengenalkan diri anda, selagi tu saya tak kenal anda, tapi tak bermaksud pun saya meminta anda mengenalkan diri anda...

    pertamanya sy mulakan dgn ucapan maaf terlebih dahulu.... salam ukhwah, salam perpaduan :)

    ok... jom panaskan sikit (sikit jer) coz dijangka selepas ni memang akan ada komen lagi pans... tak caye tunggulah...

    pertamnya...

    "utk pengetahuan, ni bukan dinner kali pertama, kedua, ketiga atau keempat saya, tapi lebih dr tu dah"
    well, i'm glad too know but sweetie, i must say u startled me.. kalu da slalu pegi, then ape y x biase nyer?.. pretty ladies in glamorous dresses.. hunky guys in their suits.. eye candies everywhere.... (u yg kata)

    ehm... tapi kan... sebab tak biasa la i kate, kalau bende dah biase buat ape nak cakap byk... cthnya: berus ggi org gune buat berus gigi, tetibe dtg sorang ni, berus gigi die buat berus kasut die... pelik tak? bende tu bukan bende biaser kan? so org akan kate tak? kate lah kan....

    so samelah jugak dgn hal berpakaian ni.... norma masyarakat kite (tak semua) sakit mata tgk 'pakaian' yg macam tu, diorg tak biase, so diorg akan kate... faham kan...(kalau tak fhm jugak, tak taulah)

    then... pretty ledies in glamer dres.. prety ape bendenyer kalau dah koyak sana sini... lawa n glamer kat dunia...tayang sana sini, suruh org tgk... kat akhirat sana? ha jawab... jwb jgn tak jawab... nk bc nas, tgk semule kat entry, tu faoundation paling kuat (AQ n sunnah)

    "Tidak kisah bangsa apa, Melayu, Cina, India, semuanya sama sahaja."
    excuse me?.. like seriously, what were you thinking?... owh wait, u dont think. awwwww, that figures.. sheesh man... i x la ebat sgt agama but as far as i know, Hukum Hudud pown juz apply kt Moslem. So, if our respected and dear Chinese and Indian colleagues chose to wear such dress, what authority do you have to forbid them??...

    ehm, peliklah, awat quote part tu je, padahal ayat saya tu panjang lagi... macam ni yer... "

    ".....Tidak perlu diceritakan bagaimana pakaian mereka, kerana masing-masing pasti akan melihat, walaupun cuba mengelak. Maka ternyatalah, mereka berpakaian, tetapi seolah-olah mereka tidak berpakaian. Mengapa? Kerana mereka mendedahkan apa-apa yang perlu ditutup. Tidak kisah bangsa apa, Melayu, Cina, India, semuanya sama sahaja. Sehingga saya pun tak tau nak membezakan yang mana satu kaum yang sebangsa dan seagama dengan saya...."

    ha tgk.. kan lain maksud yg sy nak sampaikan tu... sy bukan nak kate dlm bab agama sume india, melayu cine same jer... memang la hukum hudud just aply kat muslim jer, ape masalhnyer? yg sy nak kate... cara mereka berpakian !!! org melayu, yg islam pakaiannyer mcm ni, org cine n india or non muslim pakaiannyer mcm ni... tapi la ni, when melayu pun pakaiannyer dah same dgn diorg... takde beza dah... dats y lah sy kate mereka same jer...!!! ada paham ???? (jgn cube memutar belitkan ayat sy k)

    than....
    soalan ape ni? crown plaza tu memanglah bukan fakulti, bukan kolej, sape plak yg kate hotel bertingkat2 tu pejabat? hahahah....

    yg penting dressing kot yang termaktub dalam al quran tu perlu diaplikasikan tak kisah kite ade kat mane, kat pejabat ker, fakulti ke, hotel, atau kat mana2, hukum Allah tetap perlu ikut, cara u tanye tu, (atau lagi tepat suruh i pk) i dah pk.... yg i pk, u nak kate, kalau kat hotel (crown plaza) pakaian pun kene ikut pakaian hotel la, koyak sana sini, kalau pakai tutup2 n selubung2, nanti org kate kolot plak, tu la yg i pk...

    so sebenarnya u nak kate ape? dressing kot tu ingat kat dlm um je ke ha? dressing kot tu Allah dah tetapkan, kat mane2 pun kene ikut,sekali lagi, kat mana2 pun kene ikut !!!

    yer memang saya akui kurjas tak sempurna mane pun... bile mase pulak saye kate kurjas tu sempurna, saya memang tak puas ati dgn kurjas... terutama time penutup... ape masalahnye? bile mase dgn bongkak (awak kate) saya nak jatuhkan org lain?

    "Tue cara org dengki, xpuas aty and nak jatuhkan jek... Through my very own experince, KURJAS pown xde la sempurna sgt"

    takde sebab utk saye dengki, dan takde sebab pun utk saya jatuhkan mane2 pihak... takde sebab ok... kurjas memang tak sempurna... sebab tu lah kite kene kritik, supaya ketak kesempurnaan kite tu jgn diikiut ole org lain,,...

    en mat menjerit2 tu... tu memang hobi die, tak kisah pun, die nak mengamuk mlm tu pun, nak wat camne, dah memang tu lah en mat.... so ape masalhnyer? lagi satu... bile yer en mat jerit? ehm... anda memang audienc yg bagus... (bgus dpt dgr en mat 'jerit' utk dijadikan bhn komen) ops....

    "ia berlaku dengan lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Mencatatkan peningkatan nampaknya. "
    is that really necessary?? u dont have the goddamn idea betape susahnye nak wat program tue.....(u kate)

    sekali lagi, nak qoute tapi tak habis, lain kali biar penuh yer...

    memang perlu, tapi bukan perlu untuk jatuhkan mana2 pihak, tapi perlu untuk tingkatkan lagi kefahaman kita... (kefahaman islam) pertamanya ayat tu kan saya kate ade 'masalah teknikal' cume tahun ni catatkan peningkatan, saya tak paham u phm atau tak ayat saye tu... masalah 'teknikal' tu ialah pakaian diorg n bende2 yg saye citer tu lah....

    bukan masalah teknikal mcm mike n sound system... so tu takde kene mengena dgn awak kate goddam idea betape susahnya nak wat program tu... takde kene mengena ok... tu masalah diri kita sendiri...

    atau lagi tepat, bukan betapa susahnya nak wat program tu, tapi betapa susahnya diorg nak memilih 'baju' yang sebenar2 baju... last2 minit tak jumpe bj yg ok, bj tadika juga terpaksa dipakai... opsss....

    if i hebat sgt? i tak kata... try aply jd pengarah mpa? huhu.... kesian pulak kat diorg, tak bole pakai bj tadika utk next mpa... ahahha, tgk la nanti, tapi tak ter pk pun.... cukup lah dgn balai islam ni.... biar islam betul2 nampak sinarnya kat kolej ni n kat um ni yg nampaknya ada harapan n perubahan... ehm...tapi bole je kan, nak menyelit2...( yes peluang baik ni, pandai2 la saya (kami) nak menyelit ahhaha)

    n betul2... maaf andai terkasar bahasa (memang kasar pun) mg kalau kita kenal, ia terus berkekalan, jgn terputus disebabkan bende2 ni... k... maaf n saya terima jer semua komen2 dr sesiapa pun dgn hati yg (agak) terbuka... insyallah tiada mana2 komen yg akan di delete, atau pun di tapis, (kecuali jk terpaska)

    akhirnya...silalah berkata2... antara hak asasi manusia, ialah kebebasaran bersuara...

    n benar jugalah kata2 lebih tajam drpd mata pedang, n nak tamabah sikit adakalanya ia dtg dalam pakej iaitu tajam, pedas dan panas ;)


  5. Anonymous Says:

    hashim, u ade hak nak cakap whatever...
    and diowang poan ade hak nak pakai whatever..
    so, fair la...

    btw, the "opsss" thingy tue, gler xoriginal... and it doesnt work when u used it to much...

    and "panas-sejuk", work on it darling.. work it..


  6. Anonymous Says:

    non muslim tak la terikat dgn etika berpakaian, diorg takde AQ n sunnah utk diikuti,... (tp still diorg ade adab berpkaian, kita kan masya. majmuk)

    tapi kan kita ni yang ISLAM, ade AQ sunnah, ijmak qias, so diorg ade kah ke nak pkai watevr????? jwb ???? dah namenyer islam, so kene ikut apa Allah suruh, ada hak suke ati nak pakai watever ape bendenyer plak ??? benarlah dunia ni telah berada di ujungnya !!!

    taknak balas byk2... penat la melayan..


  7. Anonymous Says:

    S-I-S bercakap berdasarkan world view dan asas yang berbeza dari Hasyimie...
    S-I-S bercakap mengenai realiti yang berlaku dan menerima realitinya begitu tetapi Hasyimie bercakap berkenaan realiti tetapi tak dapat menerimannya dan meneruskan dengan teguran yang sangat menarik...

    huhuuhuhu... tabik S-I-S... hormat hasyimie...


  8. Anonymous Says:

    its not bout world wide view or wutsover... but as a Muslim, wit Islam as our base, we should think deeply where do we stand b4 talk. if u'r a Muslim, talk like a Muslim... May Allah bless all of us.

    (sesungghunnya hamba juga insan yang serba kekurangan)
    -6211-


  9. Anonymous Says:

    betul2....


  10. Anonymous Says:

    Huhuhuhu...

    Talk like a muslim??????
    Hmmmm... menarik...
    Inginkan perbicangan secare islamik... memang dah jelas lah mane betul mane salah...

    Tapi masalah disini rasenye S-I-S dun talk like that... itu ade percanggahan pendapat... sampai 100comment suruh die terime pun rasenye blum tentu dapat terime...

    So... sama ada tukar cara berhujah agar lebih dapat diterime oleh mereka yang tak thought as a muslim or teruskan dengan hujah kamu yang sangat islamic dan sampai sudah pun orang tak nak dengar...(hidayah dapat akan terime lah hujah tuh)...

    Itulah kebanyakan kite lakukan... cakap dengan bahasa sendiri dan menjangkakan orang len terime cara kite berpikir...

    hmmmm... realitinya tak begitu... orang pelbagai, cara berpikir pelbagai... ingin ubahkan seseorang... ubahkan world view dieorang, paradigma dieorang.. pahamkan care dieorang berpikir... insyaAllah teguran lebih berkesan...

    Ape2 pun... teguran yang mantap...

    Jika inginkan semua muslim berfikir cara Islam, kenalilah pemikiran mereka...jangan diperlekehkan, sekalipun seseorang itu muslim... kerana ia hanya akan menambahkan jarak antara satu sama lain...

    Maap jika ada yang tersalah kata... tersalah komen... pandangan ini mungkin betul mungkin salah... masing2 ada akal untuk pertimbangkan...

    Salam..


  11. Anonymous Says:

    salam...

    betul3...

    apabila ingin berbicara mengenai sesuatu, lebih2 lagi yg melibtkan hal2 islamic ni, kite kene tahu mcm mane pemikiran n penerimaan n ideologi also org yg akan mendgr nyer...

    kekadg kite ckp berapi2, hal2 islamic, bg hujah2, tapi kalau pemikiran n thp pemahaman diorg tak berlandaskan islamic tak gune jugak walaupun mereka adalh muslim....

    betul...masing2 ade pelbgi cara berpkr, ade pelbgi hujah n alasan yg tersendiri .... mungkin itulah keunikan otak n akal yg Allah kurniakan kat kita... mempunyai IQ yang berbeza, maka, sudah pastilah tahap pemikiran kita juga berbeza antara satu n lain...

    tapi nk memahami pemikiran org jugak mcm satu lagi mslh... ehm...


  12. Anonymous Says:

    wow mantap2 dengan comment tentang tajuk nie.

    pertamanya sekali saya ingin meluahkan rasa terkejut membaca hujahan dari adik hasymie dengan S-I-S

    betul dan benar apa yang diperkatakan kedua2 pihak

    tapi saya pasti bahawa s-i-s adalah beragama islam. that why u took a lot of trouble to read,type and to comment

    rasanya hal nie dah selalu gak diutarakan. dan masih tidak ada penyelesaiannya.

    adik hasymie dah menjawab dengan cukup baik, but s-is tetap mempunyai pandangan dia sendiri.

    kat sinie nak comment pasal dressing code tue, sis tak patut cakap why kita tak tanamkan dressing code dekat msia. that is very brave of u to say like that.

    hasymie juga dah jawab yang dressing code di tetapkan oleh ALLAH. bukannya pemimpin or negara msia. kenapa perlu mempertikaikan? anda sendiri pelajar universiti, anda patut tahu ini, bukannya perlu di jawab. or kerana terikut2 dengan pengaruh barat anda terlupa bahwa anda seorang islam?

    saya mengaku saya bukanlah yang bertudung labuh n so on tapi saya sendiri sedar bahawa berpakaian seksi itu di larang dalam agama. ISLAM

    or sis nak tengok sendiri dressing code? dalam quran banyak menerangkan aurat yang di tetapkan dalam islam.

    but sis im not blaming u, every person have their personal opinion. but to my concern the ways u talk like u have forgotten what islam have teach us.

    n u are the type that can never accept other opinion. especially when it comes to religion discussion.

    maybe all ur question can be answered in Quran.

    n dont blame poor hasymie he only said in his views, but always remember one thing

    "kita datang dari Allah, dari Allah juga kita kembali"

    -ck-


  13. Anonymous Says:

    betul2... segala persoalan kita, jawapannya ada di dlm al-quran...
    semuanya telah ditetapkan oleh Allah, dari sekecik2 perkara sampailah sebesar2 perkara... semuanya dah ditetapkan... mengapa kita perlu mengikut2 budaya bukan islam ???

    nasihat kpd diri sendiri...
    bersama kita berusaha menambhkn kefhman kita kpd ajaran islam... insyaallah


  14. Anonymous Says:

    assalamualaikum n salam sejahtera..pertama sekali sy ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang telah membaca blog ini kerana anda telah dipilih oleh allah untuk membahaskan tentang isu yang dibangkitkan..

    kedua saya ingin memberikan sedikit teguran kepada S~I~S kerana anda perlu memberitahu latar belakang agama anda kerana jika anda beragama islam anda x patot ckp mcm 2..klu non muslim oklah..sebab kenyataan anda mungkin boleh mengelirukan org 2 muslim yg kurang pengetahuan agama..sy doakan anda mendapat hidayah dari allah..apa yg disampaikan oleh hasyim 2 memg btol pon..xde sape boleh sangkal..klu anda sangkal sesungguhnya anda tidak berada dijalan yang lurus..okk

    yg ke3..si hasyim nie..klu nk menegur org pun gunalah pendekatan yg bijak..jgn main dok perli org jea tau..rasulullah ade ker sebarkan dakwah dgn cara perli2..klu ckp baik2 insyaallah org boleh terima..klu cara mcm 2 ko nk dakwah bukan setakat org muslim tp org kafir pn lari dr nk ikut agama allah..org pandang ko tinggi dalm bab agama..so bg lah dakwah dlm nada org dgr pun sejuk hati..x cetuskan perbalahan yg keterlaluan..klu skrg dia xnk trima maybe satu hari nnti allah buka pintu hati dia...kan???insyaallah...lg satu.. cara ko dakwah 2 mcm ko benci ngn org 2 bkn benci ngn perangai dia...aku pun x pandai sgt dlm bab agama sebab 2 takot nk bg dakwah..kire ko bg dakwah pun alhamdulillah..cume care x kene..tq ey jgn kecik ati.bye salam ukhuwah..


  15. Anonymous Says:

    salam...
    terima kasih komen n teguran serta nasihat...

    saye pun sebenarnyer tak la pandai sgt nak berdakwah n menegur2 org secara berhikmah ni... kekadang ade sesetengah org ni, kite tegur care terang2 n baik2 diorg tak paham n buat2 tak tahu...
    kekadang gune care perli2 ni baru diorg terase n menusuk kalbu maybe hehhe...

    bersame2 lah kite memperbaiki diri


  16. Anonymous Says:

    Salam ukhwah...

    Saya sangat tertarik dengan isu yang dibincangkan ini. Saya akui, saya bukanlah insan terbaik untuk berbicara soal agama. Walaubagaimanapun, saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat saya. Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon maaf terlebih dahulu seandainya kata-kata saya nanti bisa melukakan hati mana-mana pihak.

    Dari kaca mata agama, soal aurat dan pakaian usahlah diperdebatkan. Ternyata, semuanya sudah termaktub di dalam Al-Quran Al-Karim. Benar kata Hasyimie, ada batas-batas yang perlu dijaga oleh kita sebagai manusia, terutamanya sebagai seorang Muslim. Baik perempuan, mahupun lelaki.

    S~I~S tidak salah dalam menyuarakan pendapatnya. Dia punya hak untuk berkata-kata. Namun, untuk kita melakukan sesuatu perkara, kita perlu menggunakan akal. Jika tidak, apalah fungsinya akal. Hukum agama ALLAH memang tak dapat disangkal. Apa yang terkandung dalam Al-Quran, itulah yang benar dan itulah yang perlu kita patuhi.

    Hasyimie juga tidak salah untuk menegur. Dia punya tanggungjawab untuk menegur. Tapi, nak menegur pun ada batasnya. Biarlah beralas dan tidak terlalu menyindir. Jangan kaitkan emosi dengan perasaan. Bukan begini caranya nak menegur. Jangan padam api dengan api. Kalau gunakan air, bukankah lebih baik?

    P/S: Sekadar menyalurkan pendapat tanpa niat untuk menyakitkan hati sesiapa.


  17. Anonymous Says:

    terima kasih atas teguran...

    tertarik dgn ayat...

    ...Jangan padam api dengan api. Kalau gunakan air, bukankah lebih baik?


  18. S~I~S Says:

    i'm back!!!
    *looks around*
    awwwwww, uguys are so sweet....
    byk nyer respond...
    I'm so excited....
    weeeee~~~~~....

    tp, npe byk sgt anonymous?
    i'm aving trouble to refer to uguyz...
    *sigh*
    no matter...

    anyway, i am well aware i noeh macam pesalah zina...
    tied in the middle, waiting for death by the stones in ur hands..
    *covering my face*
    spare my good looks please...
    hahaha...

    okeyh2...
    one of u did mention i was brave enough nak impose such dressing code to every inch of land in Malaysia...
    hahahaha...
    uguys are hilarious...
    ever heard of sarcasm?..
    yeah, hashim is purported to be an expert in that area..

    mcm yang uguyz cakap, dlm Qoran ade all those guidelines..
    which is fair enough...
    like i said, uguys boleh give away lengthy preaches...
    supported with Qoran and Hadith..
    but the execution, remains on the person themselves yes?...
    so, I xpernah halang uguys nak have an Islamic discussion...

    I mean, i dont give a damn if korang nak pandang I semacam juz bcuz i pergi class with hot pants..
    Bcuz, i never filed a petition to forbid korang having this discussion...

    Hey, on the other side of the coin, see this as a practice untuk korang improve diri korang..
    I mean, if sumorang setuju jek, then xbes la blog nie..
    and uguys will be confined in a limited range of ideas...


    ....LOGO RASMI....

    ....LOGO RASMI....

    SAF KEPIMPINAN

    Sampaikan Salam


    ShoutMix chat widget

    Penyelia Penasihat

    Penyelia Penasihat
    En Mat Zaid Bin Hussein

    Pengerusi

    Pengerusi
    Suhail Anwar B
    Mohamed Nor

    Timb. Pengerusi

    Timb. Pengerusi
    Mohd Hasyim Harun

    Setiausaha

    Setiausaha
    Tunku Aisyah Tunku Mat

    Bendahari

    Bendahari
    Nursyahida Abd Rashid

    PP Pengisian & Pengimarahan

    PP Pengisian & Pengimarahan
    Awang Abdullah
    Abdul Razak

    TPP Pengisian & Pengimarahan

    TPP Pengisian & Pengimarahan
    Nurul Izyan Zainuddin

    PP Publisiti & Informasi

    PP Publisiti & Informasi
    Luqman Hakim
    Muhd Fadzir

    TPP Publisiti & Informasi

    TPP Publisiti & Informasi
    Nurul Syahidah Roslam

    PP Dana & Kebajikan

    PP Dana & Kebajikan
    Ahmad Azhari Nordin

    TPP Dana & Kebajikan

    TPP Dana & Kebajikan
    Adibah Dzulkifli

    PP Domestik & Teknikal

    PP Domestik & Teknikal
    Ahmad Fadhlul Hadi Abdul Hamid

    TPP Domestik & Teknikal

    TPP Domestik & Teknikal
    Liyana Syazwani Abdul Razak

    PP Pengurusan Surau

    PP Pengurusan Surau
    Mohd Syahir Bin Lokman

    TPP Pengurusan Surau

    TPP Pengurusan Surau
    Norsaima Ismail


    Followers